MEREDAH KEGELAPAN 74

167 15 6
                                    

"kenapa awak terus menerus menuduh mereka yang bukan bukan?... mereka manusia biasa macam kita juga lorh... buktinya mereka di besarkan seperti anak manusia lain di muka bumi ini...", dina bersuara dengan tegas sekali. dia tampil ke depan apabila dia melihat profesor ismadi mula mengacukan pistolnya ke arah zarul dan juga luna. "oh bullshit!.... kalau mereka manusia biasa kenapa kulit mereka boleh bertukar menjadi seperti alien alien tu, hah?... mustahil manusia biasa boleh bertukar bentuk menjadi sedemikian rupa melainkan mereka berasal dari kalangan makhluk makhluk asing tu...", tekan profesor ismadi dengan perasaan yang curiga. matanya memandang tepat ke arah zarul dan juga luna. "dengar sini... saya dan zarul memang tidak tahu kenapa tubuh kami boleh bertukar menjadi seperti alien alien tu... segala galanya berlaku di luar dugaan... tapi itu bukan bermakna yang kami berasal dari kalangan makhluk makhluk asing tu... apa apa pun ini tentu helah dari semua makhluk asing tu... mungkin mereka sudah mengelabui pandangan mata kita semua... dalam erti kata yang lain mereka menggunakan sesuatu untuk mengelabui pandangan mata kita sehinggakan mata kita boleh melihat sesuatu yang pelik seperti itu...", tutur luna dengan wajah yang serius. "maksud awak?", soal profesor ismadi ingin tahu. "maksud saya macam ni... korang perasan tak tadi semasa kita berlari keluar dari dalam rumah api tu ada seorang makhluk asing di situ mengangkat tinggi rantai di tangannya. pada waktu yang sama keluarlah cahaya dari dalam rantai itu. begitu juga dengan rantai yang kami pakai ni. ianya mengeluarkan cahaya yang begitu terang sekali sehinggakan mata kita terasa silau dengan cahaya itu... mungkin di sebabkan terkena silauan cahaya yang terang itu maka mata kita di kelabui sehingga kita dapat melihat benda benda yang pelik seperti apa yang telah terjadi sebentar tadi....", tutur luna dengan pantas. "so, maksud awak cahaya itu kah yang telah mengubah tubuh awak dan zarul menjadi seperti makhluk asing tu?", soal profesor ismadi dengan penuh minat. "ya... nampak gayanya macam itulah... cahaya di rantai itu telah mengubah tubuh kami menjadi seperti tubuh makhluk makhluk asing tu...", tekan luna. belum pun sempat profesor ismadi bersuara tiba tiba mereka terdengar bunyi ranting kayu yang patah seperti ada makhluk yang memijaknya.

mereka pun terus senyap di dalam gua tersebut. luna dan zarul bersembunyi di dekat pintu gua. manakala yang lain pula bersembunyi di belakang mereka. mereka cuba memerhatikan keadaan di luar gua tersebut. kelihatan sekumpulan makhluk asing bertubuh perang yang hampir menyerupai makhluk dalam movie avatar itu sedang melangkah menghampiri kawasan tersebut. salah seorang daripada makhluk asing di situ mengangkat tinggi rantai silver di tangannya. serentak dengan itu kelihatan satu cahaya bersinar terang dari dalam loket rantai tersebut. tiba tiba saja loket di rantai luna dan juga zarul bercahaya terang. tanpa di duga tubuh mereka bertukar menjadi seperti makhluk asing itu. cepat cepat luna dan zarul menutup loket yang bercahaya itu dengan baju mereka. secara automatik tubuh mereka kembali bertukar menjadi manusia semula tapi malang sekali bagi mereka sebab makhluk makhluk asing itu telah pun ternampak cahaya loket mereka yang bercahaya sebentar tadi. jadi mereka pun terus melangkah menghampiri pintu gua tersebut. "alamak... mereka sudah tahu kita berada di sinilah... habislah kita kali ini...", tutur dina cukup cemas. luna dan zarul terus menembak ke arah semua makhluk asing yang mara ke arah mereka. profesor ismadi pun turut membantu mereka berdua. kelihatan beberapa makhluk asing yang ada di situ kecundang di tangan mereka. "luna... zarul... jumlah mereka terlalu banyak tu... lebih baik kita lari tinggalkan tempat ni...", tutur profesor ismadi dengan peluh dingin membasahi dahinya.

