MEREDAH KEGELAPAN 19

250 23 2
                                    

langkah demi langkah di atur. senjata di tangan semakin di genggam erat. peluh dingin mengalir perlahan membasahi pipi. jantung berdegup lebih pantas dari sebelumnya. sayup sayup kedengaran bunyi deraman zombie yang berkeliaran di ruang koridor tersebut. zarul mengarahkan hezron untuk meletakkan bom jangka yang pertama tidak jauh dari bilik simpanan senjata itu. setelah selesai mereka kembali meneruskan perjalanan di ruang koridor tersebut. ketika mereka sedang berjalan di situ tiba tiba mereka ternampak ada seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan 5 tahun sedang berjalan dan menundukkan kepala tidak jauh dari situ. dia berhenti melangkah sebaik saja dia tersedar akan kehadiran zarul dan kawan kawannya di situ. zarul dan kawan kawannya pun turut berhenti melangkah di situ. "eh... ada budak perempuanlah...", bisik hezron di sebelah zarul. "kenapa ada budak perempuan dalam markas tentera ni pula?", bisik tan fai long sedikit terkejut. "entahlah...", balas zarul separuh berbisik. "mungkin budak perempuan tu tersesat kot...", bisik luna. "jangan jangan budak perempuan tu ialah zombie...", bisik vijay pula. "entahlah...", balas zarul lagi. mereka lihat budak perempuan itu merenung ke arah mereka dengan pandangan mata yang tajam sekali. "hai adik... adik sesat ke?", soal luna dengan nada suara yang lembut. namun soalannya tidak di jawap. malah budak perempuan itu semakin leka merenung tajam ke arah mereka semua. perlahan lahan luna menghampiri budak perempuan tersebut. "jangan dekat luna... maybe she's a zombie...", larang zarul namun luna tidak mengendahkan larangannya. malah dia semakin dekat dengan anak kecil itu. tiba tiba, "groooaarrrrr!!!!!....", budak perempuan tu membuka mulutnya seperti hendak menggigit tangan luna pula. cepat cepat zarul menembak kepala budak perempuan itu dengan senapang di tangannya. "bengggg!!!!!....", kedengaran bunyi senapang bergema di ruang koridor tersebut. terus pecah berderai kepala budak perempuan itu sebaik saja ianya terkena tembakan zarul. darah merah memercik ke wajah dan baju yang di pakai oleh luna. terpinga pinga luna saat itu. "kesat darah di wajah kau tu...", zarul bersuara sambil melangkah dari situ. perlahan lahan luna mengesat kesan darah dari wajahnya dengan menggunakan lengan bajunya. kemudian dia melangkah pergi dari situ.

baru saja 2 dan 3 langkah mereka mengorak langkah di situ tiba tiba muncul sekumpulan zombie dari arah yang bertentangan. "awas kawan kawan, banyak betul zombie ni... tembak kepala zombie zombie tu semua, got it?", zarul memberikan arahannya. "got it...", balas semua rakan rakannya hampir serentak. Mereka mula menembak ke arah zombie itu satu persatu dengan menggunakan senjata yang ada di tangan. ketika mereka sedang sibuk menembak zombie zombie di situ, zarul lihat semakin banyak zombie lain datang ke situ. mahu tidak mahu zarul terpaksa menggunakan bom tangannya untuk membunuh semua zombie zombie itu. "get down you guys!....", laung zarul. mereka semua terus meniarap di atas tanah. "kaaboooommmm!!!!!....", serentak dengan itu kedengaran bunyi letupan meledak di ruang koridor tersebut. "run you guys!!!!...", jerit zarul. mereka segera bangun lalu berlari sambil memijak tubuh zombie zombie yang terkena ledakan bom tangan sebentar tadi. ketika mereka berlari di situ tiba tiba, "arrgggghhhhhhh....", kedengaran suatu suara mengerang kesakitan. zarul dan kawan kawannya menoleh ke belakang. kelihatan tan fai long sedang berusaha melepaskan kaki kirinya dari di gigit oleh salah satu zombie yang terbaring di atas lantai ketika itu. luna yang ada di sebelah zarul segera menembak kepala zombie yang sedang menggigit kaki kiri tan fai long dengan menggunakan pistol di tangannya.

