MEREDAH KEGELAPAN 57

179 20 1
                                    

"bangun semua... kita sudah hampir dekat dengan tempat yang di tujui...", kedengaran suatu suara mengejutkan mereka dari lena yang panjang. mereka pun terjaga dari tidur. ini termasuklah luna dan juga zarul. mereka lihat leftenan razak sedang melangkah masuk ke belakang lori. kini kapten yusuf pula yang mengambil alih memandu lori tersebut. "bersiap sedialah korang dengan senjata korang sebab kita tidak tahu macamana keadaan di pusat kawalan kesihatan tu....", perintah leftenan razak. mereka pun mula mengambil senjata masing masing. luna memandang ke arah vivian. budak kecil itu masih tertidur di sebelahnya. dia terpaksa membangunkan anak kecil tersebut. "vivian bangun sayang...", tutur luna dengan lembut sekali. vivian membuka matanya secara perlahan lahan. "ada apa kak?", soal vivian dengan lemah sekali. "kita sudah hampir dekat dengan pusat kawalan kesihatan tu.... sekejap lagi kita semua akan di tempatkan di tempat yang lebih selamat....", tutur luna sambil tersenyum lebar. "oh betul ke ni kak?", soal vivian dengan riangnya. "ya betul.... selepas ni awak tak perlu bimbang dan takut lagi... sebab kat tempat baru tu nanti tak ada zombie yang datang mengganggu kita semua...", jelas luna lagi. "oh baguslah kalau macam tu.... kita boleh mulakan hidup yang baru... kan kak?", soal vivian dengan wajah yang gembira sekali. "ya sayang...", ucap luna perlahan lahan. tiba tiba bahunya di cuit orang dari belakang "kakak betul ke kita semua akan di tempatkan di tempat yang lebih selamat?", soal joshua dengan dahi yang berkerut. "yelah... kenapa? awak masih lagi ragu ragu tentang perkara itu ke?", soal luna. "tak... saya cuma nak tanya saja...", balas joshua perlahan lahan.

tidak lama kemudian lori yang di naiki mereka berhenti seketika di tepi lebuhraya yang ada signboard "health care center cadifornia - (2 km)". kelihatan kapten yusuf melangkah keluar dari driver seat. "saya ada menghubungi pihak kawalan kesihatan cadifornia. mereka kata kita harus tunggu di tepi lebuhraya yang ada signboard ni sebab mereka sendiri akan keluar untuk menyambut kita di sini... mereka tak benarkan kita pergi menghampiri kawasan pusat kawalan kesihatan sebab di depan gerbang tu sudah di kelilingi oleh zombie....", tutur kapten razak dengan wajah yang serius sekali. "jadi macamana mereka boleh keluar dari pusat kawalan tu jikalau pintu gerbangnya sudah di kelilingi oleh zombie?", soal luna ingin tahu. "mereka akan menggunakan helikopter untuk mengambil kita di sini...", jelas kapten yusuf. "oh baguslah kalau macam tu... saya rasa kita semua akan selamat jikalau kita naik helikopter tu nanti...", sampuk may ling cukup gembira sekali. "oh not again...", luna menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa luna?", soal kapten yusuf ingin tahu. "saya paling benci naik pengangkutan udara....", tutur luna separuh merungut. sebenarnya rasa trauma itu masih lagi ada di lubuk hatinya. "saya pun sama...", keluh zarul secara tiba tiba. "oh... nak buat macamana lagi kan... ini saja jalan yang terbaik untuk kita semua...", tutur kapten yusuf perlahan lahan. "ya betul tu... apa apa pun kita tunggu saja mereka datang ambil kita di sini....", tutur leftenan razak dengan segera.