"baiklah....", luna dan zarul menganggukkan kepala mereka. tanpa membuang masa lagi, luna dan zarul segera melemparkan bom asap ke arah sekumpulan makhluk asing itu. kemudian mereka sama sama berlari keluar dari dalam gua tersebut. semua makhluk asing tadi terperangkap di dalam kepulan bom asap yang sangat tebal itu. luna, zarul, joshua, dina dan profesor ismadi terus berlari meredah semak samun yang ada di depan mata mereka. "kita nak lari ke mana ni?", soal joshua ingin tahu. "kita lari sambil mencari tempat untuk bersembunyi...", balas zarul sambil berlari. "di mana tempat yang sesuai untuk kita bersembunyi?....", soal dina ingin tahu. "belum tahu lagi tapi kita harus berlari dengan pantas sebab saya dapat rasakan yang makhluk asing tu masih memburu kita...", balas zarul dengan pantas sekali. mereka terpaksa berlari dan terus berlari. tiba tiba saja joshua ternampak sesuatu. "hey... tunggu sekejap... seperti ada pondok kayulah di atas pokok besar sana tu...", joshua bersuara sambil menunjuk ke arah pokok yang di maksudkannya itu. mereka yang lain segera menumpukan perhatian mereka ke arah pokok besar tersebut. kelihatan sebuah pondok kayu terbiar terbina di atas pokok besar itu. ianya kelihatan seperti rumah orang asli pula. "korang fikir tak ada ke orang asli tinggal di dalam pondok kayu tu?", soal dina separuh was was. "entahlah... saya tengok macam tak ada orang pun...", tutur zarul sambil mendongakkan kepalanya. dia memerhatikan keadaan pondok yang di perbuat daripada kayu bulat dan beratapkan daun nipah itu. ianya kelihatan sunyi sepi seperti tidak berpenghuni pula.

ketika mereka sedang berdiri memerhatikan pondok kayu itu, tiba tiba muncul pula seorang lelaki asli bercawat di situ. dia merenung ke arah mereka dengan renungan mata yang tajam sekali. kelihatan di tangannya kaki manusia yang baru saja di ratahnya. mulutnya masih basah dengan darah manusia. "alamak... ada zombie pula di kawasan hutan ni...", bisik joshua cukup terkejut. tiba tiba lelaki asli yang bertukar menjadi zombie itu terus menyerang mereka di situ. cepat cepat luna menembak kepala lelaki zombie tersebut dengan pistol di tangannya. lelaki zombie itu terus mati di situ juga. tidak lama kemudian muncullah beberapa zombie dari dalam semak samun yang berdekatan. "alamak... mereka semakin banyaklah... macamana ni?", soal dina dalam nada suara yang cemas sekali. "jangan cemas... kita naik saja ke atas pondok kayu di atas pokok besar tu...", tutur zarul dengan pantas. tanpa berlengah lagi mereka pun terus berlari menuju ke arah pokok besar tersebut. mereka memanjat naik ke atas pokok itu dengan menggunakan tangga kayu bulat yang ada di situ. zarul yang memanjat duluan. kemudian di ikuti oleh luna, joshua, profesor ismadi dan juga dina. mereka terpaksa menaiki anak tangga kayu itu dengan langkah kaki yang pantas sekali kerana begitu banyak zombie mula menghampiri mereka di situ.

ketika mereka sedang menaiki anak tangga bulat itu tiba tiba saja salah satu daripada anak tangga yang di pijak oleh dina patah dua. ini menyebabkan dia hampir saja terjatuh ke bawah. nasib baik tangan kirinya di pegang erat oleh profesor ismadi. kalau tidak tak tahu lagilah apa yang terjadi pada dirinya. "cepat naik!... nanti awak akan jatuh ke bawah...", gesa profesor ismadi pada wanita itu. "baiklah...", balas dina. dia kembali menaiki anak tangga tersebut tapi malangnya kaki kirinya di pegang erat oleh zombie perempuan yang kebetulan nampak mereka menaiki anak tangga kayu itu. "oh... tolong saya!.... ada zombie tarik kaki saya....", jerit dina dengan cemas sekali. zarul memandang ke bawah. kelihatan kakaknya dina terkial kial melepaskan kaki kirinya dari pegangan zombie perempuan tersebut. "prof!... tolong tembak kepala zombie perempuan tu!....", zarul bersuara pada profesor ismadi. tanpa banyak soal profesor ismadi terus menembak kepala zombie tersebut. ianya terus jatuh ke bawah. semua zombie yang lain terjatuh ke tanah apabila zombie perempuan itu jatuh tepat di atas kepala mereka semua. sebaik saja zarul sampai di dalam pondok kayu itu dia menarik tangan luna. kemudian dia dan luna menarik tangan joshua, profesor ismadi dan juga dina. setelah mereka semua berada di dalam pondok kayu itu zarul dan luna terus menolak tangga kayu bulat itu sehingga ianya jatuh ke bawah. tinggallah zombie zombie yang berkeliaran di bawah pokok besar tersebut. pintu lantai pondok itu segera di tutup rapat. mereka terbaring di atas lantai dalam keadaan yang keletihan.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now