MEREDAH KEGELAPAN 24

242 21 9
                                    

perlahan lahan luna membuka matanya. dia lihat yang dirinya berada di dalam sebuah bilik rawatan yang tidak terurus. dia tidak tahu bila masa pula dia boleh berada kat situ. memorinya terasa blur sedikit. yang dia dapat ingat cuma wajah zombie yang menakutkan menggigit bahunya tempohari. dia memandang dirinya dalam cermin yang ada di dinding tidak jauh dari situ. dia nampak seorang gadis yang kusam wajahnya. dengan rambut yang tidak terurus dan berpakaian baju pesakit sedang merenung kembali ke arahnya. itulah dirinya kini. dia kelihatan kurus dan tidak bermaya. mungkin sudah lama dia berada di situ. dia kembali memandang keadaan di sekelilingnya. nampak sangat bilik rawatan itu sudah lama tidak di bersihkan. buktinya meja dekat sebelah katilnya kelihatan berdebu sedikit dan lantai dalam bilik rawatan tersebut agak kotor. dia merasa hairan. "jika tempat ini ialah bilik rawatan di sebuah hospital jadi ke mana perginya para petugas yang menjaga kebersihan di dalam hospital ni? ke mana perginya doktor dan jururawat yang bertugas?.... kenapa keadaan dalam bilik rawatan ni macam tak terurus?...", pelbagai persoalan mula bermain di mindanya. fikirannya bercelaru seketika.

dia mula berfikir bagaimana dia boleh berada di dalam bilik rawatan itu. perkara terakhir yang dia masih ingat ialah dia, zarul dan vijay menaiki sebuah helikopter ke tanahair mereka. setibanya mereka di ruang udara bandaraya rattoon city vijay tiba tiba jatuh dari atas tempat duduknya dalam keadaan yang kaku. sekali mereka periksa rupa rupanya pemuda itu mati akibat terkena gigitan zombie di pulau cocoon dan pemuda tersebut telah menjelma menjadi zombie lalu menggigit semua orang dalam helikopter itu. kecuali luna seorang saja yang tidak sempat di gigitnya. luna berjaya menembak kepala zombie tersebut dan saat itu helikopter yang di naikinya menjunam jatuh ke dalam gaung. "wait the minutes... aku dah tembak kepala mayat vijay yang dah jadi zombie tu tapi aku tak sempat tembak kepala zarul beserta 2 orang tentera dan pilot helikopter yang telah di gigit oleh mayat vijay. sudah tentu mayat zarul beserta 2 orang tentera dan pilot helikopter itu telah bertukar menjadi zombie dan mereka pasti akan menggigit lebih banyak manusia di seluruh bandaraya rattoon city ini!... oh my God!!!...", luna pantas membuka hos hos kecil yang melekat di kepala, dada dan tangan kirinya. dengan langkah kaki yang masih lemah dan tidak bermaya dia melangkah meninggalkan bilik rawatan tersebut. perlahan lahan dia berjalan sambil berfikir. jikalau benarlah dugaannya itu sudah pasti bandaraya rattoon city sudah di penuhi mayat mayat hidup pembawa virus yang mematikan itu. fikirannya menjadi kacau bilau.

pintu bilik rawatan di buka. dia melihat keadaan di luar bilik rawatan tersebut. keadaan di luar bilik kelihatan begitu berselerak sekali. meja dan kerusi tunggang langgang di sana sini. semua katil pesakit berada di dalam kedudukan yang tidak menentu. semua peralatan medical bersepah sana sini. pendek kata keadaan di dalam hospital itu begitu berselerak sekali. ianya tak ubah seperti di landa puting beliung pula. "hello!... ada sesiapa tak di sini?... hello!...", luna bersuara sambil memandang keadaan di sekelilingnya. suasana di hospital tersebut sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada TV yang masih terpasang di luar lobby hospital itu tapi tidak ada sesiapa yang menonton siaran TV saat itu. "berita tergempar... hampir seluruh penduduk di bandaraya rattoon city iaitu ibu kota negara marasia telah di jangkiti sejenis virus yang mematikan. menurut apa yang telah di nyatakan oleh profesor madya rashidi dalam rakaman videoclip di camcordernya nama virus ini ialah X virus. ia merebak jika manusia di gigit oleh mayat hidup yang di panggil sebagai zombie. ia masuk ke dalam sistem pertahanan tubuh seseorang melalui aliran darah sehingga ke otak. apabila sistem pertahanan tubuh manusia sudah rosak di sebabkan oleh virus ini maka manusia itu akan mati dan dia akan bertukar menjadi zombie. jadi sesiapa yang ternampak zombie berkeliaran di taman perumahan anda sila tembak zombie itu di kepalanya. jika di tembak di bahagian tubuh yang lain ia tidak akan mati malah ia akan bertindak ganas. di harap semua penonton yang menonton berita ini akan berjaga ja....", belum pun sempat pemberita itu menghabiskan perkataannya tiba tiba muncul satu zombie lelaki di situ lalu menggigit leher wanita tersebut. semua orang menjerit ketakutan dan serentak dengan itu siaran di TV terhenti secara mendadak. luna merasa sungguh terkejut sebaik saja dia menonton berita tersebut.

