MEREDAH KEGELAPAN 65

175 18 1
                                    

"okay, memandangkan kita terpaksa pergi ke sana saya nak kita menyamar...", zarul bersuara setelah dia berfikir panjang. "menyamar?... menyamar macamana tu?", soal kapten yusuf. "erm... dalam helikopter ni ada apa apa costume tak untuk kita gunakan supaya mereka tidak mengenali kita?", soal zarul seraya matanya meliar seperti mencari sesuatu di dalam helikopter tersebut. "urm... kalau tak salah ada beg pakaian seragam doktor tertinggal kat dalam helikopter ni. tak tahulah samada beg pakaian hitam tu masih ada di dalam helikopter ni atau pun tidak... cuba korang periksa...", tutur kapten yusuf. "oh baiklah...", zarul, luna dan profesor ismadi mula sibuk mencari beg pakaian hitam yang di maksudkan oleh kapten yusuf. cari punya cari akhirnya mereka menemui beg itu di belakang tempat duduk penumpang. mereka segera menarik keluar beg hitam tersebut. kapten yusuf segera membuka beg itu. mereka menjumpai beberapa helai pakaian baju seragam seorang doktor. "di sini ada 4 helai baju seragam doktorlah... cukuplah untuk kita berempat...", tutur profesor ismadi. "baguslah kalau ada... sebenarnya itu baju milik doktor yang bertugas di pulau eden. mereka tertinggal beg pakaian tu semasa mereka pergi ke pulau eden tempohari.... cuba korang pakai baju seragam tu... muatkah tidak pakaian tu kat tubuh korang?", tutur kapten yusuf. tanpa banyak soal mereka bertiga pun mula memakai baju seragam tersebut. "eh... muatlah...", kata profesor ismadi sambil tersengih macam kerang busuk. "tapi baju ni terlalu besarlah kat tubuh saya...", luna bersuara dengan wajah yang sedikit kelat. "baju ni pun besarlah...", tutur zarul di sebelahnya. "alah!... tak apa... asal saja kita boleh menyamar dengan menggunakan baju seragam ni itu pun sudah cukup baik...", balas profesor ismadi seraya mengenakan seragam putih itu ke tubuhnya. "bila kita sampai kat sana nanti kita pakai penutup mulut ni...", profesor ismadi bersuara sambil menyerahkan penutup mulut pada dua orang remaja tersebut.

tanpa banyak soal luna dan zarul segera mengambil penutup mulut itu. "eh... kat sini ada 5 topilah... kita boleh gunakan topi ni...", tutur profesor ismadi sambil menarik keluar topi yang ada dalam beg tersebut. dia memakai salah satu daripada topi itu dan dua topi yang lain di serahkan pada zarul dan luna. kini mereka bertiga lengkap berpakaian seragam doktor, hanya kapten yusuf yang belum mengenakan pakaian seragam tersebut kerana dia sibuk dengan kerjanya sebagai seorang pilot helikopter. tidak lama kemudian mereka pun sampai di ruang udara kota raya cadifornia. luna dan zarul melihat ke bawah. keadaan di kota raya cadifornia kelihatan agak haru biru. zombie berkeliaran di sana sini. pendek kata kota raya itu kini di diami oleh zombie zombie yang menakutkan. luna tidak mahu lagi melihat ke bawah. begitu juga dengan zarul. mereka duduk diam di tempat duduk masing masing. "okay guys... get ready for the landing... kita dah nak sampai dah ni....", kapten yusuf bersuara perlahan lahan. mereka mula bersiap sedia. dari jauh lagi mereka dapat melihat beratus ratus zombie sedang berdiri di luar tembok pusat kawalan kesihatan tersebut. mereka semuanya kelihatan menggerunkan. masing masing cuba memanjat tembok simen yang tinggi itu. setiap kali ada zombie yang berjaya memanjat tembok tersebut mereka akan di tembak oleh pihak tentera yang berdiri di atas tembok itu.

