MEREDAH KEGELAPAN 41

206 18 4
                                    

"kenapa korang diam?.... cakaplah apa keputusan pemeriksaan darah aku tu?", soal siti nurul huda dengan lemah sekali. "harap awak bertenang dulu ya... sebenarnya keputusan darah awak tu positif... dalam erti kata yang lain awak di jangkiti oleh X virus...", kata profesor ismadi berterus terang. "jadi tak ada ubat ke untuk mencegah jangkitan ini prof?", soal siti nurul huda ingin tahu. "setakat ini belum ada lagi....", balas profesor ismadi sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "oh... jadi aku... aku akan mati tak lama lagi?...", soal siti nurul huda dengan sedih. profesor ismadi hanya menganggukkan kepalanya perlahan lahan. siti nurul huda mula menangis kesedihan. luna pantas menghampirinya lalu memeluknya. siti nurul huda menangis dalam dakapannya. "prof.... boleh tak kau tolong check darah aku?", soal zarul setelah dia berdiam diri buat beberapa ketika. "kenapa?... kau di gigit oleh zombie juga ke?", soal profesor ismadi ingin tahu. zarul terdiam seketika. perlahan lahan dia memghulurkan lengan kirinya pada profesor ismadi untuk di periksa. "i just want to check it out....", tutur zarul. mahu tidak mahu profesor ismadi pun mula menarik keluar picagari yang di simpannya di dalam begnya. dia memasukkan kertas bulat ke dalam picagari yang muncungnya berbentuk bulat itu. sekali di tekannya picagari tersebut di lengan zarul dia sudah berjaya mendapatkan sampel darah pemuda itu.

setelah mengambil sampel darah zarul, kertas bulat di dalam picagari di tariknya keluar. darah merah yang ada di atas kertas bulat di perhatikannya dengan penuh teliti. darah merah itu tiba tiba bertukar menjadi hitam tapi beberapa saat kemudian ianya bertukar semula ke warna merah. profesor ismadi terkejut sebaik saja dia melihat pertukaran warna pada darah tersebut. inilah pertama kali dia melihat darah merah bertukar menjadi warna hitam kemudian ianya kembali berwarna merah semula. baginya itu sesuatu perkara yang pelik dan ajaib sekali. "apa keputusan darah aku tu, prof?", soal zarul ingin tahu. profesor ismadi tidak menjawap soalannya. dia terus mengambil picagari yang baru dari dalam begnya lalu di tariknya lengan kiri zarul. "eh.... eh.... prof, kenapa ni?.... kenapa prof nak ambik sampel darah aku lagi?... tak cukup ke sampel darah yang prof ambik tadi tu?", soal zarul kehairanan. "aku nak periksa sampel darah kau sekali lagi...", tutur profesor ismadi dengan pantas. sekali lagi lengan kiri zarul di tekannya dengan picagari di tangan. "ouwwwhh...", kali ini zarul mengerang kesakitan. maklumlah lengan kirinya sudah dua kali di tekan dengan picagari yang bermuncung bulat itu. setelah profesor ismadi berjaya mengambil sampel darah pemuda tersebut dia pun terus menarik keluar kertas bulat dari dalam picagari itu. dia memerhatikan darah merah di atas kertas bulat tersebut. perkara yang sama telah terjadi. darah merah milik zarul menjadi hitam kemudian ianya kembali berwarna merah. perlahan lahan profesor ismadi mengangkat wajahnya. dia memandang wajah zarul

"ada apa prof?...", soal zarul ingin tahu. dia membalas pandangan lelaki itu dengan penuh tanda tanya. "keputusan darah kau agak peliklah....", tutur profesor ismadi sambil menggaru garu belakang tengkuknya. "maksud prof?", soal zarul tidak faham. "maksud aku, inilah pertama kali aku melihat perkara ini terjadi di depan mataku... aku nak tanya kau ni.... kau pernah di gigit oleh zombie ke sebelum ini?", soal profesor ismadi ingin tahu. "ya.... zombie tu menggigit leher aku tapi aku tak jatuh sakit pun sehingga ke hari ini....", kata zarul dengan jujur. profesor ismadi pun terdiam di saat dia mendengar perkataan pemuda tersebut. "sebenarnya bukan aku seorang saja yang di gigit oleh zombie tempohari tapi luna pun pernah di gigit zombie beberapa minggu yang lalu tapi dia baik baik saja....", zarul bersuara perlahan lahan. "betul ke ni luna?", soal profesor ismadi ingin tahu. "ya.... prof...", balas luna seraya menganggukkan kepalanya. "kalau macam tu biar aku periksa darah kau pula....", profesor ismadi bersuara sambil memandang wajah luna.

