MEREDAH KEGELAPAN 33

231 19 2
                                    

malam pun tiba. zarul masih memandu caravan itu sambil memakan kuih donat yang di bawanya dari dalam rumah papanya sebentar tadi. luna, joshua dan vivian pun turut memakan donut yang ada di tangan masing masing. oleh kerana terlalu lapar semua donut itu habis di makan oleh mereka berempat. luna memasang radio yang ada dalam caravan tersebut. "ssss.... ssss....", kedengaran bunyi radio di pasang. luna mula mencari stesen radio yang masih berfungsi. cari punya cari tiada pula stesen radio yang masih berfungsi. yang kedengaran hanyalah bunyi radio yang berdesis. "tak ada ke stesen radio yang memancarkan siarannya?... semua orang dalam stesen radio dah jadi zombie kah?", soal joshua dari tempat duduknya. "entahlah dik... akak dah cari dari tadi... tapi tak ada pun...", ucap luna seraya memusing musing tombol tuner radio caravan itu. ketika dia sedang sibuk memusing tombol tuner radio tersebut tiba tiba, "... satu bencana buruk telah melanda seluruh dunia... ramai manusia kini di serang oleh mayat hidup yang menakutkan. sesiapa yang telah di gigit oleh mayat hidup akan bertukar menjadi zombie. setakat ini semua kerajaan di seluruh dunia telah mengaturkan perbincangan dengan pihak WHO untuk mengatasi masalah ini. namun perbincangan tidak dapat di teruskan kerana pihak atasan WHO sendiri telah di serang oleh sekumpulan mayat hidup dan mereka kini tidak dapat berbuat apa apa. buat pengetahuan semua, jangkitan X virus telah merebak ke seluruh dunia termasuklah negara merika serikat, euro, jepan dan lain lain lagi.... presiden merika serikat iaitu presiden reynold tromp telah mengeluarkan satu perintah pada semua penduduk bumi bahawa sesiapa yang belum terjangkit dengan X virus tu, sila datang ke pusat kawalan kesihatan utama di cadifornia, merika serikat di alamat berikut:- new ville street, 8870 volkshire, cadifornia. setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, setiap individu yang sihat walafiat akan di asingkan dari individu yang terjangkit dengan X virus. mereka yang sihat akan di bawa ke tempat yang selamat, manakala individu yang terjangkit pula terpaksa di tinggalkan di dalam pusat kuarantin. jadi sesiapa yang belum terkena gigitan mayat hidup tu sila datang ke pusat kesihatan utama di cadifornia... di harap semua orang awam yang mendengar siaran berita ini akan... ohh... ada mayat hiduplah kat sini... oh... tolong!... tolong!... arrrggggghhhhhh!!!!....", kedengaran jeritan kesakitan bergema dari dalam corong radio. serentak dengan itu siaran radio tersebut terus hilang begitu saja. "ssssss....", kedengaran bunyi radio berdesis panjang. zarul, luna, joshua dan vivian saling berbalas pandangan. mereka kehilangan kata kata sebaik saja mereka mendengar siaran berita yang di akhiri dengan jeritan kesakitan itu.

