N34

1.9K 285 59
                                    

TIDAK senang duduk Wareesa kala ini. Debar berhadapan dengan Waseem dalam keadaan lelaki itu tiba-tiba sahaja bermanis mulut memujinya itu dan ini sebentar tadi pun belum habis lagi. Bila dah dijemput masuk ke dalam rumah, mak lelaki bertiga itu, Ibu Ayunin pula sibuk memuji dan mewar-warkan dia kepada tetamu-tetamu di dalam rumah pula.

Ya Allah, sungguh dia cakap. Ini adalah momen yang paling buat tidak senang duduk. Gelisah semacam. Tak pernah dia rasa begini sepanjang hampir 20 tahun hidup.

Mak cik-mak cik yang tersenyum-senyum memandang ke arahnya hanya dipandang dan dibalas dengan senyum kekok tertempel di bibir. Naik segan dia. Kalau senyum semata-mata okey lagi, dia boleh balas. Ni kalau tiba-tiba di dihampiri kemudian dipuji: 'Elok budaknya. Padan lah dengan anak Ayu', dia nak bagi respon macam mana pula? Lagi satu, anak yang mana ni? Yang mana?!

Wareesa resah lagi di tempat duduknya. Gone wrong betul semua benda. Apa yang dia nak buat semua tak menjadi. Niat asal nak panggil Niliiyyah ke mana, dia pun ke mana sekarang.

Telefon di dalam beg dia bawa keluar sebelum nombor Niliyyah pantas dicari. Tak berlengah, terus nombor sepupunya itu didail.

Sementara menungggu panggilan dijawab, Wareesa tunduk pandang kaki sendiri. Lepas ditegur beberapa kali tadi, jangan harap dia nak angkat wajah lagi. Seram!

Tut tut... Tut tu...

"Hello." Panggilannya bersambut. Tegak terus badan mendengar suara Niliyyah.

"Hello. Nil, kau kat mana ni? Aku dah kat dalam rumah ni, tak nampak batang hidung kau! Kau jangan cari pasal serang jodoh orang lain eh!" Geram Wareesa menutur kata. Dah lah kena kawal suara. Lagi geram dia dibuatnya.

Diam. Bebelannya tidak dijawab Niliyyah. Berkerut dahi Wareesa.

"Dah kenapa pula diam? Bisu dah?" Perli Wareesa.

"Hel–"

Baru nak membebel sekali lagi, kata-kata yang masuk dalam pendengaran buat lidah Wareesa kelu.

"Go, Nil! Jangan buat kecoh kat sini. Terima aje lah yang kita berdua takde jodoh!" Suara lelaki yang Wareesa kira bekas kekasih Niliyyah menerjah masuk. Auto fokus dia jadinya di situ, mendengar setiap bait kata manusia itu.

"Imdad..." Suara Niliyyah yang sayu.

Wareesa tergamam. Tak pernah dia dengar suara Niliyyah begitu. Sayu sesayu-sayunya, menggambarkan apa yang gadis itu dalam hati.

Sedih, kecewa, masih berharap.

"No, Nil." Imdad pula tak sudah-sudah menidakkan.

Wareesa rasa mungkin Imdad sudah kehilangan kata untuk menjelaskan bahawa dia dan Niliyyah memang sudah tidak berjodoh. Dia sudah kehilangan kata menyuruh Niliyyah untuk faham dan hadam fakta yang satu itu.

"Please, Imdad. You know how much you mean to me." Suara Niliyyah pula masuk dalam pendengarannya. Kemudian diam dan sepi. Macam takde siapa dah.

Ragu sendiri Wareesa jadinya tapi bila dia dengar suara esak tangis kecil Niliyyah, ragunya hilang dan dia tergamam.

Niliyyah menangis? Wow! Jarang dia nampak sisi Niliyyah yang ini. Di rumah memang jarang sekali lihat Niliyyah menangis. Perwatakan gadis itu biasanya tak ambil endah sekeliling, pentingkan diri, gedik, manja, happy-go-lucky. Jarang! Kalau mengadu sebek-sebek mulut tu boleh juga dia nak percaya. Tapi, menangis?

Mendengar tangis Niliyyah, Wareesa jadi ragu sendiri samada mahu meneruskan dengar perbualan mereka berdua atau dia matikan panggilan dan berhenti jadi seorang yang menjaga tepi kain Niliyyah.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now