MEREDAH KEGELAPAN 25

254 25 23
                                    

mereka melangkah keluar dari kawasan hospital yang terletak di atas puncak bukit itu. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka melihat nun jauh di kaki bukit itu kelihatan bandaraya rattoon city yang berantakan. semua bangunan atau premis kelihatan tidak terurus. kereta tersadai sana sini bagaikan di tinggalkan secara mendadak. "sebenarnya apa yang telah terjadi sehingga keadaan bandaraya rattoon city jadi begini?", soal luna cukup terkejut. bandaraya rattoon city yang merupakan bandaraya termaju di dunia kini menjadi bandaraya yang hancur dalam sekelip mata. zarul pun merasa hairan dan terkejut di saat dia melihat keadaan bandaraya tersebut. "aku sendiri pun tidak tahu apa apa sebab aku baru saja tersedar dari koma...", balas zarul dengan wajah yang serius. "macamana kau tahu yang kau tu koma tempohari?", soal luna ingin tahu. "aku ada lihat kertas diagnosa yang di letakkan kat hujung katil aku tu... kalau tak salah aku dah koma selama 5 minggu...", balas zarul semula. "thats mean kau koma selama satu bulan lebih?", luna bersuara dengan pantas. "nampak gayanya macam tulah... jangan jangan kau pun koma macam aku juga...", zarul memandang wajah gadis itu. "mungkin juga... anyway, aku tak sempat tengok kertas diagnosa aku tadi.... sebenarnya aku tak tahu apa yang telah terjadi pada diri ku selepas nahas helikopter tu... sedar sedar aje aku berada di atas katil hospital tu... apa apa pun pasti X virus tu dah tersebar dari 2 orang tentera dan seorang pilot helikopter yang tidak sempat aku tembak kepalanya tempohari...", luna mula membuat andaiannya sendiri. "mungkin betul juga apa yang kau cakapkan tu... buktinya sekarang bandaraya ni dah lengang gara gara semua orang sudah di jangkiti X virus tu....", balas zarul perlahan lahan. pada saat mereka sedang berdiri di situ tiba tiba muncul segerombolan zombie kat kawasan hospital tersebut. "oh shit... kat sini ada zombie lorh...", zarul bersuara separuh cemas. "mari kita lari...", luna bersuara sambil menarik tangan pemuda itu. mereka pun segera berlari meninggalkan dari situ. semua zombie tersebut mula mengejar mereka dari belakang.

ketika mereka sedang berlari luna ternampak sebuah kereta yang tersadai di tengah jalan tidak jauh dari situ. "mari kita masuk ke dalam kereta tu...", ajak luna. zarul tidak membantah. mereka segera berlari menuju ke kereta itu. kelihatan satu mayat yang patah lehernya sedang telungkup di atas stereng kereta tersebut. mayat itu kelihatan masih baru lagi. buktinya darah merah mengalir keluar dari lehernya yang patah. zarul pantas menarik keluar mayat tersebut dari driver seat kemudian dia masuk ke dalam kereta itu. Begitu juga dengan luna. pintu kereta di tutup. zarul segera memusing kunci kereta dan enjin kereta di hidupkan. pada saat itulah semua zombie menyerbu mereka di situ. "grrooooarrrr!!!!!....", kedengaran suara mereka bergema sebaik saja mereka tiba dekat dengan kereta itu. luna lihat ada zombie lelaki yang melompat lalu berbaring depan bumper kereta mereka. ada pula zombie perempuan berwajah menakutkan memukul mukul jendela kereta mereka. "cepat zarul... kita harus pergi dari sini...", luna bersuara dengan cemas sekali. zarul pantas memasukkan gear dan menekan pedal minyak kereta tersebut. "brroooommmm...", kereta itu segera meluncur laju dari situ. zombie yang terbaring depan bumper kereta mereka terus saja terjatuh dari atas bumper kereta tersebut. "buukkk... buuumm....", kedengaran zombie itu terjatuh di atas jalanraya lantas zarul melanggarnya dengan kereta yang di pandunya. luna menoleh ke belakang. dia lihat mayat hidup itu mati di situ juga gara gara kepalanya penyek di gilis dengan tayar kereta milik zarul dan luna sebentar tadi.

