MEREDAH KEGELAPAN 86

127 8 2
                                    

"okay... apa yang harus kita lakukan sekarang?", soal doktor park hoon ingin tahu. "kita mesti bagitahu semua penduduk di muka bumi ni bahawa semua makhluk asing ni datang untuk menyelamatkan semua penduduk bumi dari serangan X-virus... so buat permulaan ini kita kena siarkan maklumat ini ke seluruh penjuru bumi dengan menggunakan alat media yang sedia ada...", kata luna dengan pantas. oleh kerana luna masih memegang corong suara di tangannya maka semua makhluk asing yang ada di situ dapat mengerti perbualan mereka dengan baik sekali. "macam ini sajalah... aku cadangkan supaya tuanku berdua membuat pengumuman itu melalui stesen penyiaran television di planet bumi... tak pun paling mudah sekali tuanku berdua boleh siarkan maklumat itu terus dari dalam kapal kami ini dengan menggunakan sistem penyiaran digital melalui satelit... semuanya kini terletak di tangan tuanku berdua...", kata panglima roman dengan menggunakan corong suara di tangannya. "oh... kalau kami gunakan stesen TV di bumi itu akan mengundang banyak masalah. lebih kami gunakan saja sistem penyiaran digital melalui satelit yang kau maksudkan tu...", kata luna dengan pantas. "menjunjung titah, tuan puteri carla... kami akan membawa tuanku berdua ke bilik kawalan kapal kami...", kata panglima roman sambil tunduk hormat. "tak perlulah kau tunduk hormat macam tu sekali pada kami berdua... anggap saja kami ni macam kawan kau sendiri... tak payahlah terlalu formal sangat... kami seganlah kalau di layan macam tu...", tutur luna pada panglima roman. "tak boleh macam tu tuan puteri... kami melayan tuanku berdua sama seperti raja dan permaisuri kami sebab tuanku berdua adalah ahli waris kerajaan planet medusa jadi kami harus menghormati tuanku berdua...", balas panglima roman masih dalam keadaan menunduk kepala. "hm... apa apa sajalah...", tutur luna sambil memutarkan bola matanya. zarul di sebelahnya hanya tersengih saja padanya.

"silakan tuanku berdua mengikut patik ke ruang kawalan kapal piring terbang kami...", kata Panglima roman seraya beredar dari situ. luna dan zarul segera melangkah mengekorinya dari belakang. begitu juga denganprofesor ismadi dan kawannya doktor park hoon. tidak lama kemudian mereka pun tiba di ruang kawalan kapal piring terbang tersebut. kelihatan beberapa anak kapal sedang sibuk membalas tembakan semua tentera manusia yang membedil ke arah mereka. panglima roman mengarahkan semua anak kapal termasuk ahli tentera planet medusa yang lain agar mereka menghentikan serangan dan pergi dari tempat itu. tanpa banyak soal mereka menuruti kehendak panglima roman. mereka segera membawa kapal piring terbang masing masing ke tempat yang jauh dari penempatan manusia untuk menunggu ketibaan raja medusa dan permaisurinya. mereka berhenti tepat di padang gurun sahara di mana tidak ada seorang manusia pun tinggal di situ. sebaik saja kapal mereka tiba di kawasan gurun itu panglima roman mengarahkan anak kapalnya yang lain agar mereka memeriksa kerosakan kapal tersebut dan memperbaikinya. sementara itu kelihatan zarul dan luna duduk di kerusi yang ada di situ. manakala profesor ismadi dan doktor park hoon sedang sibuk memerhatikan peralatan canggih yang ada dalam kapal piring terbang tersebut. "luna...", zarul memanggil luna secara perlahan lahan. "hmmm...", gumam luna di sebelahnya. "aku tidak menyangka yang kita ni ialah adik beradik kembar... anak makhluk asing pula tu...", tutur zarul separuh berbisik. "ya... aku sendiri pun tidak menyangka bahawa kita adik beradik kembar... tapi pernah juga aku rasa yang kita mempunyai hubungan yang istimewa...", tutur luna perlahan lahan. "maksud kau?", soal zarul ingin tahu. "maksud aku, kita semakin rapat dari sehari ke sehari sehinggakan aku sukar mengerti dengan perasaan aku sendiri...", luna mula berterus terang. "maksud kau macam perasaan cinta ke?", soal zarul sambil merenung wajah gadis itu. luna menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "aku pun macam kau juga... tapi apabila mereka mengatakan yang kita ni adik beradik kembar aku merasa sedih pula...", kata zarul perlahan lahan. "sedih?... kenapa pula kau merasa sedih?", soal luna ingin tahu. "sedih sebab kita tak boleh menjadi sepasang kekasih lagi... maklumlah kita kan adik beradik kembar...", tutur zarul separuh mengeluh. "ya... betul kata kau tu... aku pun merasa sedih juga... nampak gayanya kita terpaksa menguburkan perasaan cinta ini...", tutur luna perlahan lahan. "nak buat macamana lagi kan... kita terpaksa menerima kenyataan ini... tapi apa apa pun aku akan tetap menyayangi kau sebagai saudara kembarku yang sangat ku kasihi, luna...", ucap zarul perlahan lahan. dia menggenggam erat tangan luna. luna hanya membiarkan tangannya di genggam erat oleh pemuda itu. dalam diam dia merasa sedih yang amat sangat. "alangkah baiknya jikalau kita ni bukan adik beradik kembar...", bisik zarul dalam kesedihan. luna turut merasakan kesedihan yang sama dalam hatinya. mereka duduk diam di atas kerusi sambil berpegangan tangan.

