N75

2.1K 245 77
                                    

TUALA yang disangkut kemas atas kepala, Wareesa pegang dengan erat. Tarik nafas dan hembus perlahan sebelum pintu tandas dibuka sedikit. Melalui bukaan itu, Wareesa menjengahkan kepala sedikit. Mahu mengintai dan cari line clear semestinya. Sedar diri bukan lagi menghuni bilik baharunya berseorangan. Dah ada roommate baru. Halal.

'Halal tapi gugup macam ni. Buat rileks sudah lah.' Bisikan hati yang jelas menyampah dengan tindak-tanduk sendiri tidak diendahkan Wareesa. Malah, makin giat mengintai dari celahan pintu yang terbuka sedikit.

Sedar tiada sesiapa di luar, Wareesa hela nafas lega. Seiring dengan pintu tandas yang dah dibuka dengan luasnya. Tiada bukaan kecil seperti tadi lagi. Dan selamba, dia berjalan keluar dari situ menuju terus ke tepi katil. 

Ambil duduk di tepi katil, Wareesa mencapai telefonnya. Tekun Wareesa tatap skrin telefon yang dah cerah menyala tunjuk feed Instagramnya. 

Laju jari scroll ruang media sosial itu. Nak lihat apa yang menarik hari ini memandangkan dia masih belum punya peluang meneroka dunia luar hari ini. Dan sebenarnya dah beberapa hari tak meneroka. Yalah, sibuk dengan hal-hal perkahwinan mengejut-namun-dirancang ini. Tak sempat. 

Sebelah tangan cermat memegang tuala di bawah dagu. Langkah berjaga-jaga jika roommate masuk. Dia belum bersedia nak buka sana sini depan Waseem. Dan tak pernah bersedia pun. 

Jika diingatkan semula kisah mereka, sumpah semuanya tak dapat ditrek oleh masa. Dia yang menjadi orang yang menyukai dalam diam boleh tiba-tiba sahaja masuk dalam kelompok lelaki itu. Pertemuan yang tak terduga beberapa kali, jumpa ibu bapa-pak cik mak cik masing-masing tanpa dirancang, tunag tiba-tiba dan kahwin pun tiba-tiba. Mengingatkan itu, Wareesa tarik senyum sendiri.

"Takdir." Katanya sepatah bersama senyuman yang masih belum surut. Kepala pun dah menggeleng perlahan. Masih tak dapat nak hadam tapi benda sudah pun jadi. Ikut sahaja lah. Aturan yang tidak dirancang ini pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

"Tapi kan..." Wareesa mula nak membahas sendiri. Telefon dah mula jatuh ke sisi. Tak menarik perhatian lagi dah. Yang menariknya soal jawab hati dan diri sendiri.

"Apasal mudah sangat dia ajak aku kahwin eh? Tak pelik ke?" Soal Wareesa. Tubuh dipeluk longgar. Berfikir.

"Macam tiba-tiba aje. Kenal tak, jumpa pun beberapa kali tiba-tiba ajak kahwin. Pelik sangat tu." Omel Wareesa kecil. 

Diam, tak dapat jawapan.

"Dan kau pun... apasal terima aje dia ajak kahwin. Tak ke kau pelik juga?" Badan dah tegak. 

"Nak kata kau kenal dia, setakat tahu nama, umur, belajar apa ambil course apa, family dia sikit-sikit,. Tu je lah. Tak dan kenal hati budi pun, tapi kau ons aje bila dia ajak kahwin. Tak sedar ke kau pun pelik juga?" Pulak dah. Wareesa mengata diri sendiri pula. Tak toleh kiri kanan. Hentam puas-puas.

Diam tanpa jawapan.

"Aku kan suka dia..." Perlahan aje jawapan yang diberi. Pipi pun dah menghangat. Tahu malu dengan fakta yang satu itu. Wareesa sukakan Waseem dan lelaki yang dia sukai telah pun selamat menjadi seseorang yang teratas dalam hidupnya.

Wareesa sorok wajah dengan tanganya. Rasa nak menjerit tapi kena sabar. 

Klik.

Makin kena sabar bila telinga menangkap pintu bilik dibuka dari luar. Terus kaku badan Wareesa jadinya. Tak tahu nak beriak bagaimana. Kalut mula menyerang bila dengar suara Waseem yang sedang berborak di luar pintu. Mungkin tengah sembang dengan Tuan Fauhad. Tak sudah lagi sembangnya dari tadi. Sampai ke atas ni nak dibawanya.

Lekaki.

Kalut, Wareesa terus bangun dari duduknya nak berlari masuk semula ke dalam tandas. Nak menyorok. Tak mahu jantung bergolek jatuh malam ini kerana Waseem. Kalut, sungguh kalut! Nak bangun pun ambil masa. Dah bangun, kalut nak berlari ke tandas air. Setengah jalan, tuala yang ada atas kepala pula terjatuh.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now