N60

2.1K 282 52
                                    

CERMAT kaki menuruni satu persatu anak tangga. Sekejap-sekejap anak mata pandang tangga, dan sekejap-sekejap ia beralih kepada telefon di tangan pula. Sibuk berbalas dengan Pak Cik Xiu. Nampak gaya dari balas pesanan Pak Cik Xiu, lelaki itu seolah-olah tak dapat nak ambilnya sekarang. Mungkin setengah kemudian baru akan sampai.

Wareesa hela nafas lemah. Dia kena balik rumah segera. Cik Zee beritahu yang malam ini ada makan malam istimewa. Tuan Fauhad mahu ajak kawan lamanya datang ke rumah memandangkan tempoh hari di majlis ulangtahun kawannya tak dapat nak hadirkan diri. Di luar negara katanya.

Cik Zee beritahu macam meriah juga menu-menu yang diminta Cik Puan Tihani. Bila dengar meriah, dia tahu itu bukan masanya untuk berehat. Jangan cari pasal. Mahu tak mahu, dia kena pulang segera. Tak mahu Cik Zee dan yang lain jadi tempat hambur kemarahan Cik Puan Tihani gara-gara dia tak hadirkan diri melakukan kerja.

Hela nafa dilepaskan berat. Terpaksa dia guna perkhidmatan Grab. Kalau begini, mahu lari perbelanjaan bulanan dia.

Wareesa dah buat keputusan. Terus dia keluar dari aplikasi WhatsApp dan aplikasi Grab dimasuki. Berkira-kira dia memilih kemudiannya. Baru jari mahu menekan, dehaman dari sisi menghentikan jemarinya dari[ada sambung berkerja.

Toleh sebelah dan nampak Hayyan berdiri sambil tangan pegang topi di kepala. Berkerut terus dahi Wareesa.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Wareesa kehairanan. Kiri kanan dia pandang. Dari atas tadi takde pula dia nampak kereta Hayyan terpakir di mana-mana tempat. Tiba-tiba muncul.

Hayyan senyum. Tanpa kata terus dia ambil tote bag dari tangan Wareesa. Tak sempat Wareesa nak meghalang. Tiba-tiba beg galas Wareesa diambil juga oleh Hayyan. Ternganga Wareesa jadinya. Semua berlaku dengan pantas. Semua berlaku dengan tiba-tiba. Dia tak dapat nak hadam.

"Hayyan!" Jerit Wareesa. Tangan dah mula bergerak ingin merampas begnya semula namun laju Hayyan mengelak.

Hayyan dipandang tajam. Melihat pandangan geram Wareesa, Hayyan senyum kecil. Topi di kepala dia betulkan sebelum dia buat gerak tangan menyuruh Wareesa ambil langkah. Mereka kena pergi.

"Bagi beg aku." Pinta Wareesa. Tak mahu terloncat-loncat memandangkan mereka di tempat terbuka. Tak pasal-pasal dia jadi topik sekali lagi. Cukup lah berlari sahaja tadi. Tak nak meloncat pula.

Hayyan geleng sebelum dia corak langkah. Sesekali pandang Wareesa yang masih kaku di tempatnya. Tawa kecil terburai. Badan dipusing namun kaki terus berjalan secara berundur. Wareesa tak lepas dari pandangan. Gadis itu masih di tempat yang sama.

"Come, mon béguin." Ajak Hayyan. Sambil itu tangan mengajak Wareesa mengekori. Tak peduli dah dengan pandangan yang dia terima. Kebanyakannya dari kaum hawa. Tahu diri terlalu manis sekarang. Wareesa sahaja tak reti menghargai.

Dahi Wareesa berkerut. Entah bahasa apa yang Hayyan gunakan.

Kaki Hayyan terhenti. Sebelah tangan dimasukkan dalam poket seluar.

"Kau dah lambat. Cik Zee tak bagitahu ke mama suruh kau beli barang?" Soal Hayyan. Riak wajah Wareesa yang dah mula cuak dipandang. Tanpa sedar, bibir tarik senyum lagi. Seraya itu, kaki diarak pergi ke arah Wareesa yang dah mula fokus kepada telefon di tangan.

"Cheese!" Ucap Wareesa tak percaya. Memang ada mesej Cik Zee dan dia tak perasan. Tengok senarainya, mak aih! Banyak! Ni berapa orang punya makan ni?!

Hayyan senyum. Malas mahu tunggu lagi, hujung baju Wareesa dipegang sebelum dia tarik Wareesa mengekorinya. Wareesa pula hanya mengekori, tak membantah memandangkan dia perlu buat anggaran berapa banyak wang dan masa yang akan terbuang. Kira-kira dalam kepala, tak peduli lah dengan perlakuan Hayyan yang menariknya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now