MEREDAH KEGELAPAN 5

463 31 55
                                    

mereka terus berlari dan terus berlari. setelah puas berlari, "rul!... kita berhenti sekejap!...", kedengaran luna bersuara dengan nafas yang termengah mengah. dia kelihatan sesak nafas sedikit. dengan keadaannya yang sakit asma itu dia tidak mampu berlari jauh. zarul terpaksa memberhentikan lariannya. begitu juga dengan rakan rakannya yang lain. "korang rasa lelaki bercawat tu masih hidup or dah mati?", soal tan fai long pada semua mereka yang berada di situ. "tak kot... aku rasa si bedebah tu sudah mati kena pukul oleh si zarul sebentar tadi...", sampuk vijay. "tak mungkin dia dah mati... jangan jangan dia cuma pengsan semasa dia kena pukul tadi...", bantah hezron pula. "taklah... aku rasa dia dah mati...", bantah vijay. "tak... dia masih hidup... dia cuma pengsan tadi tu...", bantah hezron di sebelahnya. "dia dah mati lorh...", bantah vijay. "tak.... dia masih hidup...", bantah hezron pula. masing masing tidak mahu mengalah. masing masing ingin menang dengan pendapat sendiri. zarul yang mendengarnya mula merasa bengang. "boleh tak korang diam sekejap?... korang ni asyik berbantah bantahan saja... korang tak nampak ke luna ni tengah sesak nafas... korang diamlah sekejap...", tegur zarul sedikit bengang. dia menggosok gosok belakang luna dengan tangannya sendiri. mereka terus terdiam di situ. "luna... kau ada ubat asma inhaler tu tak?", soal zarul ingin tahu. "ada tapi ubat inhaler tu tertinggal dalam kapal terbang yang meletup tu...", balas gina mewakili sepupunya itu. zarul terdiam selepas itu. dia lihat luna menutup matanya dan mulutnya terkumat kamit seperti orang yang berdoa. mungkin dia memang berdoa. tangannya saja sudah terkunci rapat. zarul merasa sedikit terkesan. dalam keadaan sakit pun gadis itu masih juga berdoa kepada Tuhannya. kepercayaannya kepada Tuhan sangat kuat. buktinya dia selalu berdoa biarpun dalam keadaan yang kesakitan.

"dia berdoa ke tu?", bisik vijay sambil menyiku pinggang tan fai long yang berdiri di sebelahnya. "ya...", balas tan fai long sepatah. "dalam keadaan macam ni pun sempat lagi dia berdoa... kalau aku kan, aku tak percaya pada doa doa ni semua...", komen vijay tanpa di pinta. "boleh tak kau diam sekejap?... hormatlah sikit pada kepercayaan orang lain....", tegur zarul separuh berbisik. vijay terus terdiam. zarul kembali mengalihkan perhatiannya pada luna. dia lihat gadis itu mulai membuka matanya. agaknya dia sudah selesai berdoa. peliknya dia kelihatan pulih dari sakit asmanya setelah dia berdoa. "mungkin Tuhannya sudah mengabulkan doanya kot?... oh baguslah...", teka hati kecil zarul separuh lega. "kau dah okay ke?", soal zarul ingin tahu. "ya... I think so...", balas luna dengan lemah. dia memandang wajah mereka silih berganti. "jadi ke mana kita harus pergi selepas ni?", soal luna setelah dia rasa okay sedikit. "entahlah... kita bukannya kenal sangat selok belok dalam hutan ni...", balas zarul seraya memandang keadaan di sekeliling mereka.

dari sinar sang rembulan yang terang benderang mereka dapat melihat keadaan dalam hutan yang sunyi sepi itu. "kenapa dalam hutan ni sunyi sepi ar? macam tidak ada satu binatang pun tinggal dalam hutan ni...", hezron bersuara sambil memandang keadaan di dalam hutan itu. "entahlah...", balas zarul sepatah. "ngomong ngomong kenapa sih kat pulau ni ada manusia kanibal?... bukankah pulau ini terletak di tengah tengah lautan... gimana sih manusia kanibal itu bisa hidup dalam pulau ni sendirian?", soal benji yang dari tadi asyik berdiam diri. mereka saling berpandangan seketika. "agaknya manusia kanibal tu macam kita juga kot... dia sudah lama terperangkap di pulau ini.... jadi untuk terus survive di pulau ini, dia terpaksa memburu dan memakan setiap manusia yang terdampar di pulau ini... maklumlah tak ada makanan lain di pulau ini.....", hezron mula membuat andaiannya sendiri. "boleh jadi juga... tapi takkanlah dia sanggup membunuh dan memakan daging manusia macam tu sekali... itu kerja gila namanya tu...", kata tan fai long dengan wajah yang serius. "tau tak pe... aku hampir saja termuntah sebaik saja aku lihat dia makan isi perut dan daging kawan si benji tu...", kata vijay. "gue sih sama juga macam kalian. gue rasa pria tu memang psiko... dia sanggup membunuh dan memakan daging manusia seperti binatang liar...", komen benji. "betul cakap kau tu... lelaki tu memang psiko... aku betul betul takut masa tengok dia makan isi perut dan daging kawan kau tu... dia tak ubah macam zombie pula...", sampuk tan fai long pula.

"korang rasa lelaki tu sudah mati atau pun tidak? kalau dia mati baguslah sebab tidak ada lagi orang yang memburu kita di dalam hutan ni... tapi kalau dia masih hidup memang habislah kita di kerjakannya...", gina bersuara seraya memandang wajah rakan rakannya silih berganti. mereka terdiam seketika. "mungkin dia sudah mati kot. setelah aku memukul belakang tengkuknya tadi dia terus saja terbaring di atas tanah dan dia langsung tidak bergerak gerak lagi...", balas zarul setelah dia lama berdiam diri. "harap harap dia dah....", belum pun sempat gina bersuara tiba tiba, "zuppp!!!....", kelihatan sebatang lembing tertancap tepat di atas pokok besar yang terletak tidak jauh dari tempat duduk zarul. terkejut betul zarul saat itu. nasib baik lembing itu tidak mengenai tubuhnya kalau kena memang jadi arwahlah dia malam tu. zarul segera mengalihkan pandangan matanya. kelihatan si lelaki bercawat itu berlari menuju ke arah mereka. "alamak... lelaki psiko tu masih hiduplah.... lariiiiii!!!!!!....", jerit zarul. mereka pun terus melarikan diri dari situ. "kita nak lari ke mana ni?", soal tan fai long di sebelahnya. "kita lari sajalah...", balas zarul dengan pantas. ketika mereka sedang berlari di dalam hutan tebal itu, tiba tiba zarul nampak sesuatu. dia nampak seperti ada pintu terowong di kaki bukit yang terletak tidak jauh dari situ. "kawan kawan kita lari masuk ke dalam pintu terowong tu!...", laung zarul. tanpa banyak soal rakan rakannya yang lain pun pantas berlari masuk ke dalam pintu terowong tersebut. keadaan di dalam perut terowong itu begitu gelap sekali. zarul terpaksa mengambil lighter yang ada di dalam poket seluarnya lalu di pasangnya lighter tersebut. dengan berpandukan cahaya lighter di tangan zarul, mereka pantas berlari jauh ke dalam perut terowong itu....

AUTHOR: okay honestly sebahagian daripada jalan cerita ni ada adegan ganas sedikit. so bagi pembaca yang tidak sukakan keganasan tu, tolong jangan baca cerita ni ye... mizz sengaja bagi peringatan ni awal awal pada korang sebagai 'pre-caution'....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now