N49

1.9K 311 89
                                    

PINTU kereta ditutup sebelum kereta yang berlalu pergi Wareesa hantar dengan pandangan mata sahaja. Sekejap cuma sebelum dia menoleh memandang Waseem. Terkejut sekejap bila nampak mata lelaki itu terarah kepadanya. Lagi, bibir lelaki itu tak lekang daripada senyuman. Buat Wareesa terpaksa pandang arah lain sebab segan.

Teringat sesuatu, laju Wareesa geledah tote bag sendiri. Nak keluarkan purse dan duit. Tambang Grab tadi, Waseem yang bayarkan. Tak sempat dia nak mendengar sebut harga, laju lelaki itu kata keep the change. Abang Grab pun bukan main happy lagi.

"Berapa duit tambang tadi? Saya bayar semula." Soal Wareesa. Tangan dah mula mengira berapa not kertas yang dia punya. Harap-harap lah cukup. Hampir sejam juga mereka berada dalam Grab tadi. Itu sahaja dah tunjuk yang perjalanan mereka jauh dari sini.

Tidak mendengar sebarang balasan buat Wareesa angkat kepala. Dan serentak bila pandangannya jatuh pada wajah Waseem, lelaki itu tersenyum dan menggeleng kecil. Berkerut dahi Wareesa dibuatnya.

"Apa?"

"Tak payah bayar. Saya belanja." Ucap Waseem sambil tersenyum kecil.

Wareesa hanya diam dan pandang Waseem kosong sebelum dia mengangguk kecil tanda bersetuju. Apa-apa sahaja lah. Dia tak mahu gedik-gedik buat tarik dan sorong duit di depan pagar rumah ini. Sudah lah Pak Mujib pun memerhati aje di pondok pengawal.

Duit disimpan semula, begitu juga dengan purse dusty pinknya. Dan sesudah itu, dia curi lihat Waseem. Alih pandang terus bila tertangkap dek Waseem. Lah! Mana dia tahu lelaki itu juga pandang dirinya.

Diam antara mereka. Tak tahu nak buat apa. Bagi Wareesa, takkan dia nak jemput Waseem masuk pula ke dalam rumah. Satu, ini bukan rumah dia. Rumah dia yang betul, di stor sederhana besar di belakang rumah itu. Kedua, gila ke apa nak bawa anak teruna orang masuk rumah malam-malam begini? Kalau mahu kena parang dengan Cik Puan Tihani, mahu kena bedal dengan Cik Zee, persilakan lah.

Waseem pandang Wareesa yang hanya kosong memandang pagar rumah. Dan bila pandangan mereka bertembung, tenang dia ukirkan senyum kecil.

"Kenapa awak kat sini ya?" Dan soalan itu muncul setelah lama mereka berdiam diri. Soalan daripada Wareesa semestinya.

Waseem hanya senyum sekali lagi. Tangan yang berada dalam poket seluar dibawa naik memeluk tubuh sendiri. Pagar besar rumah banglo tiga tingkat dipandang kosong.

"Hantar awak balik lah." Balas Waseem mudah. Tak sedar balasan itu dah hangatkan pipi Wareesa.

"Saya boleh balik sendiri." Omel Wareesa perlahan.

Waseem senyum lagi. Wareesa yang dah tunduk pandang kaki dia pandang tak lepas.

"Takpe lah saya nak hantar. Tahu tak sebab apa?" Soal Waseem.

Wareesa angkat wajah. Dahi berkerut. Allah! Jangan kata Encik Crush ni nak buat pick-up line pula depan pagar rumah malam-malam begini. Tak kuasa dia nak melayan. Tak tertahan nanti jantung menerimanya.

"Kalau saya tak nak tahu boleh?" Pinta Wareesa.

Kini, dahi Waseem pula yang berkerut. Tapi, bersama kerutan itu, ada senyuman di bibirnya.

"Kenapa pula tak nak tahu?"

"Sebab mungkin akan kedengaran cringe." Balas Wareesa selamba.

"Awak tak cakap lagi pun, saya rasa bulu tengkuk saya dah meremang." Tanpa sempat Waseem balas, Wareesa sambung lagi katanya.

Mendengarkan balasan Wareesa, lepas terus tawa Waseem. Wareesa yang tak tahu kenapa Waseem ketawa turut terhibur. Lebih kepada terpukau dahulu sebenarnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now