MEREDAH KEGELAPAN 30

238 23 7
                                    

pintu lif terbuka sebaik saja mereka sampai di ground floor. zarul memerhatikan keadaan di luar lif sebelum mereka melangkah keluar dari dalam lif itu. keadaan di luar agak sepi dan tenang. cepat cepat zarul memberikan isyarat pada luna, joshua dan vivian agar mereka melangkah keluar dari dalam lif tersebut. mereka mengangkat mayat ibu luna bersama sama. ketika mereka melangkah keluar dari dalam bangunan itu menuju ke arah caravan yang terletak tidak jauh dari situ. kelihatan 4 zombie sedang berjalan mundar mandir di luar bangunan itu. cepat cepat mereka berlari sambil mengangkat mayat di dalam selimut di tangan. 4 zombie tadi terus meluru ke arah mereka sebaik saja mereka menyedari kehadiran mereka di situ. "cepat... masuk dalam caravan tu...", laung zarul. mereka segera berlari masuk ke dalam caravan tersebut. mayat ibu luna di letakkan di atas katil kecil yang ada di situ. pintu caravan pantas di tutup dan di kunci dari dalam. semua zombie yang kebetulan sedang merayau di kawasan itu segera menghampiri caravan mereka. zarul pantas menghidupkan enjin caravan tersebut. sekali pasang saja enjin caravan itu terus hidup. zarul pantas memandu caravan tersebut dengan kelajuan yang maksimum. sempat lagi zarul melanggar salah satu zombie yang berdiri di depan caravan mereka. terus terbaring mayat hidup itu di atas tanah sebaik saja di langgar caravan milik mereka berempat.

"okay sekarang kita nak pergi ke tanah perkuburan bandaraya rattoon city... kita harus kebumikan mayat ibu korang ni secepat mungkin sebelum malam tiba...", ujar zarul setelah mereka berada jauh dari gerombolan zombie tadi. "baiklah...", balas luna. tidak lama kemudian mereka pun sampai di pinggir bandaraya rattoon city. keadaan di kawasan perkuburan agak lengang sekali. melangkah turun keluar dari dalam caravan setelah mereka yakin tidak ada zombie di kawasan tersebut. zarul melangkah sambil mengangkat mayat ibu luna. dia di bantu oleh luna dan adiknya joshua. vivian hanya mengekori mereka dari belakang. mata zarul meliar ke sana ke mari. dia lihat ada satu kawasan yang belum ada pusara di atasnya. dia meletakkan mayat ibu luna di situ. "macamana nak gali tanah kalau tidak ada cangkul kat sini?", soal zarul sambil menggaru garu kepalanya. tiba tiba, "hey... kat sana tu ada cangkul lah...", vivian bersuara seraya menunjuk ke arah cangkul yang di sebutkannya sebentar tadi. kelihatan sebatang cangkul tergeletak di atas tanah tidak jauh dari situ. zarul lantas mencapai cangkul tersebut. dia mula menggali di situ dengan di perhatikan oleh luna, joshua dan vivian. setelah beberapa minit bertungkus lumus menggali lubang kubur akhirnya zarul mula meletakkan mayat itu ke dalam lubang kubur yang di galinya sebentar tadi. dia di bantu oleh luna dan adiknya joshua. setelah siap semuanya mereka mula menimbus mayat tersebut dengan tanah. luna menangis di saat dia menimbus mayat ibunya dengan tanah. begitu juga dengan joshua. setelah siap semuanya mereka bertafakur buat beberapa ketika di situ.