ketika mereka duduk di situ kelihatan panglima roman kembali menghadap mereka di situ. cepat cepat zarul melepaskan pegangan tangannya dari tangan luna. mereka terpaksa buat wajah selamba padahal hati mereka sedih saat itu. "buat masa ni kita akan menunggu ketibaan raja dan permaisuri dari planet medura sambil tu kita akan cuba cari jalan untuk menghubungkan sistem penyiaran digital kami dengan satelit di bumi dengan ini kita boleh menyampaikan segala informasi melalui sistem penyiaran di planet bumi...", terang panglima roman panjang lebar melalui corong kecil di tangannya. "buatlah apa yang patut sebab kita sudah kesuntukan masa ni...", kata luna dengan pantas. "baiklah...", balas panglima roman sepatah. dia mula mengarahkan anak kapalnya agar cuba menghubungkan sistem penyiaran digital kapal tersebut kepada semua satelit di planet bumi. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan kapal induk piring terbang dari planet medusa muncul di tempat mereka berada. "berita gembira tuanku... raja dan permaisuri sudah sampai ke planet bumi. mereka kini berada dekat dengan kapal kita...", panglima roman bersuara dengan riangnya. "eh... betul ke ni?... cepat betul raja dan permaisuri tiba di planet bumi... macamana mereka boleh sampai di planet bumi dalam masa 3 jam saja?", soal zarul cukup terkejut. maklumlah planet medusa tu kan jauh dari planet bumi. malah ianya terletak di galaksi yang jauh dari galaksi bima sakti. takkanlah kapal piring terbang mereka meluncur laju bagaikan pelesit pula. "sebenarnya kami gunakan portal masa di ruang angkasa jika mahu cepat sampai di tempat yang jauh seperti planet bumi ni... kami ada pelabuhan portal kami sendiri untuk membolehkan kami meluncur terus ke galaksi bima sakti sebab itulah kami boleh sampai ke planet bumi ni dalam masa dua tiga jam saja...", balas panglima roman dengan pantas sekali. terlopong mulut zarul dan luna sebaik saja mereka terdengar perkataan makhluk asing itu. kebetulan profesor ismadi dan kawannya doktor park hoon pun berada di situ. mereka merasa sungguh terkejut ketika mereka mendengar perkhabaran tersebut. "rupa rupanya mereka mempunyai teknologi yang tinggi daripada kitalah... ada portal masa lagi tu.. ", bisik Profesor ismadi pada rakannya doktor park hoon. "yelah... mereka boleh meluncur di ruang angkasa dengan menggunakan portal masa... itu sungguh menakjubkan...", bisik doktor park hoon di sebelahnya. mereka hanya saja tercengang di situ. masing masing tidak tahu nak cakap apa lagi...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now