MEREDAH KEGELAPAN 81

153 14 7
                                    

kapalterbang tentera itu bergegar dengan kuat sebaik saja rodanya mencecah landasan tersebut. maklumlah kapten yusuf melakukan pendaratan secara cemas. setelah kapalterbang itu mendarat di atas landasan kapalterbang tersebut kapten yusuf pun melangkah menghampiri luna dan juga zarul. "korang bersembunyi dulu di dalam kapalterbang ni... jangan sekali sekali korang keluar dari sini... tunggu sehingga kami masuk ke dalam kapalterbang ni...", kata kapten yusuf. "baiklah...", balas luna. mereka yang lain hanya menganggukkan kepala masing masing. perlahan lahan kapten yusuf melangkah keluar dari dalam kapalterbang itu dengan di ekori oleh doktor park hoon. pintu kapalterbang di tutup oleh doktor park hoon sebaik saja mereka berada di luar kapalterbang tersebut. hanya profesor ismadi, dina, joshua, luna dan zarul saja yang tidak keluar dari dalam kapalterbang itu. cepat cepat luna dan zarul menutup mulut leftenan razak beserta 3 orang ahli tentera tersebut dengan seal O tape di tangan mereka. mereka sengaja menutup mulut mereka semua dengan seal O tape sebab luna dan zarul tidak mahu leftenan razak dan 3 orang ahli tenteranya yang lain membuat bising semasa mereka berada di situ.

mereka terpaksa duduk diam di dalam perut kapalterbang sambil menunggu kedatangan kapten yusuf dan doktor park hoon di situ. tidak lama kemudian pintu kapalterbang di buka orang. kelihatan kapten yusuf melangkah masuk ke dalam kapalterbang dengan membawa dua orang budak. doktor park hoon pun turut melangkah di belakang mereka. luna tersenyum gembira sebaik saja dia terpandang dua orang budak yang berjalan di sebelah kapten yusuf itu. "adik vivian... eric....", luna bersuara seraya berlari menghampiri dua orang budak kecil itu. "kakak luna....", vivian menjerit keriangan. dia terus memeluk kakaknya luna dengan hati yang gembira. "oh... we really missed you...", ucap eric seraya memeluk pinggang gadis itu. "yeah... i missed you two...", ucap luna sambil memeluk kedua orang budak kecil itu. "kakak... tolong jangan pergi tinggalkan kami lagi, ya... kami tak nak berpisah dengan kakak lagi....", kata vivian dengan sedih. "iya... iya... kakak janji yang kakak tak akan tinggalkan korang lagi...", kata luna dengan lembut. dia mengusap pipi anak kecil itu dengan tangannya. "macamana keadaan di luar sana, kapten?", soal profesor ismadi pada kapten yusuf. "keadaan agak teruk sekali. semua kapal angkasa telah pun membalas serangan pihak tentera darat pulau eden sehingga menyebabkan begitu banyak orang awam mati di dalam peperangan...", balas kapten yusuf perlahan lahan. "sebaiknya kita harus menentang semua makhluk asing tu bersama dengan semua ahli tentera darat di pulau ini. jikalau tidak habis mati semua orang awam kat pulau ini nanti....", kata doktor park hoon pula. "tapi macamana kita nak menentang semua makhluk asing tu sedangkan luna dan zarul sudah jadi the most wanted person on earth?... jikalau kita menolong mereka sudah pasti mereka akan menangkap luna dan zarul..", protes profesor ismadi. "apa yang prof cakapkan tu memang betul.... kita tak boleh menolong mereka sebab luna dan zarul sekarang sudah jadi the most wanted person on earth... jikalau kita menolong mereka sudah pasti nyawa luna dan zarul akan berada di dalam bahaya...", kata kapten yusuf dengan wajah yang serius sekali

