MEREDAH KEGELAPAN 23

216 20 0
                                    

zarul memegang lembingnya sambil menangkis serangan dari lelaki itu. "let me ask you one question... kenapa kau beria ia sangat hendak merahsiakan perkara ini dari pengetahuan umum?", soal zarul ingin tahu. "sebab ini adalah top secret mission kerajaan US... jikalau aku gagal merahsiakannya sudah tentu nyawaku akan berada di dalam bahaya...", balas profesor madya rashidi dengan pantas. dia kembali menyerang zarul. "ya meyh?... aku macam tak percayalah dengan perkataan kau ni...", zarul bersuara sambil menangkis serangan lelaki tersebut. "percaya atau tidak, itu terpulang pada diri kau sendiri...", balas profesor madya rashidi dengan wajah yang serius sekali. dia cuba menikam zarul dengan parangnya tapi pemuda itu segera mengelak. "jangan kau fikir dengan membunuh kami semua rahsia tentang pulau ini tidak akan di ketahui oleh semua orang. videoclip yang kau rakamkan dalam camcorder ini akan menjadi bukti bahawa ada perkara dahsyat pernah terjadi di pulau ini...", kata luna seraya mengangkat tinggi tinggi camcorder yang di pegangnya. profesor madya rashidi berhenti menyerang zarul sebaik saja dia lihat camcorder di tangan luna. "bagi balik camcorder aku tu...", bentak profesor madya rashidi dengan cukup marah sekali. "no way!... aku tak akan bagi kau camcorder ni sebab aku nak semua orang tahu tentang virus yang mematikan tu...", kata luna dengan tegas. profesor madya rashidi mula menerkam ke arah luna tapi zarul pantas melemparkan lembingnya ke arah lelaki tersebut. lembing itu terpacak tepat di belakang lelaki tersebut. perlahan lahan dia terjatuh di atas tanah dengan berlumuran darah. "oh syukurlah... kau dah selamat, luna...", kata zarul sambil menghampiri gadis itu. "terima kasih zarul sebab kau selamatkan aku tadi...", ucap luna dengan penuh rasa lega. "ya... sama sama...", balas zarul sambil tersenyum. mereka berbalas senyuman.

tiba tiba, "ahhhhhh....", kedengaran suatu jeritan kedengaran tidak jauh dari situ. "eh... itu macam suara jeritan vijaylah... apa yang telah terjadi pada dia?", luna bersuara sambil memandang wajah zarul. "entahlah... mari kita pergi tengok dia...", kata zarul seraya berlari ke arah datangnya suara jeritan itu. luna turut berlari di belakangnya. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat vijay sedang menentang satu zombie yang datang mengganggunya. zarul dan luna merasa sungguh terkejut. mereka tidak menyangka bahawa ada lagi zombie yang masih hidup setelah bangunan markas tentera itu di letupkan sebentar tadi. "tolong aku luna!... zarul!...", jerit vijay dengan cemas sekali. zarul pun pantas berlari menuju ke arah pemuda tamil itu. begitu juga dengan luna. cepat cepat zarul mengambil sebuah kayu yang ada di atas tanah lalu di pukulnya kepala zombie tersebut dengan sekuat hatinya. zombie itu tidak mati. malahan dia terus bangun dan menerkam ke arah vijay. "benggg!!!!....", kedengaran satu das tembakan di lepaskan. zombie tersebut jatuh di atas tanah dengan kepala yang berlubang akibat di tembak oleh luna. vijay berpeluh sakan. zarul menghampiri pemuda itu. dia lihat ada kesan darah di bahagian lengan baju kiri pemuda tersebut. "lengan kiri kau macam berdarahlah,vijay... boleh aku tengok lengan kau yang berdarah tu...", zarul cuba membuka lengan panjang baju jaket yang menutupi lengan kiri vijay tapi pemuda berbangsa tamil itu pantas menepis tangannya. "tak payahlah... ini luka akibat terkena senjata tadi.... anyway luka kecil aje ni... sekejap lagi okaylah tu...", kata vijay dengan wajah yang serius.

"hm... kalau macam tu mari kita pergi ke pantai... manalah tahu kot kot ada kapal kapal laut yang lalu kat laut tu nanti... boleh juga kita tumpang kapal mereka untuk balik semula ke negara kita...", kata zarul. "baiklah...", balas luna dan vijay hampir serentak. mereka pun mula meninggalkan tempat itu. ketika mereka hampir dekat dengan kawasan pantai tiba tiba mereka nampak ada sebuah helikopter lalu di atas pulau tersebut. zarul pantas mengambil baju jaket merahnya lalu mengibarkan baju jaket itu di udara dengan menggunakan sebatang kayu yang ada di situ. "hey!!!!... tolong kami!!!!.... hey!!!.... kami di sini... tolong kami!!!!....", jerit mereka bertiga sambil melambaikan tangan dan melompat kecil. nasib mereka agak baik sebab helikopter tersebut turun lalu mendarat di tepi pantai yang indah itu. mereka segera berlari menuju ke arah helikopter tersebut. pintu helikopter di buka. kelihatan 2 orang ahli tentera dan satu pilot memandang ke arah mereka dengan pandangan yang semacam. "er... korang ke yang panggil kami sebentar tadi?", soal salah seorang lelaki tentera tersebut. dia memandang wajah zarul, luna dan vijay silih berganti. "ya... kami yang memanggil tuan tadi...", balas zarul dengan rasa hormat. "tapi pemanggil tu kata ada 7 orang yang terperangkap di pulau ini tapi kenapa ada 3 orang saja kat sini?... mana lagi yang 4 orang tu?", soal lelaki tentera itu lagi. "its a long story, sir... er... kami akan menceritakannya pada tuan dalam perjalanan pulang nanti... tapi benarkanlah kami balik ke negara kami dulu...", gesa zarul. dia sudah tidak sabar lagi hendak balik ke tanahairnya sendiri. belum pun sempat lelaki tentera itu bersuara tiba tiba, "grooooaarrrrr!!!!!....", kedengaran suara zombie zombie bergema dari kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari situ. zarul dan kawan kawannya menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan segerombolan zombie datang menghampiri mereka di situ.

