MEREDAH KEGELAPAN 42

209 21 6
                                    

luna segera meluru ke arah tubuh wanita yang terbaring di atas pantai itu. begitu juga dengan yang lain. "oh.... kenapa pula siti bunuh diri?", soal may ling cukup terkejut. kawannya yang lain hanya menutup mulut dengan tangan kerana mereka merasa sungguh terkejut. profesor ismadi menghampiri tubuh yang kaku itu lalu cuba memeriksa nadinya. "dia sudah meninggal dunia...", doktor ismadi bersuara perlahan lahan. mereka saling berpandangan. tidak tahu nak cakap apa lagi. baru saja mereka hendak mengangkat mayat itu untuk di bawa ke tanah perkuburan tiba tiba saja tempat tersebut di datangi oleh segerombolan zombie. "alamak!.... semua zombie tu sudah tahu kita berada kat sinilah... mari kita lari dari sini....", zarul pantas melarikan dirinya. begitu juga dengan yang lain. mereka segera berlari laju ke arah van yang terletak tidak jauh dari situ. mereka pantas masuk ke dalam van itu tapi malang bagi martha yang berlari di belakang mereka. dia di tarik oleh satu zombie yang berlari pantas di belakangnya. "oh... tolong... tolong....", jerit martha cukup cemas. belakang baju blousenya di tarik ke belakang oleh zombie tersebut. may ling yang berlari tidak jauh dari situ segera berpatah balik lalu cuba menarik tangan rakan sekerjanya itu. begitu juga dengan hilda di sebelahnya. mereka berusaha menarik tangan rakan mereka itu. apabila zarul melihat kejadian itu dia terus menarik keluar pistol yang terselit di celah seluar jeansnya. dia menembak ke arah zombie tersebut tapi tembakannya tidak mengenai sasaran.

luna yang berada di dalam van saat itu segera berlari keluar dari dalam van lalu dengan membawa parang yang terhunus di tangannya. dia meluru ke arah zombie tersebut lalu menetak tangan zombie yang sedang menarik belakang baju martha. sebaik saja tangan zombie itu berjaya di tetak dengan parang di tangan dia dan martha terus berlari meninggalkan tempat itu. begitu juga dengan hilda dan juga may ling. martha sedikit ketakutan apabila dia lihat tangan zombie yang terputus tadi masih menggenggam erat baju blouse yang di pakainya. dia berlari sambil mencuba membuang tangan zombie yang terputus itu dari belakang bajunya tapi dia gagal berbuat demikian. tangan tersebut masih ada di belakang bajunya. oleh kerana dia terlalu takut melihat tangan zombie yang menyeramkan itu dia terus membuka baju blousenya sambil berlari. baju blouse tersebut di buangnya di tepi jalan raya. dia kini berlari dengan hanya memakai bra di tubuh dan berskirt pendek. dia tidak peduli pada pandangan mata profesor ismadi, zarul dan joshua yang pandang semacam ke arah buah dadanya saat itu. dia terus masuk ke dalam van dengan di iringi oleh hilda, may ling dan luna. "cepat... pasang enjin van ni...", gesa luna tapi zarul seperti tidak mendengar perkataannya. malah pemuda itu masih leka memandang buah dada martha yang di lindungi oleh bra hitam di tubuhnya. maklumlah inilah pertama kali dia melihat payudara wanita yang cantik menggunung macam tu. "martha... cuba kau pakai baju jaket ni...", luna menyerahkan baju jaketnya pada wanita tersebut. cepat cepat martha memakai baju jaket gadis itu. luna memandang wajah zarul dengan pandangan mata yang marah sekali. "hey.... apa lagi yang kau tengok tengok tu? cepat lah pasang enjin van ni....", luna bersuara dengan nada suara yang kuat sekali. bagaikan tersedar dari lamunannya, zarul pantas menghidupkan enjin van itu. bagaikan pelesit van tersebut terus meluncur laju dari situ.

