N11

2.3K 303 48
                                    

SEBUAH troli ditarik keluar dari tempatnya. Dengan lafaz Bismillah, Wareesa melangkah masuk ke dalam pasaraya Mydin. Berat juga langkahnya memandangkan dia terpaksa beli barang yang panjang listnya berseorangan diri.

Tak aci betul! Habis kaw-kaw dia dibuli Cik Puan Tihani. Okey, sebenarnya Wareesa takde lah peduli sangat. Biasa dah lah tu. Yang Wareesa jadi bengang sekejap tadi bila selamba sahaja Niliyyah masuk ke dalam rumahnya ketika dia bersiap.

Selamba! Nak marah tak jadi bila nampak Cik Puan Tihani berdiri di depan pintu rumahnya. Katup rapat terus mulutnya. Tapi, mata tetap memandang bengan Niliyyah yang dah peluk tubuh sambil pandang dia dengan pandangan penuh mengejek. Apa lagi ni?

"Mama ask you to wear this! Pergi pasar pakai ni!" Kata Niliyyah seraya tangan menghulurkan sepersalinan pakaian kepadanya. Cik Puan Tihani dipandang sekilas sebelum huluran itu diambil.

Buka lipatannya, Wareesa rasa rahangnya boleh tercabut sebab menganga secara mengejut. Terkejut! Pakaian diberi sangat sangat sangat menarik semua mata yang memandang. Bayangkan dia pakai apa yang dia pegang sekarang di tubuh. Ngeri! Memalukan!

"Apa ni?! Kenapa nak kena pakai ni?!" Tak puas hati Wareesa melontarkan kata. Costume tupai terbang yang dipegangnya dipegang geram. Bersilih ganti pandangannya jatuh pada Niliyyah dan Cik Puan Tihani yang dah mengekek ketawa.

 Bersilih ganti pandangannya jatuh pada Niliyyah dan Cik Puan Tihani yang dah mengekek ketawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pakai aje lah. Kau kan suka cute things." Sengaja Niliyyah memerli. Baju yang dipegang Wareesa dirampas sebelum selamba dia mencampakkannya tepat ke wajah Wareesa. Selepas itu, dia mengekek ketawa sebelum dia berlalu pergi dari situ, menuju kepada cik Puan Tihani.

"Mak cik!"

"Siapa mak cik kau?!" Hilang terus tawa mengejek tadi. Yang dia terima hanyalah jengilan mata garang Cik Puan Tihani.

"Aku nak kau pakai baju tu ya ke pasar! Kau tak pakai aku potong gaji kau! Kau mengelat, aku berhentikan Cik Zee, Fara dan Sara! Kau tahu aku tak main-main kan?" Ugut Cik Puan Tihani tanpa perasaan sebelum dia menghempas kuat pintu rumah Wareesa. Puas hatinya melihat wajah memerah menahan tangis Wareesa.

"Siapa suruh kenakan anak aku. Rasa kan!"

Troli yang baru ditolak diberhentikan. Malu buat dia tak boleh teruskan melangkah. Semua yang nak masuk pasti akan pandang dia dahulu. Lepastu senyum-senyum dengan teman masing-masing.

Huwaaa!!! Ini satu kezaliman! Ish! Siap nanti dua beranak tu dikerjakan. Tahu lah dia nak balas macam mana dengan cara yang paling halus.

Tapi...

"Aku tahu kau nak balas dendam lepas ni. Berani? Kau tengok siapa lagi berani."

Ya. Kata-kata bisikan Cik Puan Tihani buat dia tanam dendam hari ini jauh-jauh dalam dasar hati. Siap kunci tak bagi keluar dah. Kalau boleh lupus, lupuskan terus. Huh! Dia buat orang boleh. Orang buat dia tak boleh.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now