N46

2K 285 42
                                    

BERDIRI di hadapan kelompok sosial keluarga Tuan Fauhad, Wareesa rasa lebih selesa untuk menundukkan sahaja kepalanya. Sedari tadi lagi sebenarnya dia begini. Rasa janggal. Rasa kekok. Rasa takut. Rasa gabra. Dan paling penting, rasa tidak selesa lebih mendominasi hati dan perasaannya kini. Rasa macam semua mata semua tetamu hanya terarah kepadanya sahaja. Dan itu buat dia makin lagi menunduk ingin sorokkan wajah.

Tuan Fauhad yang masih berucap di depan pentas dia kerling. Allah! Tengok gaya, macam lama lagi nak habis ucapan Tuan Fauhad. Selepas ini, ucapan Cik Puan Tihani pula. Nampaknya, makin lama lah dia berdiri di atas pentas dengan keluarga ini.

"This is bad." Bisik Wareesa perlahan.

"Bila nak habis ni?" Omelnya perlahan tapi, dia tak sagka pula Niliyyah yang berdiri di sebelahnya mendengar dan  bertindak memukul belakang badannya. Dek kerana terkejut, tegak habis badannya dan wajah terangkat sendiri memandang ke arah hadapan.

Membulat terus matanya. Terkejut satu. Panik pun ya sebab tanpa sengaja dia sudah bertentang empat mata dengan beberapa pasang mata yang lurus memandangnya tidak berkelip. Cepat-cepat Wareesa menoleh pandang Niliyyah dengan geram. Tapi, gadis itu hanya tenang tayang muka tak bersalah.

"What is wrong with you?" Bisik Wareesa geram.

Niliyyah hanya senyum sebelum dia pandang Wareesa. 

"What is YOUR problem actually?" Dengan suara berbisik yang jelas tunjuk geram gadis itu, Niliyyah masih mampu ukir senyum manis di bibir. Oh, gadis ini sangat pakar! Takut Wareesa dibuatnya.

"Apa yang aku buat?" Tanya Wareesa tidak puas hati. Suara dikawal sebaik mungkin untuk tidak meninggi. Nanti bukan setakat kena pukul belakang badan, pijak di kaki pun boleh dia dapat.

Niliyyah senyum sebelum dia merapat dan tanpa amaran, tangan naik memeluk bahu Wareesa dari tepi. Terkejut Wareesa jadinya. Riak wajahnya memang tak boleh tutup lagi lah. Memang jelas terkejut di situ. Bukan dia seorang sahaja tau yang terkejut. Hayyan yang berdiri di sebelah Niliyyah pun terkejut sampai menoleh dia melihat mereka berdua.

"Buang tebiat ke kau ni?" Dengan mengetap gigi sambil cuba tersenyum, Wareesa bertanya. Tangan dah diangkat mahu alihkan tangan Niliyyah dari bahunya, namun pegangan tangan Niliyyah pada lengannya menghentikan segalanya. Ops! Bukan pegangan tapi cengkaman.

Makin membulat mata Wareesa menahan sakit.

"What is YOUR problem now?!" Tanya Wareesa.

Ya Allah! Dia tak tahu dah macam mana riak wajahnya sekarang. Agak-agak terzahir tak pergaduhan senyap mereka ini di mata para tetamu yang ada di hadapan ini? Rasa macam ya bila lihat riak wajahnya. Tapi, kalau lihat riak wajah tenang dan manis Niliyyah, rasanya kabur dan tidak terzahir jelas.

"Chin up, you ugly! Kau jangan nak malukan mommy and daddy ya!" Bisikan Niliyyah buat Wareesa terdiam seketika.

Lambat-lambat dia curi lihat Cik Puan Tihani. Zzup! Telan liur terus bila lihat mata helang Cik Puan Tihani lurus kepadanya. Oh tidak! Dia dah tahu punca kenapa Niliyyah berkelakuan begini dengannya. Ya. Pasti kerana mata helang itu. Niliyyah dah dapat signal lah tu. Kalau tidak, pasti gadis itu buat tidak tahu sahaja.

Niliyyah yang dah dapat agak Wareesa dapat signal yang diberi, perlahan-lahan menepuk bahu Wareesa sebelum dia lepaskan pelukannya di bahu gadis itu. Cengkaman di lengan Wareesa juga dia lepaskan sebelum dia pandang Wareesa buat kali terakhir lalu senyum paling manis dia ukirkan buat gadis itu.

"Do your best acting, okay? Baru sepuluh minit. Hang in there." Kata Niliyyah sebelum dia menoleh pandang hadapan semula. Tak peduli dah dengan Wareesa. Pandai-pandai lah Wareesa uruskan lakonannya sendiri. Dia dah bantu jadi mental-care tadi. Selebihnya ia bergantung kepada Wareesa.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now