"jadi macamana ni? takkanlah kita biarkan semua penduduk di pulau eden ni mati akibat di serang oleh makhluk asing tu? itu kejam namanya tu...", kata doktor park hoon. "macam ni sajalah... sebaiknya kita tolong saja pihak tentera darat tu... kasihan mereka bermati matian di medan perang... kita tak boleh lepas tangan begitu saja... kita serang balik kapal angkasa makhluk asing tu...", kata luna tiba tiba pula. "aku pun setuju dengan perkataan luna tu... kita tak boleh lepas tangan macam tu saja... kita haruslah bersatu hati menentang pihak musuh...", kata zarul pula. "okay... jikalau korang beriya iya sangat hendak menentang pihak musuh tu macamana korang nak serang mereka balik? kita bukannya ada senjata yang cukup pun... kalau ada bagus juga tapi ini tidak ada...", kata profesor ismadi separuh membangkang. "macam ni sajalah... kita menyamar menjadi sama seperti ahli tentera darat tu... kapten yusuf boleh mencuri kain baju semua tentera darat tu. lepas tu kita coretkan arang hitam kat muka kita ni sudah pasti mereka tidak akan mengenali kita kelak...", cadang zarul dengan bersungguh sungguh. "tapi macamana jikalau ada salah seorang ahli tentera darat tu dapat mengecam wajah korang pula?.... sudah tentu korang akan di tangkap mereka nanti...", kata profesor ismadi dalam nada kebimbangan. "sebenarnya kami sudah tidak peduli tentang itu semua prof sebab nyawa orang ramai jauh lebih penting dari segala galanya..", kata luna pula.

"kenapa awak cakap macam tu pula?", soal profesor ismadi. "dont you get it?.... nyawa semua manusia di pulau eden yang terselamat dari X virus itu jauh lebih penting daripada di biarkan mati begitu saja. maklumlah jikalau semua orang di pulau ini mati itu maknanya tidak ada lagi spesis manusia di muka bumi ini. yang tinggal cuma zombie saja kot...", jelas luna panjang lebar. "okay... okay... no need for you to give me a long explanation like that. actually, i got it... saya tahu dalam perkara ini korang tidak pentingkan diri sendiri dan saya menghormati keputusan korang tu... apa apa pun saya ikut saja apa yang korang katakan tu tapi jikalau korang di tangkap oleh pihak tentera itu nanti harap saja mereka tidak mengapa apakan korang...", kata profesor ismadi sambil mengangkat kedua belah tangannya ke atas. ini menandakan bahawa dia ingin 'lepas tangan' dalam hal tersebut. "jangan bimbang prof... kami tahu bagaimana kami menjaga diri kami kelak. yang penting sekarang kita mesti bersatu hati dalam menentang musuh...", kata zarul seraya memegang bahu kiri profesor ismadi. "okay, apa rancangan korang untuk menentang pihak musuh tu?...", soal kapten yusuf ingin tahu. "untuk permulaan, saya nak awak curi pakaian seragam pihak tentera darat US. pas tu awak bawa semua pakaian seragam tentera tu ke sini... paling senang awak ambik saja pakaian semua ahli tentera darat yang kecundang. awak bawa semua mayat mereka ke suatu tempat yang tersembunyi dan awak ambik semua pakaian dari tubuh mereka. lepas tu awak bawa semua pakaian tu ke sini, okay?", kata zarul pada kapten yusuf. "hm... okay...", balas kapten yusuf perlahan lahan. dia beredar dari situ. "biar saya ikut awak....", kata joshua tapi dia di halang oleh doktor park hoon. "tak payah... budak hingusan macam awak hanya perlu duduk di dalam kapalterbang ni saja... biarkan saya yang ikut dia...", kata doktor park hoon. "eh... saya bukan budak hingusan lagi lorh...", kata joshua sedikit jengkel dengan lelaki korea itu. "yeah i know tapi saya bergurau saja... anyway, awak rileks dulu, ya... awak tunggu saja di sini bersama kakak awak tu...", doktor park hoon bersuara sambil beredar dari situ. joshua terpaksa duduk di atas kerusi dengan perasaan yang marah.

AUTHOR NOTE: Okay, tiba part peperangan pula. tapi part peperangan tu mungkin lebih merepek dari peperangan yang ada dalam story ASH tu kot. kelak korang baca ar... mizz belum ada hati nak tulis terus part peperangan tu buat masa ni. mizz update one by one dulu ye my friend?.... p/s: mizz dah banyak kali update story ni kelmarin tapi tak dapat dapat. baru pagi ni dapat itu pun terkial kial gak mizz update... line slow nak buat macamana lagi kan... hm....

MEREDAH KEGELAPAN (PG13)Where stories live. Discover now