N66

1.7K 309 111
                                    

KERETA yang sudah berhenti bergerak menyedarkan Wareesa dari menung panjangnya. Sekeliling dipandang kosong. Dia sendiri tidak tahu hendak fikir apa setelah kebenaran terbongkar sebentar tadi. Yang dia tahu, dia dibawa masuk ke dalam kereta oleh Niliyyah dan sekarang, entah di mana keberadaan mereka.

Niliyyah yang hanya diam sedari tadi menoleh memandang Wareesa. Rasa kasihan bila lihat mata bengkak Wareesa. Tambah lagi dengan wajah putih pucat itu. Hilang sudah serinya. Kasihan sungguh. Mesti apa yang diterima pagi tadi mengejutkan.

Menghela nafas berat, Niliyyah keluar dari kereta. Rumah yang menjadi tempat tuju mereka dihampiri sebelum loceng rumah itu ditekan sekali dua. Sambil itu pandang Wareesa yang masih kaku sendiri di dalam kereta.

"Hodoh betul. Selekeh." Komen Niliyyah perlahan sambil menggeleng kecil. Sekejao cuma gelengannya sebelum dia disapa tuan rumah di muka pintu.

Ilman Adib. 

Niliyyah senyum kecil.

"Naura." Ilman membalas senyum kecil Niliyyah. Teruja. Ingatkan Niliyyah bergurau bila gadis itu maklumkan yang dia akan sampai lagi 15 minit. Tepat-tepat 15 minit, memang tercongok gadis cantik itu di hadapannya. Allah. Pagi-pagi dah dapat lihat Niliyyah. Kan seronok kalau begini setiap hari.

"Sorry. Tapi adik you ada?" Soal Niliyyah.

Dahi Ilman berkerut. Perkataan adik itu buat dia keliru. Ramai adik dia. Adik yang mana satu yang Niliyyah maksudkan.

Sedar bingung Ilman, Niliyyah lurus halakan jari telunjuk ke keretanya. Dan senyum bila Ilman dapat menangkap dengan laju. Terangguk-angguk kepala itu. Comel.

"Sekejap eh."

"I tunggu di kereta." Kata Niliyyah sebelum dia bergerak pergi. Bolos semula ke dalam kereta, Wareesa sedang meneguk air mineral dengan senyap.

Wareesa pandang Niliyyah. Dahi berkerut. 

"Kita kat mana ni?" Soal Wareesa. Suaranya sengau dek hidung yang tersumbat. Bahana menangis tak ingat dunia. 

Niliyyah diam. Kaca mata hitamnya dipakai.

"Rumah Waseem."

Dengar dua perkataan itu, terus tegak badan Wareesa. Gelabahnya sudah mari. Terbongkok-bongkok badannya ingin bersembunyi sambl tangan laju menutup separuh wajah dengan tudung yang dipakai.

"Tudung!" Bila ingat tudung, terus cermin dicari. Lihat sahaja bias wajahnya, terus dia menjerit kecil. Sampai terhinjut bahu Niliyyah dibuatnya. Tapi, Niliyyah menjadi Niliyyah. Dia hanya diam dan lemparkan pandangan ke luar dengan tenang. Tak peduli dengan kekalutan Wareesa di sebelah.

"Kenapa kau bawa aku ke sini?!" Marah Wareesa sambil tangan laju membetulkan semula tudungnya di kepala. Mesti selekeh  gila dia tadi. Mujur tak pakai make-up. Jika tidak, tak tahu bagaimana teruk wajahnya. Seram!

Niliyyah julingkan mata.

"You need someone to calm you down, kan?" Soal Niliyyah.

"NO!"

Terletus gelak mengejek Niliyyah. No lah sangat. Tak sedar sepanjang perjalanan tadi tangis tu macam mana. Macam orang mati laki. Kalau kereta terus berjalan, mungkin tangis Wareesa masih belum berhenti.

"Ergh!" Wareesa geram. Rasa nak tarik sahaja rambut ikla mayang Niliyyah. Boleh botak terus. Biar gadis itu rasa macam mana stressnya dia rasa sekarang.

"But kenapa Waseem? Yara ada. Dan kalau kau campak aku kat tepi jalan pun, I can calm my ownself!" Wareesa luah rasa tak puas hati.

Niliyyah hanya menggeleng. Dia masih menunggu Ilman mahupun Waseem untuk keluar. Dan bila lihat tubuh dua lelaki itu di muka pagar, terus dia jatuhkan kaca mata hitamnya. Nak sambut dua lelaki itu. Tapi, bila telinga masih lagi menangkap kekalutan Wareesa di sebelah, nafas berat dilepaskan.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now