"apa kata kalau kita pergi ke pusat kesihatan tu kelak?", soal luna setelah berdiam diri buat beberapa ketika. "macamana kita hendak pergi ke sana sedangkan kita masih belum mencapai misi kita untuk menyelamatkan para survivor di bandaraya rattoon city ni?... bukankah sebelum ini kau kata padaku yang misi kita ialah kita perlu mencari para survivor di luar sana tapi sekarang kau...", kata kata zarul di potong pantas oleh luna. "ya... aku tahu misi kita tu tapi maksud aku ialah selepas kita menyelamatkan para survivor di bandaraya rattoon city ni barulah kita membawa mereka ke sana...", terang luna perlahan lahan. "oh begitu... kalau macam tu aku setuju...", balas zarul. "tapi sebaiknya kita jangan lakukan misi ini di waktu malam...", luna pantas bersuara. "kenapa pula?", soal zarul ingin tahu. "kau dah lupa ke yang zombie zombie tu lebih banyak keluar pada waktu malam?", luna cuba memberikan peringatan pada pemuda tersebut. "ya tak ya juga, kan... okaylah malam ni kita cari tempat yang terpencil untuk kita berehat dan tidur...", ucap zarul. "hm... thats a good idea... apa kata kalau kita pergi ke sebuah kawasan di perhutanan hilitan margo?... aku rasa di sana tak ada zombie kot sebab di sana kan di kelilingi hutan tebal...", luna memberikan pendapatnya. "aku setuju dengan pendapat kau tu... mari kita pergi ke sana...", tanpa banyak soal, zarul pun segera memandu caravan tersebut menuju ke tempat yang di tuju. sebaik saja mereka berada di dekat kawasan hutan yang sunyi sepi itu zarul pun segera mematikan enjin caravan tersebut. mereka terus menutup semua jendela caravan itu dengan kain langsir yang ada di situ. kemudian luna membaringkan vivian di atas katil kecil tidak jauh dari situ. "adik vian berdoa dulu ya... abang jo pun mesti berdoa bersama adik vian...", vivian bersuara seraya menggamit lengan kiri joshua yang sedang duduk di atas kerusinya. "hm... baiklah...", balas joshua. mereka mula berdoa dengan di perhatikan oleh luna dan zarul. "Tuhan, kami mau tidur... lindungi kami ketika kami tidur... jangan biarkan zombie datang mengganggu kami pada waktu malam ini. Tuhan, selain dari pada itu aku berdoa bagi roh orang tua kami. tolong tempatkan roh mereka di syurga Mu yang abadi. semoga di suatu hari nanti kami akan dapat bertemu semula dengan orang tua kami di syurga. dalam nama Tuhan kami berdoa, amen...", vivian berdoa dengan lancar sekali.

joshua tercengang di saat dia mendengar doa anak kecil yang baru berusia 6 tahun itu. dia tidak menyangka yang vivian jauh lebih pandai berdoa jika di bandingkan dengan dirinya sendiri. secara jujurnya dia langsung tidak pandai berdoa kepada Tuhan biar pun dia seorang penganut Kristian. setelah berdoa vivian pun terus masuk tidur. luna tahu joshua tercengang ketika dia mendengar budak perempuan berusia 6 tahun itu berdoa kepada Tuhan. perlahan lahan dia menghampiri adik lelakinya itu lalu duduk di sebelahnya. "kau patut mencontohi sikap vivian...", tutur luna seraya memegang bahu kiri joshua. "kenapa pula?", soal joshua ingin tahu. "sebab dia tidak pernah lupa berdoa kepada Tuhannya biar pun dalam keadaan apa sekali pun.... sesungguhnya manusia hidup kerana kasih Tuhan. tanpa Tuhan manusia tidak boleh berbuat apa apa sebab itulah kita harus berpegang teguh dan bergantung harap pada-Nya...", ucap luna menasihati adik lelakinya itu. joshua hanya duduk diam di tempat duduknya. "terima kasih kak kerana akak masih sudi menasihatiku... apa apa pun aku nak minta maaf pada akak...", perlahan lahan joshua menghulurkan tangannya pada kakaknya untuk bersalaman sebagai tanda permohonan maaf. "kenapa adik jo tiba tiba minta maaf pada akak ni?", soal luna ingin tahu. "sebab aku marah pada akak tadi... aku tahu akak tidak bersalah dalam perkara ini. aku yang terlalu mengikut perasaan emosi aku sehingga aku marah pada akak tadi...", ucap joshua dengan wajah yang sedih sekali. "hm... tak apalah dik... akak dah maafkan kesalahan adik tu... apa apa pun akak akan berusaha untuk melindungi adik sehingga adik terselamat dari bencana ini...", ucap luna dengan bersungguh sungguh. "thanks akak...", tutur joshua sambil memeluk tubuh kakaknya luna. "for what?", soal luna ingin tahu. "for saving my life...", ucap joshua sambil mengeratkan pelukannya. "yeah... you are welcome...", balas luna perlahan lahan. zarul hanya diam memerhatikan mereka dari tempat duduknya. luna berbaring di atas kerusinya. tidak lama kemudian mereka semua tertidur lena. kecuali zarul. hanya dia seorang saja yang tidak dapat tidur pada malam itu. banyak perkara yang dia fikirkan. dia berfikir tentang ayahnya yang menghilangkan diri entah ke mana dan juga kakaknya yang masih berada di negara ukay. dia tidak tahu apakah mereka masih hidup atau pun mereka sudah mati dan menjadi zombie?... pelbagai persoalan muncul di dalam benaknya. dalam diam zarul mengeluh sendirian.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now