N61

1.7K 268 40
                                    

PINTU kereta ditutup rapat. Tali pinggang ditarik kemudiannya sebelum dipakai. Tak dipandang langsung Niliyyah di sebelah. Yalah. Buat apa nak pandang jika gadis itu pun tak menoleh memandangnya. Hanya sibuk dengan telefon di tangan. Entah dengan siapa gadis itu berbalas mesej pun di atak tahu. Lelaki, itu dia pasti.

Ruang kereta hanya sunyi sepi. Tiada seorang pun yang berbicara walau dah ada empat orang manusia termasuk dia di dalamnya. Pak Tam, Warersa, Niliyyah dan Hayyan. Masing-masing lebih selesa buat kerja sendiri sementara tunggu Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani bersiap.

Wareesa lepaskan nafas lemah. Entah macam mana dia boleh terjebak sekali dalam kelompok kecil yang hendak pergi ke majlis gah di sebuah hotel terkemuka pun dia tak tahu. Tahu-tahu Cik Zee serahkan dia sepasang dress, sebuah beg dan sepasang kasut. Katanya daripada Niliyyah. Katanya lagi, Tuan Fauhad arahkan dia bersiap. Walhal ketika itu dia baru sahaja mahu buka buku dan studi beberapa pelajaran lepas.

"Mak cik tak mengamuk ke kalau Reesa ikut Cik Zee?" Soal Wareesa separa takut.

Yalah. Kalau dia buat hal di majlis, mahu lagi teruk dia dikerjakan berbanding tempoh hari. Luka dan lebam lepas pun baru pulih. Tak mahu lah dia terima yang baharu.

Cik Zee hanya senyum sahaja. Tak berani beri apa-apa jawapan. Dia pun hanya pesankan arahan daripada cik muda sahaja. Harapnya takde apa-apa lah yang jadi. Cukup hati tuanya sakit melihat Wareesa sakit tempoh hari.

Bosan, Wareesa keluarkan telefon dari begnya. Serentak itu, satu deting kedengaran tanda ada pesanan WhatsApp yang baru sahaja masuk. Bila lihat siapa pengirimnya, terus dahi berkerut pelik. Baik Niliyyah dan Hayyan sama-sama dipandang. Namun dua beradik itu hanya buat tak tahu sahaja. Macam dia tak terima apa-apa pesanan pun daripada mereka berdua.

Berkalih pandang, Wareesa pandang skrin telefon. Chat bersama Niliyyah dibuka dahulu. Ia mesej bergambar. Pelik-pelik budak ni. Macam tak boleh nak bercakap sahaja. Walhal dah duduk sebelah menyebelah ni. Tinggal peha tak bertemu peha aje sebab masing-masing kurus dan cun.

Buka sahaja tetingkap chat mereka, mulut Wareesa terbentuk O dengan sendirinya. Dahi dah berkerut.

Gambar dia sedang memandang telefon di tangan dia pandang. Terkelip-kelip laju. Kemudian lambat-lambat kepala pusing pandang Niliyyah.

Perasan, Niliyyah turut menoleh. Mukanya tak beriak.

"Post it on your story. Tag account hotel tu, tag aku dan Yan." Selamba tutur kata Niliyyah yang dah berkalih wajah pada telefonnya semula. Sempat rambut yang didandan cantik dikibas perlahan.

Terkebil-kebil Wareesa sendiri.

Tak faham.

Malas mahu layan, ruang chat bersama Hayyan pula dibuka. Sekali lagi dahi berkerut pelik. Ini lagi seorang. Bukan setakat gambar dia aje. Gambar Niliyyah yang sedang merakam gambarnya juga ada.

Ting!

Hayyan
Do the same for me.

"Apa semua ni?" Terluah juga kebingungan Wareesa. Dua beradik itu dipandang meminta jawapan.

Niliyyah dan Hayyan menoleh ke arah Wareesa serentak.

"Just do it!" Dan serentak juga dua beradik itu bersuara. Terhenjut sedikit bahu Wareesa.

Tanjat titew! Dah lah ayat spesen!

Juling mata dan arahan dipatuhi. Tepat itu, pintu kereta terbuka dan muncul wajah Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani di sebaliknya.

"Are you ready kids?" Gembira sahaja Tuan Fauhad. Lagi-lagi bila nampak Wareesa ada bersama. Memamng hajatnya mahu sangat Wareesa ikut ke majlis kawannya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα