MEREDAH KEGELAPAN 12

271 25 15
                                    

setelah sejam mereka berada di situ... "okay get ready you guys... sebentar lagi kita akan keluar dari sini...", arah zarul secara berbisik. mereka yang lain bangun dari tempat duduk masing masing. kapak di ambil lalu di pegang erat. "listen up... ini merupakan perjalanan yang merbahaya. di mana kita akan berlari dengan sepantas yang boleh untuk sampai ke destinasi yang di tuju. kalau ada zombie datang mengganggu tetak dan kopak saja kepala mereka dengan kapak di tangan... jangan takut... korang harus berani melawan zombie zombie tu semua. kalau korang tidak berani menentang zombie zombie tu sudah pasti korang akan di ratah hidup hidup oleh zombie tu semua. so aku nasihatkan korang agar korang lebih berhati hati ketika korang menentang zombie zombie tu semua.... ingat... jangan sampai korang di gigit zombie zombie tu pula. kalau korang di gigit secara automatik korang akan menjadi zombie sama seperti mereka... got it?", tutur zarul separuh berbisik. "okay, we've got it...", balas kawan kawannya yang ada di situ. "good... now lets go...", zarul bersuara lalu melangkah menuju ke pintu bilik tersebut. kabinet dan meja di alihkan dari hadapan pintu. kemudian pintu di bukakan secara perlahan lahan. zarul melihat keadaan di luar. bila dia lihat tidak ada zombie di situ mereka mula melangkah terjengket jengket di ruang koridor yang sunyi sepi itu. zarul mendahului mereka semua. yang lain berjalan di belakangnya. langkah kaki mereka terhenti bila mereka terdengar bunyi sesuatu menderam di belakang mereka. "korang dengar tak tu?", soal hezron sambil memasang telinganya. "ya...", balas zarul sepatah. perlahan lahan mereka menoleh ke belakang. kelihatan seorang zombie lelaki sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "lari....", jerit zarul. mereka pantas berlari meninggalkan ruang koridor yang sunyi sepi itu. zombie tersebut segera mengejar mereka dari belakang.

ketika mereka berlari di ruang koridor yang menghala ke ruang tengah bangunan itu kelihatan begitu banyak zombie mengejar mereka dari belakang. "oh... this is not good... mereka dah semakin banyak...", hezron bersuara sambil berlari di sebelah zarul. "yeah i know... run faster you guys...", zarul bersuara sambil cuba mempercepatkan lariannya. mereka yang lain pun turut berusaha berlari sepantas yang boleh. makin laju mereka berlari semakin laju pula zombie zombie tu mengejar mereka dari belakang. Di depan mereka terdapat beberapa kontena kosong tersusun rapi di dekat dinding ruang koridor itu. "tolong jatuhkan kontena kontena kosong tu ke lantai... biar zombie zombie tu jatuh bila mereka tersepak kontena kontena tu...", arah zarul. kawan kawannya pun mula berbuat demikian. mereka menjatuhkan kontena kontena itu ke atas lantai. ramai juga zombie zombie yang jatuh di lantai akibat tersepak kontena kontena yang tergolek golek di atas lantai. namun mereka bangun dan kembali mengejar mereka dari belakang. "apa lagi yang harus kita lakukan?", soal tan fai long yang berlari di belakang zarul. "jatuhkan saja semua kontena komtena tu...", arah zarul. mereka yang lain pun terpaksa buat apa yang di suruhnya. lama kelamaan semua kontena yang terletak di tepi dinding kanan koridor habis berjatuhan di atas lantai. mereka meneruskan larian mereka dengan sepantas yang boleh. saat mereka berlari larian itu luna merasa seperti sukar hendak bernafas pula. dadanya terasa sesak sekali. penyakit asmanya datang kembali. perlahan lahan dia berhenti dari berlari. zarul merasa terkejut sebaik saja dia melihat luna berhenti dari berlari. "just go, rul... just go...", kedengaran luna menyuruhnya pergi. zarul ingin berpatah balik ke belakang tapi tangannya terus di tarik oleh tan fai long. dia lihat salah seorang zombie di situ telah menggigit bahu kiri gadis tersebut sehingga menyebabkan dia jatuh dan tidak sedarkan diri. "jangan patah balik, rul... itu sangat merbahaya...", tegas tan fai long sambil menarik tangan pemuda tersebut. "tapi luna... dia...", kata kata zarul di potong pantas oleh vijay. "kau nak selamat, kan? kalau kau nak selamat lebih baik kau lari saja...", potong vijay. mahu tidak mahu zarul terpaksa meneruskan lariannya. jauh di lubuk hatinya dia merasa sedih kerana tidak dapat selamatkan luna.

