N12

2K 291 33
                                    

WALAUPUN tangan meletak satu per satu barang di meja kaunter, mata Wareesa tak henti-henti menjenguk sekelilingnya. Tak cukup dengan itu, badan pun terbongkok-bongkok seperti sedang menyembunyikan diri daripada seseorang. Dan itu memang kenyataan, bukan seperti dah.

Dia dah selesai ambil barang dan nak tinggal bayar sahaja. Itu pun penuh gigih dia cuba mengelak daripada tiga orang lelaki tadi. Waseem, Nafis dan Ilman. Kalau terserempak lagi, boleh jadi bala! Dah lah dia sudah lambat. Tak pernah-pernah lah hampir empat jam dia berlegar dalam pasaraya ni. Paling lama dia pernah buat dua jam. Memang pecah rekod betul. Terima kasih kepada Waseem dan rakan-rakan.

"Cik okey ke?" Teguran dari pekerja kaunter buat Wareesa berhenti membongkok sekejap. Lambat-lambat dia menoleh memandang pekerja kaunter yang memandangnya tak lepas. 

"Okey, okey. Scan cepat. Saya dah lambat sebenarnya ni." Beritahu Wareesa sambil tersengih. Bila dia dapat anggukan daripada pekerja itu, terus tangan laju mengeluarkan barang dari troli.

Dah sudah, Wareesa tolak troli ke bahagian tepi kaunter dan penuh cermat dia memasukkan kembali barang-barang yang sudah ada dalam plastik besar warna putih ke dalam perut troli. Satu persatu sehingga habis kesemuanya. Dan bila habis, tarik senyum panjang Wareesa dibuatnya.

Lega! Dia boleh balik! Takde dah nak seksa diri menyorok dan mengelak walaupun penyiksaan tu dia yang kenakan sendiri terhadap diri.

Pekerja kaunter itu menyebutkan harga kesemua barang yang dia beli dan tak susah pun. Wareesa hanya suakan kad kredit keluarga Cik Puan Tihani sahaja. Memang biasanya kad itu yang digunakan kalau mereka ke pasar.

Dapat sahaja resit, Wareesa terus ucap terima kasih dan berlalu pergi dari situ. Yahoo! Sekarang dia kena cari bangku kosong sahaja untuk tallykan semula barang-barang yang ada dalam list dengan barang-barang yang ada dalam resit. Kemudian, dia dah boleh call Grab untuk ambil dan bawa dia pulang. Seterusnya kerja memasak boleh lah dilakukan. Yeay! Tak sabar nak buat sushi! 

Bangku kosong ditemui. Terus Wareesa tolak troli di situ dan duduk dilabuhkan kemudiannya. Senyum kelegaan dia seketika. Hilang lenguh kaki dan badan akibat berjalan tanpa henti sedari tadi. Sungguh Cik Puan Tihani berjaya balas dendam kepadanya. Takpe. Wareesa takkan serik nak buli Niliyyah dan Hayyan di hadapan Tuan Fauhad dan wanita itu. Walau dia tahu padahnya apa, tapi peduli apa! Kalau jahat tu dah datang, takde siapa yang boleh halang melainkan diri dia sendiri. Hehehe.

Doakan dia tak jadi jahat guys. Hehehe.

"Okey, jom." Kata Wareesa. 

Pertama sekali dia simpan kad kredit ke dalam pursenya kemudian dia bawa keluar dari purse itu list barang yang dah renyuk. Nampak lah dia berusaha keras cari semua barang kat situ. Resit pembelian tadi pun dibawa keluar kemudian letak sebelah menyebelah. Mudah. Tak juga dia bawa keluar pen yang memang ada dalam pursenya. Dah macam poket Doraemon. Biasa lah. Nama pun perempuan.

"Udang... Kobis... Dried seaweed..." Satu persatu mulut menyebut perlahan barang-barang yang ada pada dua-dua kertas itu. Yang ada pada dua-dua kertas, dia akan gariskan dengan pen yang dipegang.

Menunduk sahaja dia melakukan kerja. Tak ambil peduli dengan orang-orang yang memandangnya setiap kali dia dilintasi. Macam tak pernah tengok orang sahaja mereka semua ni. Tapi, mungkin lah. Mungkin ini kali pertama mereka tengok tupai terbang versi manusia. tu yang terteleng-teleng kepala dan mata ke arahnya. Wareesa sangka baik sahaja.

"Okey!" Wareesa menjerit kecil. Kedua-dua kertas itu dipandang. Senyum lebar. Banyak barang yang dia berjaya beli. Cuma ada beberapa barang sahaja yang belum digariskan. Dia nak menyebut barang itu pun tak tahu. Nak kena tanya Cik Zee adakah barang-barang itu betul-betul penting atau tidak mengapa kalau pass sahaja? Kalau pass, dia boleh pulang. Kalau tidak, kena lah dia pergi pasar raya lain yang ada menjualnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now