N21

2K 245 19
                                    

LIP TINT berwarna merah jambu menjadi pelengkap kepada penampilan Wareesa pagi ini. Puas hati, Wareesa tersenyum sendiri melihat biasan wajahnya di cermin. Okey sangat. Ringkas dan kemas. Dia berpuas hati. Tambah lagi bila tudungnya tidak buat hal. Elok sahaja terletak cantik di atas kepala. Nak bentukkan pun tak ambil masa yang lama seperti kebiasannya. Mungkin itu satu petanda bahawa harinya akan berjalan dengan lancar. Amin untuk itu.

Kerling jam di tangan, Wareesa sedar dia sudah boleh keluar dan ambil sarapan di dapur. Jika dilengahkan lagi, boleh jadi dia terlambat ke bus stop nanti. Sudah lah kena jalan kaki ke sana memandangkan Pak Cik Xiu tidak boleh mengambilnya hari ini. Lelaki cina itu tidak berapa sihat katanya. Biar lah. Sekali sekala, seronok juga naik bas.

Beg galasnya dicapai, begitu juga dengan tote bagnya. Dan selepas itu, Wareesa terus ambil langkah menuju ke pintu rumah kecilnya. Bila dibuka sahaja pintu, lamngkahnya terhenti. Dahi berkerut sebelum menoleh kepalanya ke kiri dan ke kanan sebelum pandangan jatuh kembali ke bawah.

"Siapa punya kasut ni?" Soalan itu terpacul keluar dari mulut. Kasut slip on berwarna millennial pink dipandang kehairanan. Sambil itu, tanganyya sibuk mengunci pintu rumah.

Terkebil-kebil lagi mata Wareesamemandang kasut itu walau dia sibuk sarungkan kasut converse hitam di kakinya. Usai itu, Wareesa ambil kasut pink itu. Belek-belek sikit.

Cantik. Hatinya terpaut seketika. Hanya mampu bermimpi sahaja dia ada kasut sebegitu. Tengok pun tahu yang harganya pasti beratus.

"Fara atau Sara punya ke?" Tekanya. Kadang kala suka juga kakak berdua itu tumpang barang-barang di rumah kecilnya ini.

"Mungkin lah kut." Wareesa sambung kata selepas itu sebelum dia letakkan kembali kasut itu di tempatnya.

Biar lah pemiliknya nampak kasut itu tak berkalih. Lagipun, depan rumah kecilnya ini mana ada rak kasut. Kasut dia pun tolak tepi aje. Itu pun kena sorok-sorok sejak Tuan Fauhad pulang sebab tak mahu kantoi.

Wareesa angkat kaki dan berlalu pergi dari situ. Kaki ditujukan ke pintu dapur belakang. Masuk dari situ.

Waeesa mahu buat air milo panas aje untuk makan dengan biskut kering. Tak terasa pula mahu ambil makanan berat pagi in walau dia tahu menu hari ini enak.

Nasi Lemak bersama Ayam Goreng Berempah. Sedap, tambah lagi Cik Zee punya air tangan. Tapi kalau dah tak ada selera, dia nak buat macam mana, kan?

Masuk aje ke dapur, dia nampak Hayyan sedang basuh tangan di sinki. Lelaki itu pun memandang ke arahnya.

"Pahal kau pandang aku?" Tiba-tiba Hayyan bersuara semacam mahu cari pasal dengannya. Berkerut dahi Wareesa dibuatnya.

"Ew. Kau ingat aku nak sangat ke pandang kau?" Wareesa membalas seraya berjalan melepasi Hayyan.

Menjengkelkan sungguh lelaki itu. Pagi-pagi nak sebarkan vibe negative kepada orang lain.

Hayyan tutup pili air. Wareesa yang sedang mengambil susu pekat dari peti sejuk dipandang sambil tangan memeluk tubuh sendiri. Wareesa perasan akan itu, tapi dia buat tak tahu sahaja. Tak mahu tanya apa-apa, tak mahu cakap apa-apa sebab kalau dengan Hayyan. Cakap baik-baik pun nanti boleh jadi gaduh.

Dengan tenang Wareesa bancuh air milo panas. Abaikan Hayyan.

"Kau memang suka buang masa orang lain, kan?" Selepas seminit mereka diam, Hayyan bersuara. Dan semestinya dengan nada dan ayat yang boleh timbulkan bibit-bibit pergaduhan.

Dahi Wareesa berkerut. Terhenti terus tangan yang mahu mencapai tin biskut dari kabinet dapur. Kepala menoleh memandang Hayyan.

"Maksud kau?"

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now