N84

2K 243 76
                                    

USAI menunaikan solat Isyak secara berjemaah bersama keluarga Waseem, laju sahaja Wareesa salam tangan Waseem. Pandang pun mahu tak mahu. Lebih fokus kepada Ibu Ayunin dan Ayah Yahaya yang tersenyum suka bila lihat semua anak-anaknya berkumpul di satu tempat dalam beribadah. Rasa rahmat itu turun tak putus-putus memayungi keluarga mereka.

Senyum kecil, Wareesa tersentuh dengan apa yang di hadapannya. Keluarga bahagia.

Satu persatu wajah-wajah yang ada di pandang. Namun, bila mata jatuh kepada wajah suami sendiri, terus senyum pudar perlahan-lahan. Muncul pula benda lain. Hangat di pipi. Terus terngiang kata-kata Waseem pagi tadi.

"I have a weakness for you. So, please sayang. Please love me back."

Laju terus mata beralih arah. Rasa tak betah pula tiba-tiba. Dengan ulang tayang yang tak putus-putus pula tu dalam kepala. Sumpah. Kerana itu, satu hari Wareesa main kejar-kejar dengan Waseem.

Ada sahaja alasan yang dia berikan untuk berjauhan daripada lelaki itu. Bukan kerana tak suka dengan luahan rasa Waseem, tapi kerana dia malu dan entah kenapa diri seperti tak dapat nak terima pula.

Bagitahu dia. Bila masa lelaki itu boleh tiba-tiba jatuh suka dengan dirinya?

Kalau ikut sejarah perkenalan mereka pun, mungkin tak sampai dua puluh kali pun mereka bersama. Dengan perangai dia yang kurang siuman bila berhadapan dengan Waseem. Entah tang mana yang boleh memikat hati Waseem.

Kalau tanya dirinya, ya pasti. Perasaan kepada Waseem sudah disimpan lama. Bahkan hampir dua tahun lamanya. Make sense lah juga kalau dia luah perasaan. Waseem? Waseem bila? Berapa lama? Bingung Wareesa rasa.

Angkat pandangan, sekali lagi mata bertembung dengan Waseem. Buat Wareesa makin tidak betah. 

Elok sahaja lelaki itu bergurau dan berbual dengan semua, tapi mata lelaki itu tak sudah jatuh ke arahnya. Bukan itu sahaja, kalau punya peluang siap diberi kenyitan mata lagi. Tambah lagi dengan senyuman boyishnya. 

Allah. Boleh semput Wareesa jika berterusan begitu. Makin semput kalau ada yang menyakat bila Waseem terkantoi.

Uh-oh! Kita sangat perlu elakkan perkara itu, okey? Dan kerana itu, Wareesa ambil keputusan untuk berlalu pergi.

Pandang Ibu Ayunin, tangan Ibu Ayunin disentuh perlahan sekadar untuk menarik perhatian wanita itu seketika. Bila Ibu Ayunin menoleh, Wareesa merapatkan diri. Mahu berbisik.

"Ibu. Reesa keluar dulu ya? Reesa nak ke tandas." Bisik Wareesa, cukup Ibu Ayunin sahaja yang dengar. Peduli lah kalau si mertua berkerut pelik dengan tingkahnya sekalipun. Kita tak boleh beritahu ya keberadaan kita. Lebih-lebih lagi bila dia memang mahu lari daripada Waseem.

Ibu Ayunin mengangguk perlahan.

"Yalah. Nanti turun makan snek sama-sama ya? Pastries petang tadi tak ada siapa sentuh lagi." Pesan Ibu Ayunin. 

Wareesa hanya angguk mengerti. 

Ya. Nak lari daripada Waseem, jenuh dia sibuk di dapur berkongsi resepi pastries dengan Ibu Ayunin. Mujur juga Ibu Ayunin melayan. Jika tidak, mati kutu dia nak menghadap Waseem. Kejung malu lah dia di hadapan lelaki itu.

Perlahan-lahan, Wareesa undurkan diri. Senyum kecil dia bila rasa dirinya tidak disedari sesiapa. Petanda yang baik ya. Laju kaki melangkah bila hampir dengan pintu bilik sembahnyang sebelum dia keluar perlahan-lahan dari situ.

Keluar sahaja dari bilik sembahyang, nafas lega dilepaskan kuat. Siap dengan lap peluh imaginasi di dahi. 

"Finally!" Sorak Wareesa perlahan. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now