MEREDAH KEGELAPAN 21

237 22 4
                                    

luna dan vijay berhenti berlari sebaik saja mereka terdengar bunyi tembakan dan suara jeritan dari seseorang. "kau dengar tak tu?", soal luna. "ya... aku dengar macam ada suara orang menjerit kesakitanlah....", balas vijay. "jangan jangan itu ialah fai... mari kita pergi ke sana...", luna pantas berlari menuju ke arah datangnya suara itu. begitu juga dengan vijay. larian mereka terhenti sebaik saja mereka lihat begitu banyak zombie melangkah keluar dari dalam bilik di mana tan fai long bersembunyi. salah seorang zombie di situ masih menggigit tangan yang putus di mulutnya. dari tangan itu mereka dapat mengagak itu tangan tan fai long. "oh... zombie zombie tu sudah meratah tubuh fai hidup hidup...", kata luna dengan nada suara yang terkejut. "mari kita lari luna....", gesa vijay. dia pun segera menarik tangan gadis itu supaya berlari tinggalkan tempat itu. mereka pun berlari dari situ. semua zombie yang ada di situ segera mengejar mereka dari belakang. ketika berlari di situ muncul pula zarul dan benji dari arah bertentangan. "lari rul!... benji!...", jerit luna. "ada apa sih?... ada zombie ke?", soal benji ingin tahu. "tidak ada masa untuk bersoal jawab sekarang... mari kita lari tinggalkan tempat ini...", sampuk vijay sambil berlari dengan pantasnya. mahu tidak mahu zarul dan benji terpaksa berlari tinggalkan tempat itu. sayup sayup kedengaran suara zombie zombie bergema dari arah belakang mereka. tahulah mereka bahawa mereka kini di buru oleh mayat mayat hidup tersebut dari belakang.

dalam keadaan yang mencemaskan itu zarul berhenti seketika untuk melekatkan bom jangka di atas dinding koridor tidak jauh dari situ. benji, luna dan vijay terpaksa menembak ke arah gerombolan zombie yang semakin banyak menghampiri mereka di situ. "rul!... cepat sikit... mereka semakin banyak dah ni...", laung luna. "baiklah...", balas zarul sepatah. selepas siap dia segera berlari dari situ dengan di bantu oleh luna, benji dan vijay dari belakang. ketika mereka sedang berlari di situ zarul lihat ada beberapa zombie datang dari arah yang bertentangan. sekali lagi mereka terpaksa bertarung habis habisan. di saat mereka sedang bertungkus lumus menentang zombie zombie tu tiba tiba saja salah seorang daripada mereka menjerit kesakitan. "arrgggghhhh!...", kedengaran erangan kesakitan bergema. zarul pantas menoleh ke arah datangnya suara kesakitan itu. begitu juga dengan kawan kawannya yang lain. rupa rupanya benji telah di gigit oleh salah seorang zombie yang ada di situ. luna berusaha menembak ke arah zombie zombie itu tapi dia tidak dapat selamatkan benji sebab dia sudah di ratah hidup hidup oleh semua mayat hidup tersebut. "celaka betul zombie zombie ni!... pergi mampuslah korang!!!!....", jerit luna sambil menembak menggunakan machine gun di tangannya. "sudahlah tu luna... mari kita lari dari sini...", zarul bersuara sambil menarik tangan luna tapi gadis itu masih juga tidak mahu berganjak dari situ. dia terus terusan menembak ke arah semua mayat mayat hidup itu dengan hati yang marah sekali. "luna!... cukuplah tu!!!...", zarul bersuara seraya menyentak tangan gadis itu agar dia berlari tinggalkan tempat itu.

