N30

1.8K 249 53
                                    

PCXiu
Maaf. Isteri uncle masuk hospital. Tak boleh kerja loh ini hari

WAREESA baca pesanan WhatsApp yang baru sahaja diterima itu dengan wajah yang tidak beriak. Kaki yang baru
nak menuruni tangga terus terhenti.

Helaan nafas dilepaskan sebelum dia labuh duduk di situ, turut serta bersama beberapa pelajar yang juga berkelakuan sama sepertinya.

Kepala digaru perlahan sebelum tangan naik  memeluk lutut di situ. Sambil itu, tangan laju bergerak mencari aplikasi Grab.

Nampaknya dia guna khidmat yang satu itu aje lah. Kalau nak ke stesen bas, takut pula di tengah jalan hujan akan turun. Tengok sahaja langit yang makin kelabu, dia tak mahu ambil risiko.

"Selalu sangat hujan lately ni." Omel Wareesa perlahan. Jari sibuk sentuh-sentuh dkrin, scroll mencari-mencari Grab.

Ting!

Dan-dan, Cik Puan Tihani punya pesanan WhatsApp masuk. Tegak terus badan dia. Mata pun dah membulat.

Jarang benar Cik Puan Tihani menghantar pesanan kepadanya. Selalunya Cik Zee yang akan hantar segala voicenote yang dihantar wanita itu kepadanya. Tak tahu kenapa nak melalui pengantara sedang wanita itu ada sahaja nombornya. Benci sangat gamaknya.

CP Tihani
Pergi butik-butik ini dan pick up all the items. Jangan tertinggal satu pun!

Mata Wareesa membulat melihat senarai butik yang Cik Puan Tihani hantar. Hampir 10 buah butik.

"Gila!" Menjerit lepas Wareesa di situ. Tak diendahkan mereka yang terkejut dek jeritannya tadi. Pandangan orang pun dia tak hirau sebab mata duk sibuk lihat nama-nama butik terkenal dalam mesej itu.

"Hah." Satu nafas lepas.

"Hah hah." Dua nafas.

"Hah hah hah!" Tiga nafas dan seterusnya makin berganda sehingga membentuk sebuah ketawa gembira yang dipaksa.

"Hahahahahahaha!" 

Sumpah beberapa pelajar yang duduk melepak di tangga sepertinya dah mula mejauh. Takut dengan Wareesa yang tiba-tiba begitu.

Tadi, elok sahaja gadis itu duduk comel lotey, ayu manis di tangga. Tup-tup jerit kecil dan sekarang lelas tawa terus. Patut atau tidak mereka telefon mana-mana ustaz?

Wareesa pula, di tempat yang sama, daripada gelak lama-lama dia mula menangis kecil. Kepala dah menunduk dan disorokkan di celah lutut.

Apa lah salah dia sampai kena buat kerja-kerja begini? Bukan ke kerja seperti ini kebiasaannya dilakukan oleh pekerja-pekerja Tuan Fauhad? Kenapa dia terlibat sekali jadi butler pula ni? Ya ampun!

Ting!

Pesanan baru masuk lagi.

CP Tihani
VMW 82. Nombor Grab Car. Nombor kau, aku dah bagi. Dia dah sampai nanti dia call. Payment semua dah buat. 

Tanpa perasaan sahaja bait mesej itu dibaca. 

"Apa? Tiba-tiba jadi baik." Hairan Wareesa menyoal sendiri.

CP Tihani
Kau patut bersyukur aku tak suruh kau pandai-pandai fikir sendiri macam mana nak pergi ke semua butik ni. 

Tegak badan Wareesa. 

"Eh, eh. Macam tahu-tahu kita kutuk dia." Kata Wareesa agak terkejut.

Kiri kanan dia pandang. Mana tahu Cik Puan Tihani ada di sini walaupun ia satu kemungkinan yang sangat-sangat tipis. Tapi, mana tahu.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now