N28

1.8K 283 55
                                    

WAREESA dah lembik sungguh. Sampai sahaja rumah, dia terus masuk ke dalam rumah, kunci pintu, buka kipas dan baring atas tilam dengan posisi meniarap.

Gila sungguh penangan shopping dengan Niliyyah. Hampir lima jam di Shopping Mall, satu beg kertas pun tak dibawa pulang. Maknanya, dia bazirkan separuh harinya menemani Niliyyah yang memang bertujuan nak buang masa sahaja.

Tambah lagi bila terserempak dengan Yara dan yang lain, lagi buang masa walau dia akui ada beberapa bibit yang menggembirakannya. Tapi, penat tetap penat.

Lima minit meniarap dengan mata yang dah mula kuyu, Wareesa tukar posisi daripada meniarap kepada terlentang.

Siling yang langsung tidak kelihatan dek kerana bilik yang gelap dia pandang. Entah betul entah tidak dia pandang siling rumah kecilnya. Apa-apa pun, dia pandang atas.

Lama dia berkeadaan begitu sambil tangan bergerak perlahan-lahan membuka pin tudung di bawah dagu. Tarik selendang dan cabut anak tudung dari kepala, biar rambutnya lepas bebas. Kemudian lambat-lambat dia angkat kaki untuk cabut stokin yang dipakainya.

Dah siap buka dia campak sahaja ke tepi. Biarlah berselerak sedikit ruang tidurnya ini. Dia ada kudrat esok pagi, dia kemas.

Dah selesakan diri betul-betul atas tilam, Wareesa bergerak perlahan membuka lampu meja. Takut pula duduk dalam gelap begini. Bagi cahaya sikit seperti malam-malamnya yang biasa.

Apabila malap sahaja ruang bilik itu dek cahaya lampu meja, Wareesa baring atas tilam semula. Atas bantal kali ini dengan rambut yang mengerbang bebas.

Siling dipandang sambil kotak fikiran memainkan semula jadual hidupnya hari ini.

Smooth sahaja mula-mula. Tengah hari, dah mula nampak tanda-tanda nak jadi puting beliung. Masuk petang, macam pokok kering yang tunggu tumbang tapi bila dah menginjak malam, jadi macam pucuk yang mahu berbunga. Pastu ada rama-rama terbang.

Tanpa sedar, bibir Wareesa tarik senyum kecil. Terbayang dalam kepala bibit-bibit gemuruhnya bersama Waseem, si Encik Crush.

Mengingatkan itu, senyuman kecil dah makin melebar. Tak cukup itu, kakinya juga mulu bergoyang-goyang. Tanda bahagia. Dan kemuncak bahagia bila dia tutup wajah dengan tangan sebelum dia ketawa kecil selepas itu.

"Hihihi." Comel sahaja bunyinya. Tapi, lama-lama dengar jadi menyampah pula. Sebab itu dia berhenti gelak namun senyum masih melekat di bibir.

"Bahaya sungguh lah." Omel Wareesa.

"Eleh. Bahaya, bahaya pun kau suka." Perlian untuk diri sendiri.

"Gila kau tak suka? Aku crush lama kut kat dia. Sepanjang kau crush kat dia, kau pernah terbayang ke kau duduk semeja dengan dia?" Wareesa mula menutur kata buat diri sendiri. Biar. Itu tanda dia teruja benar.

Habis kata, Wareesa tutup separuh wajahnya. Gembira!

Terlayar kembali kejadian di Boat Noodles tadi.

"Sikitnya awak makan? Tak sedap ke?" Soalan yang muncul daripada Waseem saat dia sedang berperang dengan chopstick dan mee, buat Wareesa terkelip-kelip mata pandang lelaki itu.

"Haah. Awak makan sikit sangat. Makan lah banyak sikit." Nafis pula menegur bila dia terdengar Waseem menegur Wareesa.

Wareesa jadi malu pula bila diperhatikan dua lelaki itu.

"Dah kenyang sebenarnya." Alasan, Wareesa cipta untuk menutup malu sendiri. Sejujurnya, ini kali pertama Wareesa makan menggunakan chopstick.

Waseem dan Nafis hanya mengangguk sebelum mereka sambung menikmati makanan mereka semula.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon