MEREDAH KEGELAPAN 35

212 21 3
                                    

ruang lobby yang berselerak dengan kertas dan kerusi di tinggalkan. mereka mula melangkah menuju ke arah pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ. dia lihat lif itu masih berfungsi. cepat cepat dia memberi isyarat pada luna, joshua dan vivian untuk masuk ke dalam lif tersebut. mereka kini berada di dalam perut lif menuju ke tingkat 4. zarul berjalan keluar dari dalam pintu lif sebaik saja ianya tiba di tingkat 4. dia lihat tiada sesiapa di ruang koridor tersebut. dia pun pantas mengorak langkah menuju ke pejabat ayahnya yang terletak di hujung koridor itu. dia berjalan masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya. dia lihat bilik pejabat ayahnya seperti kosong tidak berpenghuni. namun langkah kakinya terhenti bila dia lihat ada sekujur tubuh sedang terbaring di bawah meja kerja ayahnya. dia pun pantas berlari menuju ke arah sekujur tubuh yang kaku itu. perlahan lahan dia menarik tubuh yang terlungkup di atas lantai tersebut sehingga ianya terlentang di depan matanya. alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah mayat itu. "ayah!!!....", zarul bersuara dalam nada suara yang terkejut. dia lihat ada kesan darah di bahagian atas dahi kiri ayahnya. zarul tahu ayahnya membunuh diri kerana dia ada memegang sepucuk pistol di tangannya. selain daripada tu bahu kiri ayahnya seperti di gigit oleh sesuatu. ada kesan lubang gigi manusia di situ. daging bahunya terkoyak dan ada darah yang kering di situ. kelihatan satu buku diari kecil tergenggam erat di tangan kiri ayahnya. zarul pantas mengambil buku diari tersebut lalu membacanya. ".... aku sudah di gigit oleh mayat hidup itu... oh... begitu malangnya nasib diriku ini... sudahlah anakku zarul berada dalam koma dan anakku haryati hilang entah ke mana, kini aku pula menjadi mangsa zombie zombie celaka tu... oh kalau macam ni lebih baik aku bunuh diri saja daripada aku mati dan menjadi zombie...", begitulah ayat yang terakhir di tulis oleh ayahnya di dalam buku diari peribadinya. "oh... kenapa ayah bunuh diri pula??... oh tidakkk!...", zarul bersuara dalam kesedihan. dia memeluk tubuh ayahnya yang sudah kaku itu dengan hati yang sedih sekali. setitis airmata mengalir perlahan dari kelopak matanya.

luna menghampirinya lalu memegang bahu kiri pemuda tersebut. "rul... sudahlah tu... jangan bersedih...", ucap luna dari belakang pemuda tersebut. "aku sedih luna... aku kehilangan ayahku...", ucap zarul kesedihan. "ya... aku tahu kau sedih sebab ayah kau sudah tiada tapi apa boleh buat dia dah pergi tinggalkan kita... kita yang masih hidup terpaksa teruskan hidup ini...", kata luna seraya duduk mencangkung di sebelah pemuda tersebut. "celaka betul zombie zombie tu semua... di sebabkan merekalah orang tua kita meninggal dunia... aku akan pastikan semua zombie zombie tu mati di tanganku kelak...", ucap zarul dalam kegeraman bercampur sedih. "aku faham perasaan kau tu... apa apa pun kita harus pergi dari sini sebab aku tak nak ada zombie yang menyedari kehadiran kita di sini...", tutur luna perlahan lahan. tanpa membantah zarul segera bangun. "nanti dulu... takkanlah awak biarkan mayat ayah kau mereput kat dalam bilik pejabat ni... sebaiknya kita kebumikan dia dulu...", tutur joshua. zarul dan luna saling berbalas pandangan buat seketika. "betul juga cakap adik aku tu... kita kena bawa mayat ayah kau untuk di kebumikan...", kata luna setelah berfikir buat beberapa ketika. "baiklah... mari kita sama sama angkat mayat ayah aku ni...", kata zarul. mereka mula mengangkat mayat ayah zarul yang kaku itu. "beratnya mayat ayah kau ni...", komen luna sebaik saja mereka mengangkat mayat tersebut. "yelah... ringan lagi mayat ibu aku daripada mayat ayah kau ni...", komen joshua pula. "korang jangan banyak cakaplah... nanti zombie zombie tu terdengar butir perbualan kita. nanti tak pasal pasal pula mereka menyerang kita kat sini...", kata zarul dengan wajah yang serius. mereka pun terdiam selepas itu. masing masing mengangkat mayat itu. vivian pun turut berusaha mengangkat mayat ayah zarul padahal kudratnya tidak seberapa.

