MEREDAH KEGELAPAN 48

204 22 3
                                    

luna berbaring di atas tempat tidurnya. ketika dia sedang berbaring di situ tiba tiba dia terdengar sesuatu dari belakangnya. "grrrrrr....", perlahan lahan luna menoleh ke belakang. kelihatan wajah zombie menakutkan sedang memerhatikannya dengan sebelah biji mata kirinya terkeluar dari dalam lubang matanya. darah mengalir keluar dari dalam mulutnya dan setitis darah jatuh di atas wajah luna. "eiiiiiiiiii!!!!....", jerit luna dengan sekuat hatinya. tiba tiba, "wake up luna!... wake up!....", kedengaran satu suara bergema di cuping telinganya. bahu kirinya terasa di goncang orang pula. luna pantas membuka matanya. kelihatan zarul, joshua dan yang lain berdiri memerhatikannya dengan pandangan mata yang kehairanan. cepat cepat luna bangun dari tempat pembaringannya. "oh... syukurlah, ia hanya mimpi saja...", bisik luna menarik nafas lega. "mimpi?... kakak mimpi apa?", soal adiknya joshua. bila dia melihat semua orang pandang semacam ke arahnya dia pun terpaksa buat mimik wajah yang selamba. "hanya mimpi buruk saja... anyway, just forget about it.... so macamana dengan persediaan prof tentang damak tu? dah siap ke atau pun belum?", soal luna ingin tahu. "oh... dah hampir siap dah... sekejap lagi aku akan menyimpannya dalam container kecil di mana ianya mudah di bawa di dalam beg sandang masing masing...", jawap profesor ismadi dengan pantas sekali. "baguslah kalau macam tu...", luna tersenyum lebar bila dia dengar proses pembuatan damak sudah hampir selesai.

pagi itu mereka bersarapan pagi dengan hanya memakan roti kering dan coklat panas yang di hidangkan oleh profesor ismadi di atas meja. ketika mereka bersarapan pagi, profesor ismadi mula meletakkan setiap damak di atas anak panah yang akan mereka gunakan kelakk. selebihnya pula dia masukkannya ke dalam container kecil di tangannya. semua container sudah di isi penuh dengan damak. "prof... nak tanya ni... kalau semua anak panah ni habis di gunakan, bagaimana kita hendak menggunakan damak yang selebihnya ni....", soal luna ingin tahu. "kita boleh gunakan alat sumpitan untuk membedil si mangsa.... sebenarnya aku ada menyimpan alat sumpitan pemberian orang asli ketika aku pergi melawat kaum asli di kuala batam hari tu. aku simpankannya di dalam bilik stor aku tu...", balas profesor ismadi. tanpa membuang masa dia pun pergi mengambil 4 alat sumpitan yang di simpannya di dalam bilik stor itu lalu di serahkannya pada luna. "huih... tak sangka ya, prof ni banyak menyimpan senjata senjata macam ni...", komen hilda yang berdiri di sebelah luna saat itu. "bukankah aku dah cakap pada korang tadi yang aku ni seorang lelaki yang suka berburu di hutan. so aku simpanlah semua senjata berburu macam ni di dalam rumahku...", balas profesor ismadi. "oh begitu...", luna menganggukkan kepalanya tanda paham.

setelah luna berbual dengan profesor ismadi dia menyibukkan dirinya dengan mempersiapkan semua senjata yang perlu di bawa apabila mereka meninggalkan makmal itu kelak. kali ini dia membahagikan semua senjata yang ada pada semua orang. termasuklah joshua sendiri. dia pun turut di beri senjata untuk mempertahankan diri. ada juga makanan dan minuman dalam tin di masukkannya ke dalam beg sandang mereka semua. hanya vivian seorang saja yang tidak di berikan sebarang senjata di dalam beg sandangnya sebab dia masih kecil. dia hanya di benarkan membawa makanan dan minuman dalam tin saja di dalam beg sandangnya. sementara itu kelihatan zarul berjalan di luar rumah tersebut untuk memantau keadaan di luar rumah profesor ismadi. dia lihat seperti ada segerombolan zombie sedang berjalan di lebuhraya tidak jauh dari situ. zombie zombie tu semua masih belum tahu yang mereka berada dalam rumah agam di atas bukit tersebut. "oh... this is not good... aku patut bagitahu semua orang akan hal ini...", zarul segera berlari masuk ke dalam rumah. masa dia berlari itulah salah satu zombie yang merayau di atas lebuh raya itu terpandang akan kelibatnya. apa lagi zombie tersebut terus saja berlari menuju ke arah rumah agam yang terletak di atas bukit itu. "kawan kawan... lebih baik kita keluar dari sini sekarang juga... ada zombie ternampak kelibat aku semasa aku berlari masuk ke sini tadi dan dia sekarang sedang berlari menghala ke sini....", tutur zarul dengan cemas sekali.

"apa?... ada zombie datang ke sini?.... oh my God!...", luna terkejut bukan kepalang. begitu juga dengan yang lain. masing masing berwajah pucat dan ketakutan. "korang ambik semua senjata yang sudah aku simpan dalam beg sandang korang tu... korang gunakan semua senjata tu untuk mempertahankan diri...", luna terpaksa memberi arahan dalam keadaan yang kelam kabut. dia menyerahkan beg sandang yang telah di isi dengan semua senjata pada semua orang di situ. luna segera menyerahkan busur dan anak panah yang ada di situ pada profesor ismadi dan juga may ling. busur dan anak panah yang satu lagi di pegangnya. dalam keadaan yang huru hara itu sempat lagi hilda mengambil sebilah kapak sebagai senjata tambahannya. manakala martha pula hanya sempat membawa sebilah parang yang sangat tajam di tangannya. joshua lebih suka menggunakan pedang samurainya daripada senjata lain yang sudah ada di dalam beg sandangnya. zarul pula membawa pistol di tangannya. selain daripada itu dia membawa pedang samurainya yang di ikat di belakangnya. apabila vivian melihat semua orang sudah mempunyai senjatanya masing masing dia pun pantas mengambil sebatang kayu baseball yang ada di dalam bilik stor tersebut. "eh... buat apa kau bawa kayu baseball tu dik?", soal luna ingin tahu. "korang semua kan dah ada senjata, jadi aku pun mesti ada senjata macam korang juga... so senang aku pukul kepala zombie tu dengan kayu baseball ni nanti...", balas vivian dengan pantas. "hm... ikut suka hati kaulah dik... okaylah, mari kita pergi dari sini...", tutur luna sambil mengorak langkah meninggalkan tempat itu. zarul melangkah di sebelahnya. manakala yang lain mengekori mereka dari belakang dengan menggenggam erat senjata di tangan masing masing.

"dammm!... dammmm!.... dammm!....", kedengaran pintu utama rumah agam itu di pukul pukul oleh semua zombie yang berdiri di luar rumah tersebut. kelihatan beberapa zombie berjalan perlahan di tepi jendela yang ada di situ. mereka mula memukul mukul kaca jendela dengan tangan mereka sendiri. "oh... nampak gayanya semua zombie sudah mengelilingi rumah agam ini... oh... habislah kita kali ini...", martha bersuara dalam nada suara yang bergetar. dia kelihatan takut apabila dia melihat wajah zombie zombie yang menggerunkan sedang berkeliaran di luar rumah saat itu. "apa yang di takutkan sangat?... kita lawan saja semua zombie tu dengan senjata kita ni...", joshua bersuara dengan wajah yang serius. "cakap tu memanglah senang.... kau tidak nampakkah itu zombie banyak sekali... silap hari bulan kita semua akan mati di ratah hidup hidup oleh semua zombie tu nanti tau...", balas martha. "oh... macam ni sajalah, kita keluar ikut pintu rahsia...", tiba tiba profesor ismadi bersuara dengan pantas. "oh.... pintu rahsia tu?", soal luna ingin tahu. "ikut aku...", profesor ismadi pantas berlari mendahului mereka menuju ke dalam sebuah bilik yang terletak tidak jauh dari situ. pintu bilik di buka dengan pantas.

rupa rupanya bilik itu ialah perpustakaan mini yang di penuhi dengan pelbagai jenis buku. profesor ismadi melangkah menuju ke arah sebuah rak buku yang ada di situ. dia menarik keluar salah satu buku tebal yang terletak di atas rak buku tersebut. sebaik saja dia menarik buku tebal itu tiba tiba rak buku tersebut terbuka dengan sendirinya. rupa rupanya di situlah pintu rahsia yang di katakan oleh profesor ismadi sebentar tadi. "eh... tak sangka pula dalam rumah agam profesor ni ada pintu rahsia macam ni..", komen may ling cukup kagum dengan apa yang di lihatnya saat itu. "biasanya aku akan menggunakan pintu rahsia ni apabila aku hendak menyelinap keluar dari rumah pada waktu malam. saja nak ambil angin di luar pada waktu malam....", balas profesor ismadi perlahan lahan. perlahan lahan dia menghidupkan aplikasi lampu di mobile phonenya. mereka yang lain pun turut berbuat demikian. "oh begitu...", may ling menganggukkan kepalanya tanda faham. mereka mula menyusuri terowong kecil itu dengan berpandukan cahaya lampu di mobile phone masing masing. "er.... korang fikir tak ada ke zombie kat hujung terowong kecil ni nanti bila kita keluar dari sini?", soal vivian secara mendadak. dia kelihatan seperti ketakutan. dia terus berhenti melangkah. mereka yang lain pun turut berhenti melangkah. begitu juga dengan profesor ismadi. mereka saling berpandangan, tidak tahu bagaimana caranya hendak menjawap soalan anak kecil tersebut.
   

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now