N14

2.1K 274 71
                                    

HAYYAN yang tenang memandu Wareesa jeling sekejap-sekejap. Dalam kepala dia sibuk berfikir apa yang ada dalam kepala otak Hayyan sekarang ni. Kenapa tiba-tiba sahaja lelaki ni nak offer hantarkan dia entah ke mana-mana? Selalunya tak pernah pun macam ni. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni.

"Kau buat apa ni Hayyan?" Tanya Wareesa penuh curiga. Tenang riak wajah Hayyan buat dia sukar menebak lelaki itu.

Hayyan menoleh kepadanya sekilas.

"Buta? Tak nampak aku tengah driving?" Sedas Wareesa kena. Perit juga hati saya.

"Aku tahu lah kau tengah drive. Persoalan kat sini, kenapa kau drive? Drive dengan aku pulak tu. Sepatutnya kau kat rumah kau tahu tak?"

Hayyan julingkan mata tanda menyampah dengan Wareesa. Wareesa hanya dijeling sahaja sebelum dia fokus pada pemanduannya. Malas nak melayan Wareesa.

"Ke kau tengah gunakan aku sebab kau tak nak duduk sekali masa makan malam tu. Kan? Kan?" Wareesa menyoal lagi. Dia memang takkan puas hati selagi Hayyan tak jawab soalan dia. Atau selagi Hayyan tak berhentikan kereta dan menyuruhnya keluar segera.

Wareesa diam sekejap. Ha. Baik dia annoyingkan sahaja Hayyan dengan soalan-soalan. Makin Hayyan rasa sebal, makin berkurang waktu mereka berdua dalam kereta ini.

Wareesa... Ada orang bagitahu tak yang kau ni otak geliga? Hahaha!

Okey. Plan bertukar. Hayyan yang fokus pada pemanduan dikerling sekilas sebelum dia betulkan duduk. Dalam kepala mula merangkan pelbagai ayat yang boleh membangkitkan rasa sebal lelaki itu.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?" Soalan pertama.

Hayyan diam.

"Hello? Kau tak dengar ke aku tanya apa?" Soalan kedua.

Hayyan masih lagi diam. Wareesa nampak macam tak terganggu pun fokus lelaki itu. Ini tak boleh jadi. Lama-lama nanti dia yang sebal, bukan Hayyan.

"Aaa... kau mesti ada buat salah kat rumah kan? Pastu sedap aje kau guna aku sebab nak larikan diri. Hello! Kau ingat aku apa? Patung kau? Penyelamat kau? Dah lah satu soalan pun tak jawab. Kau ingat aku suka ke duduk dalam satu kereta dengan kau? Sesak nafas tau? Berhentikan aku kat mana-mana. Walaupun kau sepupu aku, kau ingat senang-senang aku nak percaya kat kau. Kau tu lelaki. Lelako tak boleh percaya. Dah sekarang makin malam. Kau patut balik lah join the dinner. Kenapa kau kat sini lagi? Mama kau tak bising pula kau kat sin---" Hilang terus butir bicara Wareesa  saat tangan Hayyan selamba menekup mulutnya.

Hangat tangan Hayyan buat Wareesa kaku. Otak seakan berhenti untuk berfungsi. Sepatutnya dia tepis tangan lelaki itu. Kenapa otak tak bagi signal pada tangannya lagi?

"Memekak kau tahu tak?" Sebal Hayyan bersuara seraya tangan dialihkan daripada terus menerus menekup mulut Wareesa.

Sepuluh saat berlalu. Sepuluh saat dan...

"WOI! SIAPA BAGI IZIN KAU SENTUH AKU!!! BERHENTI SEKARANG!!!" Bergegar kereta dengan jeritan nyaring Wareesa.

Hayyan pejam mata dan menekup telinganya dengan sebelah tangan. Tangan sebelah lagi kuat memegang streng kereta.

Kembang kempis hidung Wareesa akibat geram yang bersangatan. Makin geram sebab arahannya langsung tak diendahkan Hayyan. Malah selepas lelaki itu habis menekup telinga, makin laju pula pemanduan lelaki itu.

Ya Allah! Dia betul-betul sebal sekarang!

Tanpa fikir apa-apa, Wareesa terus ambil tisu dari tote bagnya. Botol mineral yang masih berbaki separuh di bawah kakinya diambil.

Hayyan memerhati.

Penutup botol dibuka sebelum tisu yang dipegangnya dibasahkan. Tak ambil peduli soalan kau nak buat apa Hayyan, tisu yang basah itu terus dia bawa ke wajah. Mata Hayyan membulat lihat Wareesa tonyoh tempat tekupan tadi dengan ganas menggunakan tisu yang dah dibasahkan tadi.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now