"kak, kita nak pergi ke mana ni?... aku mengantuklah... aku nak tidur...", soal vivian yang duduk di sebelah luna saat itu. luna lihat anak kecil itu menggosok gosok pelupuk matanya yang terasa mengantuk. "kalau kau mengantuk kau tidurlah sayang...", luna bersuara seraya menarik anak kecil itu agar tidur di atas pahanya. vivian pun tidur di atas pahanya. luna mendodoinya sehingga dia tertidur lena di pangkuannya. "itu adik kau ke?", soal profesor ismadi ingin tahu. "tak... dia cuma seorang survivor yang kami temui di pusat bandar rattoon city beberapa minggu lalu. malangnya ibu bapanya sudah meninggal dunia dan mereka kini menjadi zombie...", kata luna perlahan lahan. "oh... kasihan betul budak tu... kecil kecil lagi dia sudah kehilangan orang tuanya...", profesor ismadi meluahkan rasa simpatinya terhadap anak kecil itu. "kalau lah ada ubat untuk mencegah bencana ini daripada merebak ke seluruh dunia sudah tentu budak kecil seperti ini tidak akan kehilangan orang tua mereka tapi apa boleh buat... tidak ada ubat untuk mencegah bencana ini daripada merebak lagi....", keluh luna perlahan lahan.

"bercakap tentang ubat, aku rasa aku perlu mencari cara bagaimana hendak mencegah virus itu daripada merebak ke seluruh dunia. aku lihat kau dan zarul mempunyai antibody yang kuat untuk menentang virus itu. jadi aku fikir lebih baik aku melakukan penyelidikan ke atas darah kau dan zarul sekali lagi... aku hendak mencipta satu vaksin baru untuk menentang virus itu di dalam tubuh manusia yang terjangkit. manalah tahu penyelidikan aku ni akan berjaya di suatu hari nanti.... siapa tahu, kan?", kata profesor ismadi. "aku tak kisah jikalau prof ingin melakukan uji kaji ke atas darahku... yang penting ia dapat menghapuskan jangkitan X virus tu dari muka bumi ini....", luna bersuara dengan pantas sekali. "aku pun tak kisah jikalau prof hendak melakukan uji kaji tu ke atas darahku...", sampuk zarul dari tempat duduknya. "jikalau macam tu mari kita pergi ke rumah agamku di atas bukit merati. kat sana nanti aku akan melakukan uji kaji tersebut ke atas darah korang....", kata profesor ismadi. "eh... macamana kau nak buat uji kaji tu kat rumah kau pula? kenapa tidak cari tempat penyelidikan yang ada makmalnya sendiri, barulah senang kau buat kerja kau tu?", celah may ling secara tiba tiba. "korang jangan bimbang lorh.... sebenarnya aku ada makmal aku sendiri kat rumah aku tu....", balas profesor ismadi dengan jujur. "kalau macam tu baguslah.... mari kita pergi ke rumah prof.... anyway, mana alamat rumah prof?....", zarul bersuara dengan pantas. profesor ismadi menarik keluar kad alamat rumahnya dari dalam poket bajunya. kemudian dia menyerahkan kad tersebut pada pemuda itu. zarul pun segera mengambil kad alamat rumah lelaki tersebut. dia mula memandu van itu menuju ke rumah profesor ismadi. "harap tak ada zombie kat rumah kau tu pula...", kata may ling dari tempat duduknya. "aku yakin tak ada zombie kat situ sebab rumah aku terletak di atas bukit. lagi pula kedudukannya agak terpencil dan tersorok dari pandangan mata orang lain. jangan bimbang.... kita akan selamat di sana....", ucap profesor ismadi dengan penuh yakin. may ling terus duduk diam di tempat duduknya. van berwarna kelabu tersebut terus meluncur laju meredah kegelapan malam yang sunyi sepi itu.

AUTHOR NOTE: mungkin mizz akan lambat meng'update' cerita ni.... cerita ini akan mengambil masa yang lama untuk di tamatkan. so mizz harap korang bersabar dulu menunggu updatenya sehingga selesai cerita ini, ya....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now