"tinggalkan aku kat sini... biar aku bunuh semua zombie zombie celaka ni!...", bentak luna dengan keras sekali. "takkanlah kami tinggalkan kau seorang diri kat sini pula... nanti...", kata kata zarul di potong pantas oleh luna. "korang pergi sajalah... nanti aku menyusul korang dari belakang...", balas luna sambil tangannya sibuk membedil semua mayat mayat hidup itu satu persatu. "tapi...", kata kata zarul di potong pantas oleh vijay. "woiii!... larilah... woiii...", jerit vijay sambil berlari dari situ. mahu tidak mahu zarul pun terpaksa berlari tinggalkan tempat itu. tidak lama kemudian "kaboooommmm!!!!!....", kedengaran bunyi bom tangan bergema sebaik saja mereka meninggalkan tempat tersebut. terus terjatuh zarul dan vijay akibat terkena gegaran yang dahsyat itu. perlahan lahan zarul bangun. begitu juga dengan vijay. mereka menoleh ke belakang. kelihatan luna berlari dengan membawa machine gun di tangannya. mereka segera berlari bersama dengan gadis tersebut. zarul lihat pintu exit terletak tidak jauh dari situ. dia, vijay dan luna pantas berlari menuju ke arah pintu exit tersebut. pada saat mereka sedang berlari di situ kelihatan begitu banyak zombie zombie keluar dari dalam bilik yang terletak di setiap ruang koridor tersebut. dalam keadaan yang mencemaskan itu, sempat lagi zarul meletakkan bom jangka terakhir di ruang koridor tersebut. luna dan vijay terpaksa berhenti seketika untuk menembak semua zombie zombie yang ada di situ. setelah selesai zarul berlari dari situ dengan di iringi oleh luna dan juga vijay. "tak lama lagi kita akan sampai di dekat pintu exit.... apabila kita keluar dari dalam bangunan ini aku akan letupkan bangunan ini dengan menggunakan alat picu kawalan jauh di tanganku ini... korang harus meniarap di atas tanah jikalau aku menekan alat picu ini nanti...", kata zarul.

"baiklah...", balas luna dan vijay hampir serentak. tidak lama kemudian mereka pun sampai di dekat pintu besi aka pintu exit bangunan tersebut. vijay pantas memusing besi pemusing yang ada di s itu tapi malangnya pintu itu telah di kunci dari luar. "oh shit!!!... pintu exit ni sudah di kunci dari luarlah... macamana ni?", soal vijay cukup cemas sekali. "siapa yang kunci pintu exit ni pula?", soal luna cukup marah. "tentu lelaki kanibal tu yang kunci pintu exit ni dari luar... bukankah dia pernah berkata dalam video clipnya tu yang dia tak akan membiarkan sesiapa pun masuk ke dalam bangunan ni... jadi sesiapa yang telah masuk ke dalam bangunan ini tidak akan di benarkannya keluar...", balas zarul. "jadi macamana kita nak keluar dari sini?", soal luna. "entahlah... mahu tak mahu kita akan menentang zombie zombie ni semua dengan tangan kita sendiri...", kata zarul sambil berpaling ke belakang. kelihatan begitu ramai zombie menghampiri mereka di situ dengan langkah kaki yang terhuyung hayang. "matilah kita kali ini...", kata vijay dengan suara yang bergetar. wajahnya yang pucat lesi di basahi peluh dingin. "apa lagi korang terpinga pinga kat situ?... cepatlah kita bunuh semua zombie zombie sial tu!...", kata luna. dia segera tampil ke depan dan mula menembak ke arah zombie zombie tersebut. zarul dan vijay terpaksa membedil mayat mayat hidup itu dengan senapang dan pistol di tangan. "truututututututut!!!!!!....", kedengaran bunyi machine gun milik luna bergema di ruang udara. "beng!!!... beng!!!... beng!!!... beng!!....", dan di ikuti oleh bunyi das tembakan senapang milik zarul dan juga pistol milik vijay. berdas das tembakan di lepaskan ke arah mayat mayat hidup itu. satu demi satu zombie zombie yang ada di situ rebah di atas lantai. namun ada juga zombie yang di tembak masih hidup dan berjalan menghampiri mereka di situ.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now