MEREDAH KEGELAPAN 47

186 24 1
                                    

malam itu karina kelihatan sihat walafiat. dia tidak demam lagi. profesor ismadi menjalankan ujian darah. dia lihat antibody dalam tubuh karina kini kembali kuat dan stabil. X virus sudah tidak ada dalam darahnya. untuk memastikan karina betul betul sembuh dari jangkitan X virus dia pun melakukan pemeriksaan yang terakhir ke atas gadis itu. dia menyuntik lengan gadis tersebut dengan picagari di tangannya. setelah menyuntiknya dia mula memerhatikan kertas kecil dalam picagari di tangan. dia lihat darah karina yang hitam telah bertukar menjadi merah semula. profesor ismadi tersenyum gembira. nampak gayanya segala usahanya tidak sia sia. hasil gabungan darah zarul dan luna telah menyembuhkan karina dari jangkitan X virus. dia memanggil semua orang di situ. "korang tengok ni... darah karina dah jadi normal semula. itu maknanya karina sudah sembuh sekarang... ianya sungguh menakjubkan...", profesor ismadi bersuara dengan penuh teruja. "oh... yakah?... syukurlah aku dah sembuh sepenuhnya...", ucap karina dengan rasa penuh kesyukuran. mereka yang lain mula tersenyum padanya. "guess what? malam ni juga saya akan sediakan vaksin banyak banyak. aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar....", kata profesor ismadi dengan riang sekali. "er... tapi takkanlah prof terus buat vaksin tu sedangkan kami sudah lapar sangat ni...", kata karina pula. "ya tak ya juga kan... okaylah, korang makanlah dulu makanan dalam tin di atas meja tu... aku harus siapkan vaksin ni dulu...", kata profesor ismadi dengan pantas. "oh... baiklah...", balas mereka semua hampir serentak. malam itu mereka makan makanan dalam tin bersama sama.

setelah makan, zarul dan luna di minta mendermakan darah mereka dalam 1 beg kecil untuk di jadikan vaksin yang banyak. tanpa banyak soal zarul dan luna mendermakan darah mereka dalam 1 beg seorang. setelah siap profesor ismadi pantas melakukan kerjanya. sementara itu may ling cuba mencari siaran dalam radio kecil di atas meja. cari punya cari satu siaran pun tidak kedengaran. "eh.... kenapa semua stesen radio tidak berfungsi lagi?", soal may ling kehairanan. "cuba kau pasang TV tu? manalah tahu kot kot ada stesen TV yang masih menyiarkan siaran di kaca TV....", sampuk martha yang diam dari tadi. tanpa membuang masa lagi may ling menekan punat 'on' kat remote TV. mereka yang lain mula menumpukan perhatian mereka ke kaca TV. May ling mula menekan punat di remote controlnya untuk melihat apakah ada siaran di TV atau pun tidak. cari punya cari tak ada pun siaran di kaca TV. "eh... siaran kat TV pun tak ada.... jangan jangan semua manusia di muka bumi ni sudah di jangkiti dengan X virus tu!....", teka may ling dengan wajah yang cukup bimbang. "ahhh!.... takkanlah semua manusia di jangkiti X virus pula... pasti ada survivor macam kita ni bersembunyi di tempat yang tersorok.... siapa tahu, kan?...", tutur hilda pula. "tapi kalau ada survivor yang masih hidup, kenapa semua siaran di TV dan siaran di radio langsung tak ada?.... aku bimbanglah... mungkin keadaan di luar sana jauh lebih teruk dari apa yang kita fikirkan...", sekali lagi may ling meluahkan pendapatnya. "jangan berfikiran negatif macam tu. dalam keadaan yang darurat macam ni kita harus berfikiran positif. jikalau korang asyik berfikiran negatif sudah pasti korang akan merasa stress..", tegur luna. may ling terdiam selepas itu.

