MEREDAH KEGELAPAN 61

177 22 1
                                    

malam itu profesor ismadi tidak tidur. dia menunggu masa untuk bertindak. bila dia yakin semua orang sudah masuk tidur dia pun bangun dari atas katilnya secara senyap senyap. dia lihat jarum jam di tangan tepat menunjukkan pukul 12:54 tengah malam. perlahan lahan dia melangkah turun dari atas katilnya. beg galasnya di capai. kemudian dia membuka pintu biliknya secara perlahan lahan. dia lihat suasana di luar bilik agak lengang sekali. dia yakin semua orang sudah pun masuk tidur. dia mula melangkah terjengket jengket menuju ke bilik kapten yusuf yang terletak tidak jauh dari situ. baru saja dia hendak mengetuk daun pintu bilik itu tiba tiba saja daun pintu bilik tersebut di buka orang. kelihatan kapten yusuf berdiri di dekat ambang pintu biliknya. "lets go...", bisik profesor ismadi pada lelaki tersebut. kapten yusuf mengangggukkan kepalanya. dia melangkah mengekori profesor ismadi dari belakang. mereka mengorak langkah dengan penuh berhati hati. ketika mereka melangkah di ruang koridor yang sepi itu kelihatan seorang doktor sedang melangkah sambil tunduk menekan skrin mobile phone di tangannya. cepat cepat profesor ismadi bersembunyi di dekat penjuru yang agak tersorok di situ. kapten yusuf pun turut bersembunyi di sebelahnya. lelaki itu tidak menyedari kehadiran mereka di situ. dia terus melangkah sambil tunduk memerhatikan mobile phone di tangannya. sebaik saja doktor itu hilang dari pandangan mata mereka berdua profesor ismadi pun terus mengorak langkah kakinya menuju ke bilik rawatan luna dan zarul yang terletak tidak jauh dari situ. begitu juga dengan kapten yusuf. mereka sudah bersiap sedia untuk membawa lari luna dan zarul dari tempat itu.

sebaik saja mereka sampai di depan pintu bilik rawatan tersebut profesor ismadi segera mengeluarkan ID masuknya ke dalam mesin imbas yang terletak di tepi pintu bilik rawatan itu. perlahan lahan pintu bilik rawatan tersebut terbuka di depan matanya. cepat cepat profesor ismadi dan kapten yusuf melangkah masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. profesor ismadi segera membuka hos kecil yang melekat kemas di lengan kiri luna. "bangun luna... bangunlah...", profesor ismadi cuba menyedarkan gadis tersebut. perlahan lahan luna membuka matanya. "ada apa prof?", soal luna dengan nada suara yang lemah sekali. "saya akan bawa awak dan zarul keluar dari tempat ni... saya tak mahu mereka terus menerus memperalatkan korang demi kepentingan diri mereka sendiri...", tutur profesor ismadi separuh berbisik. dia menghampiri zarul pula. "bangun zarul... bangun...", profesor ismadi cuba menyedarkan pemuda tersebut. zarul membuka matanya perlahan lahan. "zarul... saya akan bawa awak dan luna keluar dari tempat ni...", profesor ismadi bersuara separuh berbisik. "kita nak pergi ke mana?", soal zarul dengan nada suara yang lemah sekali. " ke tempat di mana tidak ada lagi manusia yang memperalatkan orang demi kepentingan mereka sendiri...", tutur profesor ismadi dengan pantas. dia menarik keluar hos kecil yang melekat di lengan kanan pemuda itu. dia mengarahkan kapten yusuf memapah zarul keluar dari situ. sebelum mereka beredar dari situ sempat lagi profesor ismadi mencuri beberapa beg darah yang sama jenisnya dengan darah zarul dan luna dari dalam peti simpanan darah yang terletak tidak jauh dari situ. dia meletakkannya di dalam container khas yang boleh di bawa dalam perjalanan jauh. kemudian dia mengangkat luna dengan kedua belah tangannya. "tak payahlah prof mengangkat saya macam ni sekali... saya masih boleh berjalan lagi...", kata luna dengan lemah sekali. "tak apa... biar saya yang angkat awak... saya tengok awak terlalu lemah untuk berjalan...", balas profesor ismadi. luna terdiam selepas itu. dia tidak dapat menafikan bahawa dia tidak mampu berjalan saat itu jadi dia pun terpaksa membiarkan profesor ismadi mengangkat tubuhnya yang lemah itu.

