MEREDAH KEGELAPAN 59

168 17 1
                                    

selepas profesor ismadi menyuntikkan vaksin ke lengan kiri wanita itu dia di suruh berehat dan berbaring di atas katilnya. dina menuruti saja perintahnya. "awak jangan bimbang... sekejap lagi awak akan sembuh dari jangkitan X virus tu...", bisik profesor ismadi di telinga wanita itu. dina hanya diam dan berbaring di atas katilnya. profesor ismadi menyelimuti tubuhnya dengan selimut di tangan kemudian dia melangkah pergi dari situ.

*** *** ***

luna sedang berbaring di atas katilnya. dia lihat ada seorang pemuda yang di tahan di sebelah bilik tahanannya sedang mengerang kesakitan. tentu dia mengalami rasa sakit akibat jangkitan X virus mula menular ke dalam tubuhnya. ini termasuklah urat sarafnya sehingga masuk ke dalam otaknya. dari gayanya saja luna sudah mendapat mengagaknya. pemuda itu terbaring di atas lantai dalam keadaan yang menggelupur kesakitan. dia memegang kepalanya yang terasa sakit. luna ingin membantu pemuda itu tapi dia tidak dapat berbuat apa apa sebab dia pun di tahan di dalam bilik tahanan yang terletak bersebelahan dengan bilik tahanan pemuda tersebut. "h... elp me... aarrrggghhhh....", pemuda itu bersuara dalam kesakitan. di cuba bangun dan berdiri di dekat jeriji besi bilik tahanannya sambil memandang ke arah luna. luna berusaha untuk membuka pintu bilik tahanannya supaya dia dapat keluar dari situ untuk memberikan pertolongan pada pemuda itu tapi malangnya pintu bilik tahanannya tidak dapat di buka. di saat genting itulah datang dua orang ahli tentera di situ lengkap dengan membawa senjata di tangan. "please sir... please help him... he is sick...", rayu luna tapi rayuannya tidak di endahkan. mereka berdiri di luar pintu bilik tahanan tersebut sambil memerhatikan pemuda yang menggelupur kesakitan di dalam bilik tahanannya. mereka langsung tidak berbuat apa apa. mereka hanya diam memerhatikan pemuda itu menggelupur kesakitan di atas lantai. "please help him... just do something!!!....", luna bersuara pada ahli tentera itu tapi perkataannya langsung tidak di endahkan. malah mereka membiarkan pemuda tersebut menanggung kesakitan sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.

luna menangis sebaik saja dia melihat pemuda itu mati di depan matanya. dia merasa sedih sebab pemuda tersebut tidak dapat di selamatkan. beberapa saat kemudian tiba tiba saja mayat pemuda yang baru meninggal dunia itu bangkit dari atas lantai, "grrooooaarrrr!!!!....", dia menderam dan terus mengganas di dalam bilik tahanan tersebut. mayat pemuda itu telah pun bertukar menjadi zombie. "bengg!!!....", kedengaran dua orang ahli tentera tersebut melepaskan tembakan tepat ke arah kepala zombie itu. kepala zombie tersebut terus pecah berderai akibat terkena tembakan dari dua orang ahli tentera tersebut. luna betul betul terkejut sebaik saja dia melihat semuanya itu. darah memancut keluar dari kepala si mati. perlahan lahan darahnya mulai membasahi lantai bilik tahanan tersebut sehingga ianya mengalir masuk ke dalam bilik tahanan luna. cepat cepat luna duduk di atas katilnya sambil bersandar di tepi dinding. dia merapatkan kedua belah lutut kakinya ke dadanya. kemudian dia memeluk lutut kakinya dengan kedua belah tangannya. dia rasa macam hendak menangis saja bila dia teringatkan semua yang terjadi di sebabkan kelalaian dan kecuaiannya.