cepat cepat benji segera memapah tan fai long lalu membawa dia lari dari situ. tan fai long terpaksa berlari dengan kaki kiri yang berdarah. mereka berlari dan terus berlari. dalam keadaan yang mencemaskan itu sempat lagi zarul dan hezron melekatkan bom jangka di atas dinding ruang koridor tersebut. mereka terpaksa melakukannya dengan tergesa gesa sebab banyak zombie masih mengejar mereka dari belakang. beberapa minit kemudian, mereka tiba di suatu bilik yang agak kelam sedikit. hezron pantas melekatkan bom jangka di dalam bilik tersebut tapi alangkah terkejutnya apabila dia melihat ada lagi zombie di dalam bilik itu. mereka meluru ke arahnya pula. hezron terpaksa melekatkan bom jangka itu dengan tergopoh gapah. "cepat ron... lariii!!!!...", jerit kawan kawannya yang lain. hezron pantas berlari tapi ramai zombie menarik belakang baju tshirtnya dari belakang. hezron berusaha hendak melepaskan bajunya dari pegangan tangan zombie zombie tersebut tapi dia gagal berbuat demikian. malah mereka menarik dia masuk ke dalam bilik yang kelam itu pula. "oh tidak!.. hezron!....", luna pantas berlari lalu menembak satu persatu zombie yang ada di situ. zarul dan kawan kawannya yang lain turut membantu gadis itu. mereka bertungkus lumus membedil kepala zombie zombie yang ada di situ tapi malangnya mereka semakin banyak. malah ada yang telah menggigit hezron dari belakang. "arrgghhhhhh!!!!!....", jerit hezron kesakitan. "oh hezron!.... tidak!...", jerit luna mula menangis. dia menangis sebaik saja dia melihat sepupunya di gigit dan di ratah hidup hidup oleh zombie zombie itu semua. "arrggghhhhh... just go luna... just go!", jerit hezron dalam kesakitan. "tapi...", kata kata luna terus di potong pantas oleh hezron. "biarkan aku mati di sini luna... korang larilah!!!!!....", jerit hezron. dalam keadaannya yang kesakitan itu sempat lagi dia menarik sebiji bom tangan dari pinggangnya. "cepat lari luna!....", zarul segera menarik tangan luna. mahu tidak mahu luna pun terpaksa berlari bersama dengan rakan rakannya yang lain. serentak dengan itu, "kaaboooommmmm!!!!!!....", kedengaran bom tangan milik hezron meletup dengan dahsyatnya. begitu banyak zombie mati akibat terkena letupan bom tersebut.

luna berlari sambil menangis. dia sedih sebab dia sudah kehilangan kedua orang sepupunya yang di kasihinya. dalam diam dia merasa terkilan sebab dia tidak sempat menyelamatkan nyawa hezron. ini membuatkan dia bertambah sedih. zarul tahu kesedihan yang di alami oleh gadis itu. dia merasa simpati pada luna. namun dia tidak dapat berbuat apa apa selain daripada meneruskan lariannya. tiba di satu sudut zarul berhenti seketika. dia melekatkan bom jangka di tangan pada sudut yang agak tersorok itu. kemudian mereka kembali berlari di ruang koridor tersebut. ketika mereka sedang berlari di situ tiba tiba muncul pula zombie dari arah yang bertentangan. "oh my God, here come another zombies...", zarul bersuara dengan nada suara yang bergetar sedikit. luna yang masih menangisi kematian kedua orang sepupunya itu terus saja menembak semua kepala zombie yang ada di depan matanya dengan machine gun di tangannya. "truut-tut-tut-tut-tut!!!!!....", kedengaran machine gun di tangannya berbunyi tanpa henti. dalam sekelip mata saja semua zombie zombie itu mati di buatnya. zarul terpinga pinga sebaik saja dia melihat semua zombie itu mati di tangan luna. "luna semakin mahir menggunakan senjatanya...", bisik vijay di sebelah zarul. "yelah...", bisik zarul. "kenapa korang tercegat kat situ pula?.... larilah!....", luna bersuara sambil mengesat airmata yang mengalir di pipinya. dia tidak menangis lagi. perlahan lahan dia berlari meninggalkan tempat itu. zarul dan kawan kawannya segera berlari di belakang gadis tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now