"ibu... mayat ibu sudah di kebumikan... semoga roh ibu di cucuri rahmat hendaknya...", bisik luna dalam hatinya. kemudian dia mula berdoa bersama adik lelakinya joshua. setelah selesai mereka mula meninggalkan kawasan perkuburan itu. "okay sekarang kita pergi selamatkan ayah aku pula...", kata joshua lalu beredar dari situ. luna tidak banyak bicara. dia ikut saja pemuda itu dari belakang. begitu juga dengan joshua dan vivian. mereka melangkah masuk ke dalam caravan yang terletak tidak jauh dari situ. tidak lama kemudian caravan tersebut meluncur laju meninggalkan tempat itu. di sepanjang perjalanan joshua masih kelihatan bersedih. kesedihan masih jelas terbayang di wajahnya. perlahan lahan vivian datang lalu duduk di sebelah anak muda itu. "jangan sedih... mak dan ayah aku dah mati tapi aku tak sedih pun...", kata vivian pada joshua yang duduk di sebelahnya. "kenapa kau tak sedih pula?", soal joshua ingin tahu. "sebab aku tahu mak dan ayah aku sekarang berada di syurga bersama Tuhan...", balas vivian perlahan lahan. "macamana kau tahu mereka bersama Tuhan di syurga?", soal joshua seraya merenung wajah anak kecil itu. "nenek aku pernah berkata padaku sesiapa saja yang sudah mati rohnya akan naik ke syurga. jadi aku percaya roh mak aku dan ayah aku kini berada di syurga...", balas vivian dengan penuh yakin. "ya meyh?...", joshua mengangkat kening kirinya macam tidak percaya pula. "ya...", balas vivian sepatah. "kenapa kau begitu yakin yang roh mereka kini berada di syurga?", soal joshua lagi. "sebab aku pernah bermimpi melihat mak dan ayah berpimpin tangan di syurga... mereka kelihatan gembira. sebab itulah aku tak merasa sedih lagi...", jelas vivian dengan wajah yang serius. joshua terdiam sebaik saja dia mendengar penjelasan dari mulut anak kecil itu. "petah sungguh kau berbicara kan... siapa nama kau?", soal joshua setelah berdiam diri buat beberapa ketika. "namaku vivian ak gumang... siapa nama kau pula?", soal vivian padanya. "namaku joshua musa. tapi panggil aku abang jo...", ucap joshua pada anak kecil itu. "hai... abang jo... gembira dapat berkenalan dengan abang jo... buat pengetahuan abang jo dulu pun aku ada seorang abang. namanya erick ak gumang... tapi dia di culik oleh orang jahat semasa kami pergi melancong di pulau hawayan 2 tahun yang lalu. kalau tak silap dia pun berumur 13 tahun sama macam abang jo....", kata vivian perlahan lahan. "ouwhh... kasihan kau kerana terpaksa berpisah dengan abang kau tu...", ucap joshua dengan penuh simpati. "yeah... memang kasihan pun... aku berharap semoga di suatu hari nanti aku akan bertemu dengan abang aku tu...", ucap vivian perlahan lahan. "aku doakan semoga kau dapat bertemu semula dengan abang kau tu...", ucap joshua perlahan lahan. "ya terima kasih...", ucap vivian tersenyum lebar. mereka duduk diam selepas itu.

tidak lama kemudian mereka sampai di kawasan perumahan jertih jalan merayan. suasana di perumahan itu agak sunyi dan berselerak sedikit dengan kereta yang tersadai sana sini. zarul memberhentikan keretanya di hadapan rumah milik ayahnya. dia lihat tiada sesiapa pun di situ. "line clear... mari ikut aku masuk ke dalam rumah...", ajak zarul. mereka pun pantas melangkah keluar dari dalam caravan itu. langkah kaki mereka terhenti bila dia lihat keadaan dalam rumah itu tidak teratur. semua perabot dan barang barang bersepah sana sini. pendek kata keadaan dalam rumah tersebut begitu berselerak sekali. ianya bagaikan di landa puting beliung pula. "ayah... ayah...", panggil zarul namun tiada sesiapa yang menyahut panggilannya. zarul naik ke tingkat atas. tiada sesiapa di situ. dia kembali semula ke tingkat bawah. bilik tetamu di perhatikan begitu juga dengan ruang dapur, ruang makan, ruang tamu dan bilik tandas. semuanya kosong tiada berpenghuni. zarul merasa gelisah bila memikirkan ayahnya tidak ada di rumah mereka. dia tidak tahu di mana ayahnya berada sekarang. "zarul... ada baiknya kita pergi dari sini... hari dah nak malam dah ni... zombie biasanya akan keluar beramai ramai di waktu malam...", ucap luna dengan perasaan bimbang. "oh baiklah...", balas zarul perlahan lahan. sebelum mereka berangkat dari situ sempat lagi zarul mengambil makanan bertin dari dalam peti sejuk untuk mengalas perut mereka kelak. setelah pasti keadaan di luar selamat mereka pantas berlari meninggalkan tempat itu. mereka masuk ke dalam caravan yang terletak tidak jauh dari situ. perlahan lahan zarul menghidupkan enjin kereta dan caravan tersebut terus meluncur laju meninggalkan tempat itu.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now