"vian, tak payahlah kau angkat mayat yang berat ni... kau cuma mengekori kami dari belakang, okay?...", tegah luna pada anak kecil tersebut. "okay...", balas vivian sepatah. dia berjalan di belakang mereka sambil memeluk patung beruangnya. langkah kaki mereka terhenti sebaik saja mereka lihat ada satu zombie sedang berjalan mundar mandir tidak jauh dari tempat mereka berada. mereka segera bersembunyi di sebalik suatu sudut yang agak tersorok. mereka terpaksa berdiam diri di sebalik sudut yang gelap dan tersorok itu. zarul mencuri pandang ke arah zombie tersebut. dia lihat zombie itu mula melangkah masuk ke dalam salah satu bilik pejabat yang terletak tidak jauh dari situ. sebaik saja zombie itu menghilang di dalam bilik pejabat tersebut zarul, luna dan joshua pantas mengangkat mayat ayah zarul menuju ke arah pintu lif. vivian mengekori mereka dari belakang. zarul segera menekan punat pintu lif. pintu lif terbuka perlahan lahan. mereka segera melangkah masuk ke dalam perut lif itu. ketika mereka meluru masuk ke dalam pintu lif tersebut, tiba tiba zombie yang mereka nampak tadi meluru keluar dari dalam bilik pejabat yang terletak tidak jauh dari situ lalu dia menarik baju gaun vivian dari belakang. dia mengangkat vivian ke atas bagaikan mengangkat anak patung pula. "tolong aku, akak!... abang!....", jerit vivian dalam nada suara yang ketakutan. kaki dan tangannya tergapai gapai di awangan. luna pantas menarik keluar pistol dari belakang seluar jeansnya lalu di tembaknya mayat hidup itu tepat di atas dahinya. zombie tersebut terus terjatuh di atas lantai dan tubuhnya tidak bergerak gerak lagi. vivian pun turut terjatuh tapi dia segera di sambut oleh luna. anak kecil itu menangis kerana ketakutan

luna memeluk Vivian lalu di bawanya anak kecil tersebut ke dalam perut lif tersebut. sebaik saja luna dan vivian berada di dalam perut lif itu pintu lif tersebut segera tertutup rapat. lif tersebut mula bergerak ke tingkat bawah. vivian masih menangis dalam dukungan luna. "shhhh... adik jangan menangis lagi... shhhh...", pujuk luna perlahan lahan. "adik takutlah kak... isk... isk... isk...", vivian bersuara dalam esak tangisnya. "adik jangan takut... akak dan abang ada bersama adik sekarang ni... so adik jangan takut lagi ya...", pujuk luna lagi. "baiklah kak...", ucap vivian perlahan lahan. dia tidak lagi menangis. di saat mereka sedang lalu di bahagian tingkat 3 tiba tiba saja lif itu berhenti bergerak. rupa rupanya bangunan itu sudah terputus bekalan elektrik. "oh shit!!!.... kita terperangkap di dalam lif ni pula...", gerutu zarul cukup geram sekali. mereka saling berpandangan, tidak tahu nak buat apa lagi...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now