"baiklah....", luna bangun lalu dia melangkah menuju ke arah profesor ismadi dan zarul yang sedang duduk tidak jauh dari situ. sekali lagi profesor ismadi menarik keluar picagari yang baru dari dalam begnya. dia menyuruh luna membuka lengan bajunya. luna pun terus membuka lengan bajunya. perlahan lahan profesor ismadi menekan picagari bermuncung bulat di lengan kiri gadis tersebut. setelah dia berjaya mendapatkan sampel darah luna dia pun menarik keluar kertas bulat dar dalam picagari itu. darah merah di atas kertas bulat di perhatiannya dengan penuh teliti. darah merah milik luna bertukar menjadi hitam tapi ianya kembali berwarna merah semula. ini membuatkan profesor ismadi merasa sungguh terkejut. keputusan pemeriksaan darah luna hampir sama dengan hasil pemeriksaan darah zarul. dia memandang wajah luna dan zarul silih berganti. "macamana prof? aku di jangkiti oleh X virus tak?", soal luna ingin tahu. "susah nak cakap sekarang sebab keputusan darah korang agak pelik.... nampak gayanya aku perlu menjalankan penyelidikan ke atas sampel darah korang untuk mencari tahu apa sebabnya darah merah korang boleh bertukar hitam kemudian ianya menjadi merah semula. aku ingin tahu apa punca ianya jadi begitu...", kata profesor ismadi. "maksud profesor?....", zarul memandang wajah lelaki itu. "maksud aku, korang terpaksa bagi sampel darah korang pada aku.... aku akan menjalankan penyelidikan ke atas sampel darah korang dengan menggunakan alat mikroskop yang aku bawa ni dalam beg aku ni....", tutur profesor ismadi perlahan lahan. "hm.... baiklah...", balas zarul dan luna hampir serentak. profesor ismadi mula mengambil alat suntikannya lalu dia menyuntik lengan kanan zarul sambil menarik perlahan hulunya sehingga darah zarul tersedut masuk ke dalam alat suntikan di tangannya. zarul terpaksa menahan kesakitan sebaik saja darahnya di ambil.

setelah selesai darahnya di ambil giliran luna pula di suntik. profesor ismadi melakukan tugasnya dengan penuh teliti. dia tahu mana satu urat yang perlu di suntik untuk mengambil darah. tidak lama kemudian dia pun selesai mengambil sampel darah luna. kedua dua sampel darah itu di simpannya di dalam container khas yang di bawanya di dalam beg. malam itu juga dia membuat penyelidikan ke atas kedua dua sampel darah tersebut. dia mengeluarkan sampel darah yang di jangkiti dengan X virus dari dalam container kecil yang di bawanya dari makmal pagi tadi. kemudian dia mengeluarkan sedikit sampel darah milik zarul. dia meletakkan setitis darah yang ada X virus dengan setitis darah zarul di atas kaca slaid kecil yang di pegangnya. kemudian dia mencampurkan kedua dua titisan darah tersebut dengan menggunakan hujung kayu pencungkil gigi di tangannya. selepas itu dia meletakkan kaca slaid tersebut ke bahagian tengah mikroskopnya. dia mula memerhatikan tompokan darah yang telah di campurkannya sebentar tadi melalui mikroskop itu. dia lihat ada mikroorganisma kecil berbentuk X di dalam darah cuba menghapuskan sel darah putih tapi sel darah putih semakin kebal tatkala ianya di serang oleh mikroorganisma yang kecil itu. yang lebih mengejutkan lagi ialah sel darah putih bertindak menghapuskan mikroorganisma tersebut dalam beberapa saat saja. setelah memeriksa sampel darah zarul dia memeriksa sampel darah luna pula. setitis darah yang di jangkiti X virus di letakkan di atas kaca slaid. kemudian setitis darah milik luna di letakkan di atas kaca slaid tersebut. dia mencampur kedua dua titisan darah tadi dengan menggunakan hujung kayu pencungkil gigi di tangan. setelah di campur dia meletakkan kaca slaid itu di bawah kanta pembesar mikroskop itu. dia memerhatikannya dengan penuh teliti. dia lihat mikroorganisma berbentuk X mula menyerang sel darah putih dalam darah tapi yang peliknya sel darah putih dalam darah luna menyerap mikroorganisma berbentuk X sehingga ianya menjadi semakin kebal. dalam erti kata yang lain X virus telah menjadi faktor yang membuatkan sel darah putih dalam darah luna semakin kuat dan secara automatik antibodynya semakin kuat dari antibody orang lain.

perlahan lahan dia mengangkat wajahnya. "bagaimana prof? macamana dengan hasil penyelidikan kau tu?", soal luna ingin tahu. profesor ismadi hanya memandang wajah dua orang remaja itu. "korang kebal terhadap jangkitan X virus tu.... dalam erti kata yang lain antibody korang lebih kuat dari orang lain.... thats mean korang tidak akan di jangkiti X virus walaupun korang di gigit oleh zombie....", jawap profesor ismadi secara perlahan lahan. "oh.... syukurlah kepada Tuhan.... sebab antibody kita kuat, rul....", luna bersuara sambil tersenyum. baginya itu satu berita yang menggembirakan. zarul pun turut gembira saat itu sebaik saja dia mendengar berita tersebut. begitu juga dengan yang lain. cuma siti nurul huda seorang saja yang tidak merasa gembira saat itu. maklumlah jiwanya tertekan dan dia terlalu sedih sebab dia tahu ajalnya akan tiba tidak lama lagi. dia menangis dan menangis memikirkan nasib malangnya. tanpa di sedari oleh mereka yang lain, siti nurul huda mengambil sepucuk pistol dari dalam beg luna. kemudian dia menembak kepalanya dengan menggunakan pistol itu. "bengggg!!!!...", kedengaran satu das tembakan bergema di ruang udara. serentak dengan itu tubuh siti nurul huda terbujur kaku di atas tanah.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now