keadaan di situ agak kucar kacir sebab ramai zombie naik atas tembok dan mula bertindak ganas. kedengaran bunyi das tembakan di sana sini. helikopter yang di naiki oleh mereka tidak di hiraukan oleh ahli tentera di situ sebab mereka sedang sibuk menembak semua zombie yang berjaya naik ke atas tembok. kapten yusuf segera mendaratkan helikopter itu di atas bangunan pusat kawalan kesihatan tersebut. sebaik saja helikopter itu mendarat dengan selamatnya kapten yusuf segera memakai baju seragam doktor yang di serahkan oleh profesor ismadi padanya. zarul dan luna sudah pun siap menyamar menjadi seorang doktor. gaya mereka saat itu tak ubah macam doktor doktor yang datang untuk merawat para pesakit di situ. "nasib baik mereka tak menghiraukan kedatangan kita di sini...", bisik kapten yusuf pada mereka bertiga. "maklumlah para tentera kat sini tengah sibuk uruskan zombie zombie kat tepi tembok tu sebab tu mereka tak ada masa nak sambut kedatangan kita...", balas luna di sebelahnya. "korang jangan tarik nafas lega lagi sebab kita belum masuk lagi ke dalam bangunan kawalan kesihatan ni... anyway, saya sarankan kita teruskan saja penyamaran kita ni walaupun mereka tidak menghiraukan kehadiran kita di sini... kalau mereka tanya, korang ni dari mana? cakap saja kita ni datang dari pulau eden dan kita di tugaskan untuk merawat para pesakit di pusat kawalan kesihatan ni...", profesor ismadi bersuara separuh berbisik. "okay....", mereka menganggukkan kepala secara serentak. "kalau nyawa korang dalam bahaya gunakan pistol ni...", profesor ismadi menyerahkan 3 pucuk pistol pada mereka. tanpa banyak soal mereka mengambil pistol tersebut. "baiklah, kita gerak sekarang...", profesor ismadi bingkas bangun lalu melangkah keluar dari dalam perut helikopter tersebut. dia memakai penutup mulut dan topi di atas kepalanya. begitu juga dengan kapten yusuf, luna dan zarul. mereka melangkah menuju ke daun pintu yang mengarah ke dalam bangunan tersebut.

mereka menuruni anak tangga yang ada di situ. ketika mereka lalu di atas anak tangga itu tiba tiba siren kecemasan berbunyi dengan kuatnya. "alert.... alert... theres an intruder in the building!... alert.... alert.... theres intruder in the building!....", kedengaran suara kecemasan bergema di dalam bangunan itu. "eh.... mereka dah tahu kita di sini ke?", soal kapten yusuf dengan nada suara terkejut. "entahlah...", bisik profesor ismadi dengan wajah yang tegang. baru saja mereka melangkah masuk ke dalam tingkat 5 itu kelihatan beberapa orang staff yang bekerja di situ berlarian meninggalkan bangunan itu. mereka seperti tidak menghiraukan kehadiran mereka di situ. malah mereka kelihatan begitu cemas sekali. "whats going on?....", soal profesor ismadi pada salah seorang jururawat yang berlari di depan mereka saat itu. "theres a zombie in this building... we better get out from this building now!....", balas jururawat itu dengan wajah yang cemas sekali. "alamak.... ada zombie masuk ke dalam bangunan inilah...", profesor ismadi terkejut bukan kepalang. begitu juga dengan yang lain. "oh baguslah... sekarang kita terpaksa menentang zombie zombie tu pula tu...", rungut kapten yusuf separuh bengang. "jangan asyik merungutlah... kita perlu selamatkan adik saya dan kakak zarul dulu... kita mesti bergerak dengan pantas...", luna bersuara dengan wajah yang serius. mereka melangkah meninggalkan tempat itu tapi kapten yusuf masih berdiri di situ. zarul terpaksa berpatah balik ke arahnya. "lets go!....", zarul seraya menarik tangan lelaki itu supaya beredar dari situ. mahu tidak mahu kapten yusuf pun terpaksa mengekori mereka dari belakang.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now