"oh... my God, semua zombie tu masih hiduplah...", kata luna cukup terkejut. "yalah...", balas zarul dengan wajah yang pucat lesi. "apa?... zombie?...", lelaki tentera itu bersuara dalam nada suara yang terkejut. "ya... tuan... cepat tuan, kita harus berangkat dari sini... cepat!!!...", gesa zarul. tanpa di suruh dia terus masuk ke dalam perut helikopter tersebut. begitu juga dengan luna dan vijay. "hey... apa yang telah terjadi ni?... kenapa ada zombie kat tempat ni?", soal lelaki tentera itu bertalu talu. "like i said to you before, its a long story, sir... mari kita berangkat dari sini... cepat!!!...", zarul bersuara dengan pantas sekali. "baiklah...", balas lelaki tentera itu. dia mengarahkan pilot helikopter tersebut agar mereka berangkat dengan segera. pilot helikopter itu pun terus memandu helikopternya ke udara. luna dan zarul menarik nafas lega sebaik saja mereka berada jauh dari pulau cocoon. manakala vijay hanya berpeluk tubuh di tempat duduknya. "okay, tolong bagitahu aku yang sebenarnya berlaku di pulau tu...", lelaki tentera tersebut bersuara sambil memandang wajah zarul. cepat cepat luna menyerahkan camcorder yang di pegangnya pada lelaki berpangkat sarjan itu. lelaki tentera tersebut mula menonton videoclip yang terakam di dalam camcorder itu. "fikirku zombie tu hanya wujud di dalam movie yang kita tonton saja di pawagam... tak sangka pula ianya terjadi di dunia nyata...", kata lelaki tentera itu cukup terkejut. "memang ianya amat sukar di percayai tapi inilah kenyataannya.... zombie wujud di muka bumi ini...", kata zarul di sebelah lelaki tersebut.

pada saat itu mereka sudah hampir tiba di bandaraya rattoon city. zarul dan luna merasa gembira sebab akhirnya mereka selamat sampai di bandaraya kelahiran mereka tapi kegembiraan mereka hilang di saat mereka melihat vijay terjatuh dari atas kerusinya dalam keadaan yang kaku. "vijay!.... vijay!... kenapa dengan kau ni?", soal zarul seraya memegang tangan pemuda itu sambil cuba menyedarkannya tapi pemuda tersebut masih tidak sedarkan diri biarpun zarul menyentak nyentak tangannya. "cuba kau periksa nadinya. apakah dia masih hidup atau sudah mati...", perintah lelaki berpangkat sarjan itu. cepat cepat zarul memeriksa nadi di leher pemuda tersebut. nadinya seperti tidak ada. "dia dah matilah...", balas zarul cukup terkejut. "apa?... dia dah mati?... kenapa dia mati mendadak pula?", soal luna cukup terkejut. zarul dan luna berpandangan seketika. mereka segera membuka baju panjang lengan kiri milik vijay. mereka terkedu sebaik saja mereka melihat di lengan kiri pemuda itu ada kesan luka akibat di gigit oleh sesuatu. "jangan jangan vijay telah di gigit oleh zombie tu tadi dan dia tidak memberitahu kita yang dia telah di gigit oleh zombie tu...", zarul bersuara dengan nada suara yang perlahan lahan. mereka saling berpandangan. tiba tiba, "groaarrrrrrr!!!!!!.....", mayat vijay bangun lalu menggigit mereka semua. "aaaarrrghhhhhh!!!!!!.....", kedengaran jeritan kesakitan bergema di dalam helikopter tersebut. luna cuba membunuh mayat vijay yang menggigit leher zarul tapi dia gagal berbuat demikian sebab mayat hidup itu telah menepis machine gun di tangannya dan senjata itu terjatuh dari tangannya. ketika dia hendak mengambil machine gun yang terjatuh itu mayat vijay pantas menggigit salah seorang tentera yang duduk di dekat luna. si tentera mati apabila di gigit oleh mayat hidup itu. keadaan bertambah teruk bila lelaki berpangkat sarjan itu menjadi panik dan tidak tahu nak buat apa apa. saat itulah dia di gigit oleh mayat vijay. sementara itu luna tunduk mencari machine gunnya yang terjatuh di bawah tempat duduknya. si pilot yang cemas menjerit kesakitan sebaik saja bahu kanannya di gigit oleh mayat vijay. sebaik saja luna berjaya mengambil machine gunnya dia pantas mengacukannya ke atas kepala mayat hidup itu. "go to the hell you son of the bitch!...", bentak luna sambil menembak kepala mayat tersebut dengan machine gun di tangannya. "trut... tut-tut... tut-tut...", berdas das tembakan di lepaskan. perlahan lahan mayat itu jatuh di atas lantai helikopter tersebut. pada saat luna memandang di hadapannya dia lihat helikopter yang di naikinya menjunam jatuh di dalam gaung. "geeduuummm!!!!....", selepas itu luna tidak sedar lagi apa yang telah terjadi ke atas dirinya. pandangan matanya menjadi gelap serta merta.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now