N59

2K 315 67
                                    

PERPUSTAKAAN dimasuki. Cepat sahaja kerusi ditarik sebelum duduk dilabuhkan. Nafas cuba diaturkan normal sambil tangan membuka beg galas yang setia tersandang sepanjang pelarian tadi. Ya Allah! Tak pernah-pernah dia berlari sesemagat hari ini. Semua salah Emir Si Buaya tu! Buang tebiat sungguh lah!

Sedang Wareesa menenangkan diri, sempat juga dia curi lihat sekeliling. Takut juga dia kalau Emir ada di tempat yang sama. Parah dia nak menyorok nanti. Tapi rasanya tak susah kut sebab perpustakaan ini terlalu besar untuk lelaki itu jejaki dia.

Sekelilingnya dipandang. Tenang sekejap. Makin tenang apabila nafasnya sudah kembali normal seperti sedia kala. Tiada lagi mengah. Syukur untuk itu.

Jam di tangan dia pandang. Rasanya kelas dia yang seterusnya lepas Zohor dan sekarang baru jam 11 pagi. Alang-alang dia ada di sini, boleh lah dia ulangkaji atau siapkan kuiz dan assignment yang bergunung.

Wareesa senyum. Duduk dia betulkan. Dan sebetulnya, dia mahu cari tempat yang tersorok sedikit. Keberadaan dia sekarang terlalu expose. Bukan dia tak selesa cuma kesian diri sendiri yang terdedah dengan pancaran matahari yang sedang menyengat tika ini. Tingkap sebelah meja ini bukan tinted pun. Lagi satu, takde lah Emir boleh terserempak dia. Hehehe.

Beg galas diambil semula sebelum Wareesa bangun. Tempat baru perlu dicari. Perlahan-lahan Wareesa ambil langkah. Mata melilau cari tempat yang sesuai. Dan bila nampak sebuah meja kosong di sudut hujung perpustakaan itu, laju sahaja kaki Wareesa bergerak. Perlu laju untuk cop tempat!

Sampai sahaja di meja itu, Wareesa senyum lebar. Sohih memang dia seorang sahaja di sini. Tiada gangguan. Boleh buat kerja dengan aman! Yeay untuk itu!

"Okey." Bisik Wareesa perlahan. Beg diletakkan atas kerusi kosong di sebelahnya. Kemudian laju dia keluarkan telefon dari poket seluarnya. Ada satu misi lagi yang dia perlu buat. Beg dia lagi satu ada pada seseorang. Dan untuk buat kerja, beg itu perlu ada.

"Fuh." Wareesa lepaskan nafas. Berdebar. Padahal baru pegang telefon.

Terkebil-kebil Wareesa pandang telefonnya. Nafas yang dah teratur normal tadi mula berubah. Rasanya tak jauh beza keadaan dia sekarang dengan keadaan dia berlari penuh semangat tadi. Sama aje! Dua-dua buat dia mengah. Dua-dua buat dia tercekik air liur.

"Bismillah." Bisik Wareesa perlahan dan terus telefon dihidupkan. Nampak sahaja ikon aplikasi WhatsApp, berdebar terus jantung.

"Cop! Nak WhatsApp ke?" Soal Wareesa. Keliru.

"WhatsApp aje lah kan?" Kemudian dia balas sendiri soalannya tadi. Sempat dia ketuk kepalanya perlahan. Marah diri sendiri sebab benda simple begitu pun mahu dikelirukan. Perempuan sungguh!

Aplikasi WhatApp ditekan dan ikon New Chat ditekan. Nombor Waseem yang dia hanya simpan dengan kapital W dicari. Dah jumpa, Wareesa terus tekan dan rasa nak tercampak telefon bila lihat status online lelaki itu.

"Ha, sudah!" Telefon diletakkan di atas meja. Tangan yang dah berpeluh mula bergerak, meramas satu sama lain. Risau ni! Risau!

Wareesa berdebar. Semua salah Waseem!

"Eh, tak! Semua salah kau! Kalau kau tak buat tindakan bodoh suruh dia hantar beg tu, takdenya kau hadap situasi macam ni!" Wareesa marah diri sendiri. Ada pulak boleh salahkan Encik Crush yang bagi rasa bahagia sebentar tadi. Tak patut betul!

Wareesa diam.

"Tapi, kalau tak suruh Waseem, nanti mesti kena ngap dengan Buaya Hawaii tu." Kendur suara Wareesa. Meremang bulu roma membayangkan keadaan yang dia ada sekarang jika tindakan teruskan larian tadi tidak diambil.

Kepala digeleng kecil.

"Apa-apa aje lah! Cepat kau mesej dia, cepat kau dapat semula beg kau." Wareesa bulatkan tekad. Tak mahu lama-lama lagi. Telefon yang dah gelap skrinnya dipandang kembali.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now