*** *** ***

luna membuka matanya. dia lihat yang dirinya masih terbaring di atas lantai. bahagian bahu kirinya terasa sakit sekali. kelihatan darah merah mengalir keluar dari bahu kirinya. dia tahu itu ialah kesan gigitan zombie sebentar tadi. darah semakin banyak mengalir keluar dari celah celah daging di bahu kirinya itu. perlahan lahan luna bangun. dia lihat tiada lagi seorang pun zombie yang berkeliaran di ruang koridor tersebut. bahu kiri yang luka berdarah di tutupnya dengan baju jaketnya sendiri. dia duduk bersandar di tepi dinding. dalam keperitan menanggung kesakitan dia menangis seorang diri di situ. dia tahu tidak lama lagi dia akan menjadi zombie. maklumlah bahu kirinya sudah di gigit oleh zombie celaka itu. dia pasti akan mati dan akhirnya dia akan menjadi zombie. apabila dia memikirkan semua kemungkinan itu dia merasa sungguh sedih sekali. terasa hidupnya sudah musnah dalam sekelip mata. dalam diam dia bertekad hendak membunuh semua zombie yang telah memusnahkan hidupnya sendiri. dia harus melakukan itu demi kawan kawannya yang masih hidup. fikirnya biar dia seorang saja yang berjuang membunuh zombie zombie tu semua. apabila zombie zombie tu semua sudah mati baru lah dia bunuh diri. begitu tekadnya. perlahan lahan dia bangun ke dalam sebuah bilik rawatan yang berdekatan untuk tujuan untuk mencari ubat ubatan bagi merawat luka di bahu kirinya.

sampai di dalam bilik rawatan yang sunyi sepi itu luna membuka baju jaket miliknya. dia lihat ada peti kecemasan terletak tidak jauh dari situ. dia segera membuka peti kecemasan tersebut. dia lihat ada ubat antiseptik, pembalut luka, jarum suntikan dan beberapa ubat penahan sakit di dalamnya. dia terus mengambil semua benda tersebut dari dalam peti kecemasan itu. selain daripada itu sempat juga dia mengambil peralatan bedah yang ada di atas meja bedah tidak jauh dari situ. dia pun mula merawat luka di atas bahu kirinya dengan menyuntikkan ubat penahan sakit di bahu kirinya. kemudian dia meletakkan ubat antiseptik di atas luka yang ada di atas bahunya. dia terpaksa menahan kesakitan sebaik saja cecair antiseptik tu di sapukannya di atas lukanya. kemudian dia mula menjahit luka di atas bahunya dengan penuh berhati hati. setelah siap semuanya dia mula membalut luka di bahu kirinya dengan pembalut luka di tangan. Ketika dia sedang berada di situ tiba tiba dia ternampak baju jaket army yang terletak tidak jauh dari situ. dia pantas mengambil baju jaket tersebut lalu memakainya. baru saja dia hendak melangkah pergi dari situ, langkah kakinya terhenti sebaik dia melihat ada machine gun tergeletak di atas lantai tidak jauh dari situ. dia pun pantas mengambil machine gun tersebut. ianya masih terisi dengan peluru. luna tersenyum sendirian. dia tahu senjata itu amat berguna pada dirinya kelak. perlahan lahan dia beredar dari situ...

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now