"sekarang kita nak pergi ke mana?", soal zarul seraya memandu kereta tersebut. "kita harus mencari senjata untuk mempertahankan diri...", balas luna sambil memerhatikan keadaan di bandaraya rattoon city dari jendela kereta itu. "maksud kau kita kena cari kedai senjata begitu?", soal zarul ingin tahu. "ya...", balas luna sepatah. pada saat mereka sedang memandu di jalan raya yang sunyi sepi itu zarul ternampak seseorang sedang berlari sambil membawa seorang budak perempuan berumur 6 tahun. "tolong!.... tolong!...", jerit wanita tersebut dengan wajah yang pucat lesi. kelihatan di belakang mereka sekumpulan zombie berlari hendak menerkam ke arah mereka berdua. wanita itu berlari sambil melambaikan tangannya ke arah kereta zarul dan luna. "berhenti... berhenti... tolong selamatkan kami...", jerit wanita tersebut. "berhenti rul... kasihan wanita dan budak perempuan tu...", perintah luna. zarul pantas memberhentikan keretanya. wanita itu segera membuka pintu belakang kereta tersebut, "tolong selamatkan kami...", rayu wanita itu dengan wajah yang pucat lesi. "baiklah... cepat masuk ke dalam kereta ni...", gesa luna. wanita tersebut segera memasukkan anak perempuannya ke dalam kereta. baru saja dia hendak melangkah masuk ke dalam kereta itu salah satu zombie di situ segera berlari ke arahnya lalu menariknya sehingga dia terjatuh di atas tanah. "cepat masuk mama!...", jerit si anak dengan cemas sekali. wanita tersebut ingin bangun tapi tubuhnya di gigit oleh semua zombie yang ada di situ. "aaarrrrgghhhh....", jerit wanita itu dalam kesakitan. "mama!!!!....", jerit si anak. dia ingin berlari keluar untuk menarik tangan mamanya tapi luna pantas menarik tangan anak kecil tersebut sehingga dia masuk ke dalam perut kereta itu. "jangan lari dik...", kata luna seraya mememeluk erat tubuh anak kecil tersebut dalam pangkuannya. si anak meronta ronta ingin di lepaskan. "oh... lepaskan aku...", bentak si anak mula menangis. "just go zarul... just go!", perintah luna sambil menutup pintu kereta tersebut. kelihatan beberapa orang zombie berlari menuju ke arah mereka.

zarul segera memasukkan gear dan menekan pedal minyaknya. bagaikan pelesit, kereta itu pantas meluncur laju meninggalkan tempat tersebut. anak kecil itu menangis sebaik saja dia melihat mamanya mati di ratah hidup hidup oleh semua zombie zombie yang ada di situ. "mama!... mama!...", panggil si anak kecil dalam esak tangisnya. "sudahlah tu sayang... sudahlah tu, jangan menangis...", pujuk luna sambil menggosok gosok belakang anak kecil tersebut. namun pujukannya tidak di endahkan. malah tangisan anak perempuan tersebut semakin menjadi jadi. tangisannya membuatkan luna merasa sedih. luna tidak dapat menahan airmatanya sendiri. dia menangis memikirkan nasib malang si anak kecil yang berada di dalam pangkuannya. zarul hanya duduk diam di tempat duduknya. dia pun turut merasa simpati terhadap anak kecil tersebut. anak kecil yang tidak tahu apa apa itu terpaksa hidup sebatang kara tanpa kasih sayang seorang ibu. luna hanya tunduk sambil memeluk anak kecil itu. kesedihan jelas terpancar di wajahnya. perasaan bersalah kini muncul di lubuk hatinya. jikalaulah dia menembak kepala 2 orang tentera dan pilot helikopter yang di gigit oleh mayat vijay tentu virus mematikan itu tidak akan tersebar luas di bandaraya rattoon city ini dan tentu anak perempuan tersebut tidak akan kehilangan ibunya tapi semuanya sudah terlambat. X virus kini sudah memusnahkan hampir beribu nyawa penduduk di seluruh bandaraya rattoon city. luna mula menyalahkan dirinya sendiri kerana dia tidak sempat menembak semua kepala mangsa yang telah di gigit oleh mayat vijay tempohari. dalam diam dia merasa sungguh menyesal sekali. namun rasa penyesalannya itu sudah tidak bererti lagi.

AUTHOR NOTE: sorry for the long delay.... mizz dah habis kuota nak online. itu sebabnya mizz tak dapat sambung cerita ni seperti biasa. bagi yang rajin baca cerita ni harap korang tak kisah ar kalau mizz lambat update cerita ni.

p/s: kalau korang rasa cerita mizz ni tak begitu best, tolong jangan baca or votes or komen dengan perkataan yang menyakitkan hati.... lebih baik korang cari cerita lain yang menepati citarasa korang tu ya... tolong jangan cari pasal dengan mizz lagi... mizz malas nak layan orang yang tidak pandai menghargai hasil karya orang lain...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن