MEREDAH KEGELAPAN 87 (TERAKHIR)

254 11 8
                                    

tidak lama kemudian pintu kapal tersebut terbuka dengan sendirinya. kelihatan maharaja mogor bersama permaisuri rossa sedang melangkah masuk ke dalam perut kapal piring terbang itu. semua makhluk asing lain tunduk hormat pada mereka berdua. zarul dan luna terpegun di saat mereka terpandang akan wajah 'ibu bapa' kandung mereka yang sebenarnya. tanpa di duga oleh zarul dan luna permaisuri rossa terus saja memeluk mereka berdua. "oh... anakandaku... bonda terlalu merindukan kalian berdua...", ucap permaisuri rossa sambil memeluk kedua orang anaknya itu. airmata gembira mengalir perlahan membasahi pipinya. raja mogor pun turut memeluk mereka. zarul dan luna hanya terpinga pinga dalam pelukan mereka. ketika mereka sedang berpelukan di situ tiba tiba, "geduuummmm!!!!....", kedengaran permukaan kapal piring terbang itu terkena hentaman bom atom dan bom meriam dari penduduk bumi yang sedang berusaha melindungi planet bumi dari di jajah oleh semua makhluk asing itu. hampir saja mereka terjatuh. nasib baik mereka dapat mengimbangi tubuh badan mereka saat itu, kalau tidak tak tahu lagilah...

"ampun tuanku, sembah patik harap di ampun... keadaan di luar sana semakin kacau bilau... begitu banyak kapal pejuang penduduk bumi datang ke sini untuk menyerang kita...", kelihatan salah seorang ahli tentera makhluk asing itu berlari lalu sujud di depan kaki raja mogor. "oh baiklah... tolong siarkan rakaman ini ke seluruh satelit bumi. biar mereka tahu apa tujuan kita datang ke planet ini... cepat!...", perintah raja mogor pada tentera makhluk asing yang berpangkat leftenan itu. "menjunjung titah tuanku... sekarang juga patik akan melaksanakannya...", cepat cepat dia beredar dari situ menuju ke bilik kawalan utama. dia menyerahkan pen drive pada seorang staff kapal piring terbang yang ada di situ kemudian mereka me'loading'kan rakaman yang terdapat dalam pen drive tersebut ke komputer utama kapal piring terbang itu. tidak lama kemudian mereka cuba memecah masuk ke dalam sistem satelit planet bumi dengan menggunakan khidmat 'hackers' yang berkaliber. dalam beberapa saat saja mereka berjaya memecahkan codes accessnya. kemudian mereka cepat cepat meng'upload'kan rakaman video dari raja mogor ke dalam sistem satelit di seluruh planet bumi. tidak lama kemudian rakaman itu di siarkan di seluruh planet bumi dengan di saksikan oleh semua penduduk di bumi yang mempunyai telefon bimbit dan television. ini termasuklah para pemerintah dunia yang sedang bersembunyi di bawah tanah dari di serang zombie dan juga makhluk asing. setelah hampir semua penduduk bumi telah melihat dan mendengar siaran itu mereka tidak lagi menyerang semua kapal piring terbang yang datang ke planet bumi. malahan semua kapal jet pejuang dan juga kereta kebal di seluruh bumi telah pun berundur dari medan pertempuran.

tidak lama kemudian mereka menerima mesej dari presiden US dan juga pihak UN agar raja mogor dan permaisuri rossa datang berjumpa dengan mereka di whitelhouse untuk mencapai kata rundingan damai dan persefahaman di antara pihak manusia dan juga pihak makhluk asing. tanpa banyak soal raja mogor mengikut saja apa yang mereka katakan. beberapa jam kemudian mereka semua berkumpul di whitelhouse bersama presiden US, pihak UN dan beberapa pemerintah yang datang dari beberapa negara. mereka menyoal raja mogor dengan pelbagai soalan. raja mogor terpaksa menjawap semua soalan mereka dengan penuh sabar. setelah rundingan damai di persetujui dan persefahaman di capai mereka pun bersetuju agar raja mogor dan semua ahli tenteranya mendermakan darah mereka bagi semua penduduk bumi supaya membasmi wabak X virus yang semakin menjadi jadi itu tetapi sebelum itu darah mereka di campur dengan sejenis antivirus yang di cipta khas oleh doktor doktor makhluk asing dari planet medusa. maka terhasillah satu vaksin yang sangat istimewa sekali. profesor ismadi dan doktor park hoon pun turut bekerjasama dengan semua doktor doktor makhluk asing itu dalam mengkaji keberkesanan penggunaan vaksin tersebut. ternyata ianya sangat mujarab dalam menghapuskan serangan X virus ke atas sistem pertahanan dalam tubuh manusia. walau pun begitu pihak WHO ingin memastikan yang vaksin tersebut selamat untuk di gunakan ke atas manusia. setelah seminggu pemeriksaan di jalankan ternyata vaksin makhluk asing itu sangat berkesan dalam membasmi wabak X virus yang semakin mengancam nyawa manusia di seluruh planet bumi. sejak dari hari itu semua doktor makhluk asing dan doktor doktor di seluruh pelusuk bumi mula bekerjasama menyuntikkan vaksin itu pada semua pesakit yang mengalami jangkitan X Virus. mulai dari hari itu ramai juga manusia yang sakit di sembuhkan dengan suntikan vaksin tersebut.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now