N26

1.8K 259 34
                                    

NILIYYAH yang sibuk bermain dengan telefon di tangan, Wareesa jeling sekilas sebelum dia buang pandang ke luar tingkap. Tapi, sekejap cuma sebelum dia kembali menjeling Niliyyah yang masih lagi tak berubah perilakunya.

Wareesa sendiri hampir tak percaya sebab dah lebih sepuluh kali dia buat begini. Jelinh-jeling Niliyyah. Macam lah jelingannya boleh buat Niliyyah jadi bidadari. Tapi, tu lah.
Dia pun tak tahu kenapa dia teruskan juga. Dan dia rasa Niliyyah perasan cuma gadis itu tak keluar suara aje, menegur.

Wareesa gelengkan kepala sebelum dia benar-benar buang pandang ke luar tingkap. Bila agaknya mereka akan sampai ke Shopping Mall ini?

Sumpah dah kekok sejak Niliyyah paksa dia duduk di sebelah walhal dia mahu duduk depan dengan Pak Tam. Duduk belakang, bukan dia boleh berborak pun. Kalau nak berbual dengan Niliyyah? Emmm, lambat lagi. Kalau dengan Pak Tam, mahu kena sound sekali lagi dengan Niliyyah.

Wareesa lepas nafas berat. Bosan. Nak main telefon? Takpe lah. Dia lagi suka tengok luar. Tapi walau dia dah tengok luar, mata ni balik-balik menjeling Niliyyah. Dia rasa dia tahu puncanya kenapa. Sebab Niliyyah berpakaian sangat casual hari ini.

Gadis itu seperti sama fashion dengan dia pula. Kalau dia hanya sarungkan hoodie kosong berwarna hijau tua bersama harem pants berwarna hitam dan selendang lilit biasa berwarna hitam.

Niliyyah pula sarungkan t-shirt lengan pendek berwarna hitam dipadankan dengan checkered pants berwarna beige. Rambut pun hanya messy bun. Memang jarang sungguh Niliyyah menggayakan fashion sebegini. Biasanya dengan dress.  Paling malas pun, pasti gadis itu sarungkan skirt kemudian rambut didandan macam nak pergi red carpet.

"Tak sakit ke mata kau dari tadi duk terjeling-jeling aku?" 

Tersentak sekejap Wareesa bila Niliyyah menegur sebegitu. Terus dia angkat wajah pandang Niliyyah yang dah pandang hadapan. Tidak lagi gadis itu sibuk dengan telefon di tangan.

"Kalau sakit, kau ingat aku nak jeling lagi ke?" Balas Wareesa dengan sinis juga. Alang-alang tu lepas lah sikit geram dia sebab dipaksa Niliyyah ke Shopping Mall.

Niliyyah hanya julingkan mata ke atas sebelum dia buang pandang ke luar. Tunjuk dia tak mahu lagi meneruskan perbualan. Dan itu buat Wareesa mencebik.

Eh, ingat dia nak sangat ke berbual dengan gadis itu? Tolong lah! Tapi, dia ada benda nak tanya sebenarnya. Nak, tak nak dia kena juga berbual dengan Niliyyah.

"Ehem." Berdeham sedikit sebelum dia bertanya. Sebenarnya nak hantar signal kepada Niliyyah. Dan bila Niliyyah menoleh, Wareesa rasa kagum. Wow, bijak juga Niliyyah ya?

Atas bawah, atas bawah, Niliyyah pandang Wareesa.

"What?" Suara kerek Niliyyah keluar.

Wareesa hanya buat muka menyampah.

"Mana kau tahu pasal majlis tunang kakak kawan aku tu?" Tanya Wareesa lurus. Takde nak belok-belok.

Niliyyah hanya pandang Wareesa tanpa suara seraya dia keluarkan satu sampul surat dari beg tangannya. Wareesa hanya pandang sahaja tanpa suara.

Bila sampul itu Niliyyah hulurkan kepadanya, Wareesa terus menyambut tanpa ragu. Dan tanpa arahan, dia terus buka sampul itu dan sekeping kad dia keluarkan.

"Wait a minute!" Terkebil-kebil mata Wareesa pandang kad yang dipegangnya. Kemudian pandang Niliyyah. Ini kad yang sama seperti kad yang Waseem berikan kepadanya dahulu.

"Kau selongkar beg aku?" Tanya Wareesa, sedikit terkejut walaupun sebenarnya ia bukan sesuatu yang asing buatnya dan Niliyyah. Kalau jawapannya ya sekalipun, ia bukan kali pertama. Tapi, tu lah. Dia terkejut juga setiap kali itu.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now