N87

1.9K 237 76
                                    

TANGAN naik memeluk lutut rapat ke dada. Nafas cuba diatur tenang sebelum buat sekian kalinya, mata mengerling ke arah Waseem yang duduk melunjur kaki di sebelah. Masing-masing diam tanpa kata dan sumpah rasa kekok dan malu menggebu-gebu dalam dada. 

Kotak memori Wareesa mengulang tayang semula notes-notes yang dia baca dalam tab Waseem tadi. Semua berkisar tentang dirinya rupanya. Dah bertentang mata dengan Waseem, Wareesa jadi cangung dan malu sendiri kemudiannya.

Sudahnya, diam-diam dia tukar tempat duduk. Dari katil, ke tepi katil. Dan tak sangka pula Waseem ingin ikut sekali. Bila dah sebelah menyebelah begini, haram satu kata pun tidak keluar.

'Maknanya dia suka aku dah lama juga lah, ya?' Hati Wareesa menyoal. 

Jika diikutkan notes tadi, insiden-insiden yang berlaku agak lama juga lah. Yalah. Walaupun mereka tidak selalu bertembung, namun setiap kali bertembung ada sahaja momen yang berlaku. Baik momen malu daripada Wareesa, atau momen yang menggetar hati daripada Waseem. Yang pasti, setiap momen itu tercatit dalam notes Waseem.

Nak baca lagi, Wareesa takut pengsan. Bila jumpa namanya tercatat pun beribu rama-rama mengepakkan sayap dalam perut, ini kan pula untuk terus membaca dengan tahu dia sebagai watak utama. Mahu zoo terus dalam perutnya.

Diam-diam Wareesa cuba ingat semula setiap memori mereka. Tak dinafikan, Waseem memang bagi rasa sesuatu setiap kali bersama. Tapi, tak pula telintas dalam benaknya yang lelaki itu taruh rasa suka selama itu kepadanya. Ingatkan rasa suka lelaki itu muncul beberapa minggu sebelum majlis akad mereka. Rupanya tidak?

"Err." Wareesa tersentak bila dengar suara Waseem. Melayang terus sesi throwback dalam kepala. Lambat-lambat, wajah Waseem ditatap.

Waseem telan liur. Rasa malu mula bersarang dan sumpah, Waseem dapat rasa hangat wajahnya sekarang. Agaknya begini lah rasa Wareesa setiap kali wajah manis itu bertukar rona.

"I'v been exposed." Waseem mulakan bicara. Walaupun malu, dia sebagai seorang lelaki yang berjaya mengahwini crush sendiri, perlu mulakan bicara. Dan sebenarnya, niat memang nak meluah kepada Wareesa, namun tak sangka pula jadi secepat ini. Bocor pula tu di tangan crush sendiri.

Memalukan.

Wareesa angguk sekali dan senyum. Act fool, act fool, act fool! Waseem angguk juga. Dan selepas itu, laju masing-masing alihkan pandangan. Dengan itu, mata Waseem terpejam sendiri dek rasa kekok yang menguasai mereka. Wareesa juga.

'Eee, malunya!' Kuat suara hati Wareesa.

'Aduh! Rasa nak menyorok!!!' Jerit batin Waseem. Sumpah dia malu sekarang ini. Sangat malu!

Berdehem kecil, Waseem cuba berlagak tenang walaupun yang dia rasa adalah sebaliknya. 

"So, yeah. I have feelings for you." Waseem sambung kata semula. Wajah pandang hadapan, namun selesai sahaja bicara, kepala menoleh memandang Wareesa. Dan serentak, Wareesa juga menoleh ke arahnya.

Di situ, mereka saling berbalas tatapan.

"Yeah. I have feelings for you." Ulang Waseem. Kali ini dengan nada yang seakan-akan berbisik. Mata pula ralit menilik teliti seluruh wajah Wareesa. Seakan-akan baru sedar dengan apa yang dia rasa.

Melihat tatapan Waseem, Wareesa jadi malu sendiri. Perlahan-lahan wajah tunduk menyentuh lutut. Menyorokkan wajah yang bertukar rona di situ. Bahaya ya tatapan lembut Waseem yang satu itu. Hati yang cair jadi makin cair.

"Yayang." Panggilan Waseem buat Wareesa mengintai sedikit. Dan jantung makin laju mengepam darah ke wajah bila lihat Waseem yang dah sama posisi duduk dengannya juga.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Onde histórias criam vida. Descubra agora