lima minit kemudian kedengaran bunyi helikopter menghala ke tempat mereka. may ling terus bangun sambil melambai lambaikan tangannya. dia kelihatan gembira sekali di saat melihat helikopter itu menghampiri kawasan tersebut. yang lain pun turut berdiri sambil melambaikan tangan ke arah helikopter itu. mereka lihat helikopter tersebut mendarat di atas lebuhraya yang sunyi sepi itu. mereka semua di arahkan untuk masuk ke dalam helikopter tersebut. tanpa membuang masa mereka terus melompat keluar dari dalam lori itu. kemudian mereka berlari masuk ke dalam helikopter tersebut. bukan satu helikopter saja yang datang mengambil mereka di situ. malah ada lagi sebuah helikopter mendarat di situ. jadi mereka berbahagi dalam dua kumpulan. masing masing meluru masuk ke dalam helikopter tersebut. tidak lama kemudian mereka mula di bawa pergi dari situ. beberapa minit kemudian mereka sampai di atas kawasan pusat kawalan kesihatan cadifornia. dari jauh lagi mereka dapat melihat begitu banyak zombie sedang berdiri di luar tembok gerbang yang di dirikan di kawasan tersebut. semua zombie di situ kelihatan sangat agresif. mereka berusaha memanjat tembok itu tapi mereka terjatuh ke bawah kerana dinding tembok tersebut agak sukar di panjat. maklumlah dinding simen itu licin. vivian terus memeluk luna sambil menutup matanya. dia kelihatan begitu takut di saat dia melihat semua zombie zombie itu. zombie zombie tersebut kelihatan begitu menakutkan. "kenapa ni?", soal luna ingin tahu. "saya takut kak...", tutur vivian dalam nada suara yang ketakutan. "jangan takut... everything is gonna be alright...", luna bersara seraya memeluk anak kecil tersebut.

tidak lama kemudian helikopter yang di tumpangi mereka tiba di atas bumbung bangunan pusat kawalan kesihatan cadifornia. mereka semua segera di bawa ke bilik pemeriksaan. mereka di periksa oleh beberapa orang ahli medical yang berpakaian seragam putih. setiap orang daripada mereka di periksa secara berseorangan. martha di periksa terlebih dahulu. dia segera di bawa masuk ke dalam pusat kawalan kesihatan itu. begitu juga dengan hilda, may ling, profesor ismadi, saraswaty, joshua dan juga vivian tapi apabila tiba giliran karina, supang, zarul dan luna di periksa pula mereka segera di bawa ke tempat yang berasingan. "hey... kenapa kakak luna dan abang zarul di bawa ke sana pula?", soal joshua cukup terkejut. "yelah... kenapa kakak luna dan abang zarul di bawa ke sana?... kenapa mereka tidak di bawa ke sini?", soal vivian di sebelah joshua. joshua dan vivian mula merasa tidak sedap hati di saat mereka melihat semuanya itu. "er... biarkan saya pergi bertanya pada lelaki tentera tu dulu....", balas profesor ismadi. dia pun terus melangkah menghampiri lelaki tentera yang berdiri tidak jauh dari situ. tidak lama kemudian profesor ismadi datang menghampiri joshua dan vivian. "katanya mereka terpaksa di bawa ke pusat kuarantin sebab mereka sudah di gigit oleh zombie dan mereka di syaki terjangkit dengan X virus tu...", jelas profesor ismadi perlahan lahan. "oh... tidak!.... kakak!.... kakak!....", jerit vivian. dia terus berlari menuju ke arah luna tapi dia di tahan oleh beberapa orang sekurity guard yang sedang berjaga di situ.

"kakak!!!!... tolong jangan tinggalkan saya di sini!... saya nak ikut kakak!!!!.... kakak!!!!.... kakak!!!.... kakak!!!!", jerit vivian sambil menangis. "vivian... jangan nangis sayang... kakak tidak tinggalkan awak... kakak nak jalan sekejap.... vivian bersama dengan abang joshua dulu ya?....", laung luna dengan sedih. dia lihat vivian menangis dan terus menangis. luna merasa sungguh sedih apabila dia memikirkan yang dia tidak dapat bersama vivian dan adiknya joshua lagi hanya kerana dia ada kesan gigitan zombie di bahu kirinya. pihak kawalan kesihatan cadifornia mensyaki bahawa dia, zarul, supang dan karina telah terjangkit dengan X virus itu. tak pasal pasal pula mereka di bawa ke pusat kuarantin yang terletak tidak jauh dari situ. airmata mula mengalir membasahi pipinya. "tabahkan hatimu dan kuatkan semangatmu luna.... kita pasti akan terlepas dari semua ini di suatu hari nanti....", tutur zarul. luna hanya menganggukkan kepalanya seraya mengesat airmata yang mengalir di pipinya. perlahan lahan mereka di papah masuk ke dalam bilik tahanan. ketika mereka sedang melintasi beberapa buah buah bilik tahanan di situ tiba tiba zarul ternampak seorang wanita sedang duduk sambil menangis di dalam sebuah bilik tahanan tidak jauh dari situ. "eh... kakak???!....", zarul bersuara dalam nada suara yang terkejut. dia tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan kakak kandungnya di situ.

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora