N7

2.5K 364 40
                                    

SETELAH bersiap ala kadar, Wareesa keluar dari rumah. Sarung kasut dan pintu rumah dikunci rapi. Pusing badan dan hampir terloncat dia apabila Hayyan tiba-tiba sahaja ada di belakangnya.

Dada diurut perlahan sebelum dia hadiahkan lelaki itu jelingan mautnya. Ni, tak lain tak bukan nak cari pasal lah ni. Kan elok kalau dia takde seperti dia tiada di ruang tamu tadi. Huh!

"Nak apa ni?" Tanya Wareesa. Kunci disimpan dalam tote bag kemudian Hayyan dipandang atas bawah, atas bawah.

"Kau nak pergi mana?" Soalan Wareesa, Hayyan jawab dengan soalan, cukup buat Wareesa julingkan mata ke atas. Menyampah.

"Nak keluar, hantar barang. Kau nak apa ni?" Wareesa jawab sahaja soalan Hayyan. Kalau dia belok-belok, temu janjinya yang boleh selesai lima belas minit dari sekarang akan jadi meleret pula. Dia sudah lah malas. Ingat selepas ini nak berehat sahaja sebelum dia perlu berkerja menyiapkan juadah minum petang dan makan malam buat keluarga lelaki ini.

Hayyan peluk tubuh. Atas bawah, atas bawah juga dia memandang Wareesa. Melalui penampilan Wareesa, dapat dia agak yang Wareesa memang memaksudkan kata-katanya tadi.

Gadis itu tampak berpenampilan ringkas. Tapi, bila kita tengah bercakap pasal Wareesa, gadis itu ke mana-mana sahaja pun berpenampilan ringkas.

"Kau nak mengelat buat kerja kan? Mentang-mentang kelmarin dah dapat enjoy sakan, hari ni kau nak buat lagi." Hayyan tiba-tiba menuduh. Jari telunjuknya lurus menunding wajah Wareesa.

Wareesa hanya menggeleng perlahan. Dia dah betul-betul lambat dan sangat malas nak melayan Hayyan yang jelas hanya mahu cari pasal sekarang ni. Sudahnya, dia tolak Hayyan ke tepi sebelum selamba dia meninggalkan lelaki itu.

Dapur dimasukinya, niat mahu mencari Cik Zee untuk maklumkan pemergiannya. Takut pula jika wanita itu mencarinya jika dia masih belum pulang.

"Wareesa!" Langkah Wareesa mati bila telinga menangkap jeritan serentak Hayyan dan Niliyyah. Seorang dari belakang, seorang lagi dari depan.

"Ya Allah. Tak boleh bagi aku hidup tenang sekejap?" Bisik Wareesa perlahan.

Kedua-dua adik beradik itu Wareesa hadap dengan wajah bosan. Tak jadi nak cari Cik Zee.

"Hei, aku nak kau tolak permintaan papa!" Niliyyah mengeluarkan arahan. Bahu Wareeesa ditolak sedikit.

"Kau nak lari kan?" Hayyan yang bertpeluk tubuh pula bertanya.

"Kau cakap aje apa-apa! Yang aku tahu kau tak boleh ambil lesen dahulu sebelum aku!" Niliyyah dipandang.

"Ah, ke kau nak jumpa jantan? Pandai kau menggatal eh sekarang!" Mata jatuh pada Hayyan pula.

"Kalau kau tak bersungguh menolak, pasti papa suruh juga! Jadi, kau kena cakap hari-hari yang kau tak nak! Kau faham tak?!" Niliyyah dijeling.

"Takde, kau tak boleh keluar. Aku nak makan kek! Kau pergi buat kek sekarang!" Hayyan tiba-tiba mengeluarkan arahan. Buat Wareesa dan Niliyyah memandang lelaki itu serentak.

"Aku nak macaroon! Oh, dan juga cream puff dan eclairs! Make a lot of it!" Tak semena-mena, Niliyyah menambah menu.

Wareesa jadi rimas. Dari tadi kepala dia terteleng-teleng mendengar bicara dua beradik ini. Pening lah!

Bzz... bzz...

Telefon yang berbunyi buat semua diam. Mata fokus pada telefon yang dipegang Wareesa. Wareesa pula terus menjawab panggilan itu tanpa mengendahkan dua beradik itu. Tengok. Pemilik telefon ni dah telefon dia semula. Tanda dia dah lambat lah ni! Hish!

"Siapa tu?!"

"Boyfriend kau kan?"

"Apasal telefon kau lagi baru daripada aku? HA! PAPA BAGI KAT KAU EH?!"

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now