jikalaulah dia sempat membunuh pilot helikopter dan dua orang ahli tentera yang bersama dengannya dan juga zarul dalam helikopter sebulan yang lalu sudah tentu jangkitan X virus itu tidak menular di seluruh dunia tapi bila dia lihat kesengsaraan dan penderitaan yang di alami oleh penghidap jangkitan X virus dia merasa sungguh bersalah. dia tahu ini semua berpunca dari kelalaiannya. rasanya mahu saja dia membunuh diri saat itu tapi bila dia fikirkan yang profesor ismadi telah berjaya menyembuhkan orang dengan darahnya dan juga darah zarul dia tidak jadi membunuh diri. jikalau dia bunuh diri sekarang sudah tentu semua orang tidak akan selamat sebab darahnya adalah kunci kesembuhan mereka semua. namun dalam diam luna merasa pelik juga dengan dirinya dan juga zarul. antara ramai ramai manusia di muka bumi ini hanya darahnya dan juga darah zarul saja dapat mencegah jangkitan X virus tersebut. darah orang lain terlalu lemah untuk melawan jangkitan X virus yang merbahaya itu. luna tidak habis fikir kenapa darahnya dan juga darah zarul dapat melawan jangkitan X virus tersebut. walau pun dia pernah mendengar penjelasan dari mulut profesor ismadi tempohari namun dia masih juga tidak faham kenapa darahnya dapat melawan jangkitan X virus itu. apakah ada sesuatu di sebalik semuanya ini?... persoalan tersebut mula bermain di mindanya.

*** *** ***

sementara itu kelihatan profesor ismadi dan beberapa orang doktor yang lain datang ke pusat kuarantin tersebut untuk memantau kesihatan wanita bernama dina itu. nampak gayanya dia semakin pulih dan sihat kembali. apabila mereka melihat vaksin yang di ciptakan oleh profesor ismadi begitu berkesan menghapuskan jangkitan X virus mereka pun mengambil keputusan untuk membebaskan luna dan zarul dari bilik tahanan tersebut.

*** *** ***

lamunan luna terhenti sebaik saja dia melihat ada seorang budak lelaki berbangsa inggeris berumur dalam lingkungan 10 tahun baru saja bangun dari tidur lenanya yang panjang. budak lelaki tersebut di tahan di dalam bilik tahanan yang bertentangan dengannya. budak lelaki tersebut memandang ke arahnya dengan pandangan mata yang kosong. luna tersenyum pada budak lelaki itu. "hi....", sapa luna sambil melambaikan tangannya. "hi...", sapa budak lelaki tersebut. "my name is luna musa... what is your name?", soal luna pada budak lelaki itu. perlahan lahan budak lelaki tersebut bangun lalu berdiri di dekat besi jeriji bilik tahanannya. "my name is eric nickson...", balas budak lelaki itu dengan lemah sekali. wajahnya kelihatan pucat sekali. tentu dia pun mengalami jangkitan X virus tersebut. buktinya ada kesan gigitan zombie di lengan kirinya. "how long you've been here?", soal luna ingin tahu. "its almost three days now. whats happened to you? are you've been bitten too?", soal budak lelaki bernama eric itu. "yeah... are you okay?... you look so pale", tutur luna pada budak lelaki tersebut. "i've been bitten by that scary creature and i dont felt good right now... i've got a fever... i think i'm gonna die soon and become one of that scary creature...", balas budak lelaki tersebut dengan lemah sekali. "no... you are not going to die... i'm gonna save you...", balas luna dengan pantas. "how can you save me?", soal eric seraya memandang wajah luna di bilik tahanannya. belum pun sempat luna bersuara datang pula dua orang ahli tentera di situ. mereka membuka pintu bilik tahanan luna. "you need to follow us to the research health centre...", tutur salah seorang ahli tentera itu sambil menarik lengan kiri luna supaya dia meninggalkan bilik tahanan tersebut. luna terpaksa     melangkah meninggalkan bilik tahanan itu. ketika luna di bawa pergi dari situ dia sempat menoleh ke arah eric. "just be patients... sooner or later I will come and save you... you just wait there...", pesan Luna pada budak lelaki tersebut. budak lelaki bernama eric itu hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now