"saya dah siap buat semua vaksin tu...", tiba tiba profesor ismadi bersuara dari belakang mereka. mereka pun terus menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan profesor ismadi sedang berdiri sambil memegang satu briefcase yang penuh dengan botol botol vaksin kecil. "korang jangan bimbang.... aku akan membuat damak yang di isi dengan vaksin ni. korang boleh gunakan damak yang aku buat ni apabila korang menembak semua zombie tu kelak... aku yakin pasti semua zombie tu akan mati apabila mereka terkena damak ini. jikalau ada manusia yang terjangkit dengan X virus, mereka akan terus di suntik dengan vaksin ni... dengan cara ni kita akan dapat mencegah jangkitan X virus dengan sebaik mungkin....", kata profesor ismadi dengan cukup teruja. "oh... baguslah kalau macam tu... tapi macamana kita gunakan damak tu? padahal kita tidak ada busur dan anak panah...", ucap luna. "korang jangan bimbang... aku ada 3 busur dan satu beg penuh anak panah... korang boleh gunakannya kelak...", profesor ismadi bersuara seraya menarik 3 busur dan anak panah yang di simpannya dalam bilik stor yang terletak tidak jauh dari situ. "tak sangka pula prof ada menyimpan busur dan anak panah ni.....", zarul bersuara sambil memegang 3 busur yang di pegang oleh profesor tersebut. "yeah... sebenarnya saya minat betul memanah binatang semasa berburu di hutan. thats why saya ada 3 busur ini....", balas profesor ismadi sambil tersenyum lebar. "oh... selain daripada tu prof ada senjata lain lagi tak?", soal zarul ingin tahu. "ada.... tunggu sekejap....", profesor ismadi masuk semula ke dalam bilik stor itu. tidak lama kemudian dia muncul dengan membawa 2 bilah pedang samurai. "saya ada 2 bilah pedang samurai ni....", tutur profesor ismadi perlahan lahan. "wow.... pedang samurai... susah betul cari pedang samurai macam ni tau....", komen zarul. perhatiannya kini terarah pada pedang samurai tersebut. "tau tak pe... kawan saya yang datang dari negara jepun yang memberikan pedang ni pada saya. dia berikan pedang samurai ni sebagai cenderamata...", balas profesor ismadi dengan jujur. "oh begitu....", zarul mengambil salah satu pedang samurai tersebut lalu di tariknya pedang itu dari sarungnya.

zarul kelihatan amat berminat dengan pedang tersebut. "er.... awak nak pedang ni?", soal profesor ismadi pada pemuda tersebut. "ya.....", balas zarul sepatah. "kalau macam tu awak ambiklah pedang tu... ianya dah jadi milik awak sekarang....", profesor ismadi bersuara dengan pantas. "oh betul ke awak berikan pedang ni pada saya?", soal zarul macam tidak percaya. "ya.... awak jaga baik baik pedang tu ya...", tutur profesor ismadi sambil tersenyum. "oh thanks so much prof.... i really appreciated it...", tutur zarul cukup gembira sekali. sebenarnya dia sudah lama mengimpikan pedang samurai seperti itu dan kini impiannya sudah menjadi kenyataan. "er... macamana pula kalau prof bagi pedang yang satu tu lagi pada saya...", soal joshua. dia tampil ke depan sambil matanya tertumpu ke arah sebilah pedang samurai yang di pegang oleh profesor ismadi. "apa?.... awak nak pedang samurai ni juga ke?", soal profesor ismadi ingin tahu. "ya....", balas joshua sepatah. tiba tiba luna menghampiri adik lelakinya itu. "eh.... tak payahlah adik minta pedang samurai tu.... pedang samurai tu kan milik profesor ismadi.... tak baik adik minta barang orang macam tu saja....", tegur luna. "tak apalah... mungkin adik kau berminat sangat dengan pedang ni.... and guess what? saya akan menyerahkan pedang ni pada dia....", profesor ismadi bersuara sambil menyerahkan pedang di tangannya pada joshua. "tapi dia masih budak mentah lagi, prof.... saya takut dia akan...", perkataan luna pantas di potong pantas oleh profesor ismadi. "biarkan saja dia memiliki pedang tu.... setiap lelaki harus memiliki senjata seperti itu....", tutur profesor ismadi dengan pantas sekali. luna pun terdiam selepas itu. profesor ismadi kembali menyiapkan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. kali ini dia buat damak banyak banyak pula. semua yang lain sudah tertidur di atas kerusi sofa yang ada di situ. hanya zarul dan joshua saja yang belum tidur. mereka masih sibuk berlatih menggunakan pedang samurai di dalam bilik rehat. bukan main seronoknya mereka berlatih menggunakan pedang samurai tersebut. "haish.... tengah malam macam ni pun diorang masih lagi berlatih menggunakan pedang tu... macamlah tak ada hari lain lagi nak berlatih....", bisik luna sendirian sambil menggeleng gelengkan kepalanya.

AUTHOR NOTE: Cerita ni agak merepek so jalan cerita pun mungkin tak logik dan amat sukar di terima dek akal. di harap semua para pembaca sedia maklum tentang perkara ini sebab mizz akan menulis cerita ni dengan scene yang penuh dengan ke'tak-logik'an dan ke'merepek'an yang melampau....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now