N31

1.9K 271 56
                                    

PINTU utama Wareesa bukakan untuk Waseem dan Nafis. Mereka berdua bantu dia bawa barang-barang yang banyak ini. Arahan untuk dua lelaki itu masuk tidak dituruti dengan baik, sebaliknya dia pula disuruh masuk dahulu. Alasannya sebab dia tuan rumah.

Yalah. Wareesa yang dah kepenatan menjalankan kerjanya sehari suntuk hanya mengalah dan melangkah masuk ke dalam rumah. Pandang ruang tamu, dia bertembung mata dengan empat pasang mata yang memandangnya lurus. Tuan Fauhad, Cik Puan Tihani, Niliyyah dan Hayyan.

Oh, tengah family time rupanya.

Melihtakan dia yang tersenyum kecil di muka pintu, Tuan Fauhad terus bangun dan merepatinya. Wajah lelaki itu risau. Kalau yang lain, mereka hanya menjeling sahaja. Tak rasa nak menyapanya seperti yang dilakukan Tuan Fauhad.

"Ya Allah, Reesa! Reesa pergi mana, nak sampai malam begini baru pulang." Soal Tuan Fauhad risau. Beg-beg kertas yang penuh di tangan Wareesa dipandang sebelum dia ambil tanpa sempat Wareesa menahan.

Wareesa pandang Cik Puan Tihani yang dah kibas-kibas kipas tangan ke wajah laju. Mata wanita itu pun dah membulat besar. Amaran tanpa suara itu sangat difahami Wareesa.

"Emmm." Wareesa pandang Tuan Fauhad yang masih menunggu jawapannya.

"Takpe, Reesa. Masuk dulu. Kita bercerita kat dalam. Pak cik risau betul ni!" Ajak Tuan Fauhad.

Anggukan kecil Wareesa berikan sebelum dia tolak pintu makin luas sekali gus mengajak Waseem dan Nafis. Tuan Fauhad yang melihat dua pemuda itu kaku seketika sebelum dia pandang Wareesa. Dia mahukan penjelasan.

Wareesa faham dan tersengih kecil. Lama lagi lah gamaknya mereka berdiri di hadapan pintu ini.

"Emmn, ni..." Wareesa tak tahu nak perkenalkan Waseem dan Nafis bagaimana. Nak kata kawan, rasanya bukan kawan. Nak kata crush, seorang sahaja dan memang cari pasal lah kalau perkenalkan macam tu. Nak kenalkan sebagai peneman terjun ke macam mana?

"Kawan?" Soal Tuan Fauhad. Wajah risaunya dah berubah riak. Tersenyum memanjang.

Okey, sangat mencurigakan ya senyuman itu anak-anak sekalian.

Wareesa pandang Waseem dan Nafis sebelum dia angguk. Benarkan aje lah.

Melihat isyarat 'ya' Wareesa, senyuman di bibir Tuan Fauhad makin melebar. Tak putus-putus dia memandang dua kawan Wareesa yang manis dengan senyuman di bibir.

"Masuk, masuk. Fara! Sara! Tolong angkatkan barang-barang ni!" Tuan Fauhad menjemput masuk seraya melaung nama dua pekerjanya. Barang-barang yang dipegang tiga anak muda ini perlu dihilangkan segera sebab ada sesi penting yang harus dia jalankan. Sesi mengorek. Hehehe.

Wareesa mengangguk lalu memberi isyarat untuk Waseem dan Nafis masuk. Rasa menyesal pula tak tolak betul-betul jasa baik mereka nak membantu tadi. Tengok senyum Tuan Fauhad, macam ada sesuatu sangat. Kuat dia rasa itu. Jika tidak, takde lah dia rasa gemuruh sekarang ini.

Waseem dan Nafis perlahan-lahan menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah. Ternganga seketika mereka melihat betapa mewahnya isi rumah itu.

Warna emas yang simbolik kepada kemewahan tak terlepas langsung daripada pandangan kerana ia di mana-mana. Pandang Wareesa, gadis itu hanya sengih.

Patut pun gadis ini mudah sahaja berbelanja sakan tadi. Tengok sahaja ruang tamu dia. Ni baru ruang tamu, tak tengok ruang lain lagi.

"Ambil barang-barang ni. Bawa masuk dalam bilik Reesa." Arahan Tuan Fauhad menggamit mata Waseem dan Nafis memandang dua gadis yang lengkap berpakaian maid. Sekali lagi ternganga.

Bhai! Ada maid! Terkedu mereka sampai tangan jadi lembut menyerahkan beg-beg kertas yang dipegang.

"Siapa ni?" Soalan Cik Puan Tihani kedengaran. Wanita itu dah mula berjalan menghampiri Tuan Fauhad yang masih tersenyum suka menyambut kedatangan tetamu yang dibawa Wareesa.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now