ketika mereka melangkah keluar dari bilik rawatan tersebut kelihatan dua doktor sedang melangkah keluar dari dalam bilik yang terletak tidak jauh dari situ. cepat cepat profesor ismadi melangkah masuk ke dalam sebuah bilik kecil di sebelahnya dengan menggendong luna di tangannya. kapten yusuf pun turut melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan memapah zarul bersamanya. mereka terpaksa bersembunyi di dalam bilik kecil tersebut setelah mereka yakin yang dua orang doktor itu sudah pergi dari situ. bila keadaan di luar sunyi sepi barulah mereka melangkah keluar dari dalam bilik kecil tersebut. itu pun dengan langkah kaki yang perlahan lahan. ketika mereka sampai di pintu utama kelihatan seorang ahli tentera sedang duduk di dalam pondok jaga di luar kawasan bangunan tersebut. mereka lihat lelaki itu tertidur lena di atas mejanya. cepat cepat kapten yusuf melangkah keluar dari bangunan tersebut dengan di ekori oleh profesor ismadi dari belakang. mereka telah pun berjaya melangkah keluar dari dalam bangunan itu. mereka kini menghala menuju ke helikopter yang terletak di hujung padang tersebut.

ketika mereka sampai di dekat helikopter itu kedengaran bunyi siren bergema kuat dari bangunan research health centre tersebut. kapten yusuf segera membuka pintu helikopter itu. zarul di papahnya masuk ke dalam helikopter tersebut. manakala profesor ismadi pula mengangkat luna lalu meletakkannya di atas kerusi. semua beg dan barang di letakkan di atas lantai dengan tergesa gesa. ketika kapten yusuf menghidupkan enjin helikopter itu tiba tiba, "look!... they're tried to run away!... arrest them!...", laung suatu suara. kelihatan beberapa ahli tentera berlari menuju ke arah mereka. pada waktu yang sama helikopter yang di pandu oleh kapten yusuf mula naik ke udara. "cepat sikit... kita perlu tinggalkan tempat ni dengan segera...", kata profesor ismadi dengan pantas. "tapi macamana kalau mereka tembak kita pula?", soal kapten yusuf dengan nada suara yang kebimbangan. "dont worry... just go on...", balas profesor ismadi dengan pantas sekali. mahu tidak mahu kapten yusuf terpaksa menerbangkan helikopter itu dengan lebih tinggi lagi. "beng!.... beng!... beng!....", kedengaran beberapa das tembakan di lepaskan. nasib baik ianya tidak mengenai helikopter tersebut. helikopter itu terus meluncur laju meredah kegelapan di waktu malam yang hening itu. "prof... macamana kalau mereka mengejar kita?", kapten yusuf meluahkan perasaan bimbangnya. "jangan bimbang... mereka tak akan kejar kita...", tutur profesor ismadi dengan wajah yang serius. dia memeriksa tekanan darah luna dan zarul. kemudian dia mengambil satu beg darah lalu dia mula menyuntik lengan kanan luna untuk menambah darah si gadis yang lemah itu. dia terpaksa menambah darah luna sebab dia mengalami kekurangan darah. begitu juga dengan zarul. mereka perlu di bekalkan dengan darah sebab tubuh mereka kini kekurangan darah. dia berharap semoga dengan bekalan darah yang mencukupi dua orang remaja itu akan kembali pulih seperti biasa.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now