N56

1.8K 305 54
                                    

SELEPAS Subuh, Wareesa dah ketakutan sendiri. Macam-macam bayangan yang muncul dalam kepala. Dan semestinya yang lebih mendomanisai ialah bayangan Cik Puan Tihani memberinya hukuman yang lebih berat dek kejadian sebelum Subuh tadi. Membayangkan itu, meremang bulu tengkuk Wareesa.

"Takde apa yang akan terjadi, Reesa. Takde apa." Wareesa cuba positifkan diri. Dengan telekung yang masih tersarung, Wareesa panjat tilamnya dan dia peluk lutut di situ.

Pintu dipandang tajam dan sesekali matanya terpejam rapat, cuba memadamkan bayangan-bayangan menyakitkan dalam kepala. Mulut pula terkumat-kamit membisikkan kata-kata positif buat diri sendiri. Makin dia disebulungi rasa takut dan khawatir, makin terkumat-kamit mulutnya menutur buah kata tanpa suara.

Tak puas memeluk lutut, Wareesa dah berbaring meringkuk di atas tilamnya sendiri. Macam-macam cara dia cuba supaya bayangan-bayangan menyakitkan itu lenyap dai fikirannya. Peluh dingin yang merinik keluar di dahi dilap perlahan.

"Semua akan okey, Reesa. Semua akan okey." Bisik Wareesa. Diulang-ulang kata itu tanpa henti. Dan sesekali diselang-selinya dengan lafaz selawat, bagi hati makin tenang.

Dia sungguh berdebar sekarang. Bila-bila masa sahaja Cik Puan Tihani boleh datang ke mari dan untuk menghadapnya, Wareesa perlu tenang yang sebetulnya. Dan andai kata dia terus menerima pukulan seperti dua malam lepas, Wareesa perlu sediakan diri untuk kelihatan kuat. Kali ini, dia mahu dirinya nampak kuat. Nak tunjuk yang Cik Puan Tihani selamanya tidak boleh melayannya seperti itu lagi.

Sedang Wareesa menenangkan dirinya, bunyi mangga yang sedang dibuka buat badan Wareesa menegak dan kaku sendiri. Dada dah berdebar dan tindakan spontan yang Wareesa lakukakn ialah menarik bantal rapat ke dalam pelukan. Separuh wajahnya disembunyikan di sebalik bantal dan takut-takut mata memandang pintu rumah.

Dia tahu itu Cik Puan Tihani. Melalui gaya mangga dibuka pun, dia sudah tahu. Cik Zee tak akan buka sekasar itu. Cik Zee akan penuh cermat membukanya tanpa terhasil sebarang bunyi.

Tombol bergerak untuk dibuka dan terus Wareesa sorokkan wajahnya sepenuhnya di bantal. Bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Entah ke mana hilangnya dirinya yang kuat tadi. Hilang begitu sahaja apabila realiti dihadapnya.

"KAU!" Berdentum suara Cik Puan Tihani memenuhi ruang rumah kecilnya itu.

Wareesa tak berani angkat wajah. Badannya dah menggeletar ketakutan. Otaknya tak mampu berfikir apa-apa, buat dia hanya statik di tempatnya. Dan dalam keadaan itu, air mata yang ditahannya mulai tumpah.

"KAU MEMANG NAK KENA! KAU MEMANG SENGAJA KAN?!" Suara petirCik Puan Tihani kedengaran semakin hampir, buat Wareesa makin meringkuk ketakutan.

Bantal yang menjadi perisainya direntap kasar, buat Wareesa terkejut dan mula menghadap realiti sebenar-benanrnya. Wajah marah kemerahan Cik Puan Tihani dipandang dengan air mata yang makin laju membasahi pipinya. Kepala dah tergeleng-geleng walau lidah kaku menutur supaya Cik Puan Tihani berhenti mengapa-apakannya.

Tajam mata Cik Puan Tihani memandang Wareesa yang sudah basah wajahnya dengan air mata. Marahnya membara. Berani sungguh gadis itu mengingkari arahannya.

"Ma---mak c---cik." Tergagap-gagap Wareesa menutur kata. Tak dapat fikir apa. Memang itu sahaja yang terlintas dalam kepalanya sekarang.

Dan mendengar panggilan yang paling dia benci itu keluar dari mulut Wareesa, kemarahan Cik Puan Tihani makin membuak-buak. Tak fikir apa, terus dia panjat katil dan ra,but panjang Wareesa ditarik untuk melepaskan kemarahannya. Menjerit kesakitan terus Wareesa di situ. Air mata makin lebat jatuh.

"AKU BUKAN MAK CIK KAU LAH! BUKAAANNN!!!" Macam dirasuk, lantang sahaja suara Cik Puan Tihani menjerit melampiaskan marahnya. Wareesa memang tak pernah nak makan saman! Sudahlah arahannya supaya menyorok diingkari. Sekarang, pantang larangnya dilanggar pula! Memag sudah melampau!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now