"ya Tuhan... sekarang virus tu telah menyerang hampir semua penduduk di bandaraya rattoon city... oh... ini satu malapetaka yang teruk... jika semua manusia di bandaraya ini telah mati dan menjadi zombie tentu nyawa semua manusia yang lain akan terancam... oh ini tidak boleh jadi ni... aku harus mencari manusia yang tidak di jangkiti dan bawa mereka semua keluar dari bandaraya ini... kalau tidak spesies manusia akan pupus dari muka bumi ini dan bumi akan di penuhi oleh zombie... oh... tidak... aku mesti bertindak sekarang...", luna berkata pada dirinya sendiri. dengan pakaian pesakit yang masih di pakainya dia mula melangkah melintasi ruang lobby yang sunyi sepi itu. langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada seorang pemuda berjalan terhuyung hayang di belakangnya. pemuda itu memakai baju seragam pesakit. dia kelihatan melangkah sambil memegang kepalanya. leher pemuda itu seperti di balut dengan kain putih. luna seperti mengenali pemuda tersebut. kalau tidak salah itu ialah zarul. "zarul?...", luna bersuara sedikit perlahan. dia seperti ragu ragu samada zarul masih hidup ataupun itu hanya mayat hidup zarul saja. dia jadi kaku di situ. "lu... lu... na...", tiba tiba dia lihat pemuda itu menghulurkan tangannya sambil memandang ke arahnya. cepat cepat luna berlari lalu mendekati pemuda tersebut. dia memandang wajah pemuda itu. zarul tersenyum padanya. "luna musa... tak sangka kau masih hidup...", ucapnya dalam nada keriangan. "ya... aku pun tidak menyangka yang kau masih hidup lagi, Rul... aku fikir kau telah mati dan menjadi zombie...", kata luna sambil memapah pemuda tersebut.

"ya... tak sangka betul kita dapat bertemu lagi di sini...", ucap zarul sambil tersenyum lebar. "macamana dengan leher kau tu? aku nampak mayat vijay telah menggigit leher kau tadi... kau tak rasa sakit ke?", soal luna ingin tahu. "tak... aku rasa semakin sihat pula...", balas zarul sambil tersenyum. "betul ke ni? atau kau sengaja berbohong padaku agar aku tidak membunuh kau?", soal luna seraya memandang wajah pemuda itu. "eh... aku cakap betullah... mungkin tubuh aku dapat menerima kehadiran X virus tu kot sebab tu aku tak rasa sakit langsung biarpun leherku telah di gigit oleh mayat vijay...", kata zarul. "oh baguslah kalau macam tu... sekurang kurangnya kita masih boleh hidup di muka bumi ini... tapi...", luna berhenti bersuara seketika."tapi apa luna?", soal zarul ingin tahu. dia memandang wajah luna di sebelahnya. "tapi hampir seluruh penduduk di bandaraya rattoon city telah di jangkiti oleh virus yang mematikan tu... aku fikir kita tidak akan selamat jika tinggal di bandaraya ini... jadi...", sekali lagi luna berhenti bersuara. "jadi apa luna?", soal zarul. "jadi aku fikir lebih baik kita cari mana mana manusia yang belum di jangkiti X virus tu dan kita bawa mereka lari dari bandaraya ini... kita perlu mencari tempat yang selamat untuk mulakan hidup baru...", kata luna panjang lebar. "aku pun pernah berfikir macam tu juga... mari kita cari siapa siapa saja yang belum terjangkit dengan virus tu.kemudian kita cari tempat yang selamat untuk mulakan hidup yang baru...", kata zarul. "baguslah kalau macam tu... mari kita keluar dari tempat ini...", balas luna dengan penuh semangat. mereka berdua pun mula beredar dari situ...

AUTHOR NOTE: sekarang masuk dalam fasa kedua. di mana zarul dan luna bergabung tenaga mencari para survivor yang lain untuk di bawa ke tempat yang lebih selamat. dalam fasa kedua ni mizz akan gambarkan keadaan zombie dalam bandaraya pula. so wait and see arr... :)

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now