N36

1.9K 304 101
                                    

PANGGILAN telefon yang diterima membawa Wareesa keluar dari bilik tetamu. Bomboloni yang dia pesan secara online sudah pun sampai di depan pagar rumah Ibu Ayunin.

Wareesa pesan pun sebab tak selesa duduk di sini tanpa ada apa-apa buah tangan. Dari jam tiga petang tadi kut. Sekarang ni dah nak hampir Isyak. Bagitahu macam mana dia nak selesa? Dah lah tak buat apa-apa kerja sebab dihalang Ibu Ayunin. 

Berat hati Wareesa nak lalu ruang tamu sebab malu. Tapi, bila jenguk sedikit, dia lepaskan nafas lega sebab tiada siapa di situ melainkan pekerja katering yang sedang menyiapkan pentas kecil buat majlis nanti.

Boleh tahan gah juga. Nak tengok lama-lama, tapi nanti lah. Dia tengah nak cepat ni. Tak mahu ada sesiapa yang perasan.

Keluar sahaja dari rumah, Wareesa cari kasutnya. Aik, takde! Puas dah dia mencari. Pusing kiri kanan, tengok atas bawah, bayang kasutnya langsung tidak dijumpai. 

"Ha, sudah!" Bunyi Wareesa resah. 

"Macam mana nak balik nanti ni?" Omel Wareesa kecil. Kepala digaru dek serabut. 

Nak teruskan pencarian lagi namun telefon di tangan dah berdering. Panggilan daripada pekerja kedai Bomboloni online. Halah, halah! Dia dah lambatkan kerja orang lain. 

"Ish, nanti aje lah!" Bisik Wareesa sendiri sebelum dia dengan tak berkasut mula lari menuju ke pintu pagar utama rumah Ibu Ayunin. 

Tiba di pagar rumah, Wareesa melilau mencari pemanggil telefon tadi. Dan bila nampak seorang wanita muda keluar dari sebuah kereta Proton Myvi, Wareesa dah tarik senyum lebar.

Tak menunggu lebih lama, terus dia ambil langkah menghampiri gadis itu. Dan makin dia hampiri, makin dia perasan sorot mata gadis itu ke mana. Ke kakinya yang tak berkasut sudah semestinya.

Wareesa menjadi Wareesa, dia buat tak tahu sahaja. Alah, setakat tak berkasut apa lah sangat. Dia pernah buat benda yang lebih memalukan daripada ini. Contohnya pergi ke kafe dengan baju tidur dan tuala, kasut sebelah lain, sebelah lain dan eh, terjumpa crush! Haaa! Ini? Small shame aje lah.

"Sorry lah, lambat. Tak jumpa kasut tadi." Tegur Wareesa dengan suara yang ceria. Senyum tertampal di bibirnya macam biasa.

"Eh, maaf!" Maaf dipohon dengan penuh sopan. Tergaru-garu dahi dek malu sendiri. Tu lah! Siapa suruh tak berkelip tengok kaki orang. Kan dah malu sendiri bila ditegur.

Wareesa hanya tersenyum sambil menggeleng kecil. Mulut ucap 'takpe, takpe' beberapa kali. Dan kemudian mereka menjalankan prosuder jual beli yang seterusnya. Gadis itu serahkan empat kotak Bomboloni kepadanya manakala Wareesa pula serahkan jumlah wang yang perlu dibayar. Dan kemudian mereka bersalaman sesama sendiri.

"Okey, terima kasih ya?" Ucap Wareesa ramah semasa bersalaman.

Gadis itu tersenyum seraya mengangguk kecil. Senyum juga tertempel di bibirnya.

"Sama-sama. Emm, kak. Saya nak tangkap gambar akak boleh? Nak post dekat akaun IG kami." Pinta gadis itu sopan dan penuh berhati-hati. Ada sesetangah pelanggan tak suka jika gambar mereka diambil walau untuk tujuan promosi.

Wareesa macam blur sekejap. Loading tapi selepas itu dia angguk sahaja. Alah, apa salahnya dia membantu. Lagipun Bomboloni mereka sedap. Fara dan Sara selalu orderkan jika mereka bertiga mengidam desert tiba-tiba. Nak buat, malas. Jadi, beli sahaja lah. Kan mudah.

Melihat anggukan Wareesa, gadis itu melompat kecil di situ. Suka. Dan kemudian, dia boloskan separuh badan masuk dalam kereta mahu mengambil telefon. Dan selepas itu, Wareesa pose dengan empat kotak Bomboloni di tangan dan gadis itu sakan ambil beberapa keping gambar. Wareesa melayan aje.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now