N27

1.8K 256 77
                                    

USAI menunaikan solat Maghrib di surau mall, Wareesa lekas-lekas menapak keluar dari situ. Tempat tujunya hanya satu iaitu ke Boat Noodle. Harap lah dia tak terlambat sebab rasanya agak lama juga dia meninggalkan Niliyyah bersama Yara dan yang lain.

Yang lain di sini semestinya kawan-kawan Yara dan dia tak tahu pula Nafis dan Waseem termasuk dalam kelompok kawan Yara. Kalau Aqmar, ya lah sebab lelaki itu sepupu Yara. Yang lain tu... Agaknya konsep Yara, 'kawan sepupu aku, kawan aku' gamaknya.

Kasut dibawa menuju ke bangku kosong. Labuh didudukkan sebelum kasut disarung dengan penuh cermat. Dah sarung dia ambil masa untuk mengikat tali kasut pula.

Percaya atau tidak, walau dia dah lama pakai kasut yang bertali tapi lama juga dia ambil masa untuk mengikat tali kasut. Tak tahu lah kenapa. Terasa susah walau kadang memang itu yang dia lakukan hari-hari. Lembab sungguh.

Usai mengikat tali kasut, Wareesa bangun. Ketuk-ketuk sedikit kasut ke lantai untuk sesuaikan keselesaan saat dia memakai kasut itu. Dah puas hati, Wareesa tarik senyum.

"Dah sudah?" Soalan yang tiba-tiba diajukan oleh seseorang buat Wareesa melompat sedikit. Terkejut semestinya sebab seingat dia, dia seorang sahaja di hadapan surau ini tadi. Takde pula nampak mana-mana manusia yang keluar masuk. Bunyi pintu terbuka dan tertutup pun tak kedengaran.

Tangan dibawa mengurut dada perlahan. Orang yang menegur dipandang. Nafis.

Haih! Nak aje dia hempuk lelaki itu. Tak bersalah pula dia lelaki itu tarik sengih untuknya. Member kat sini dah bagai nak terkeluar jantung dibuatnya.

"Ish, awak ni! Terkejut saya!" Kata Wareesa bernada geram.

Nafis hanya senyum seraya merepatkan kedua-dua tangannya di hadapan Wareesa.

"Sorry, sorry. Tak sangka pula awak nak terkejut macam tu sekali." Nafis memohon maaf sambil tersenyum.

Wareesa hanya menggeleng kecil sahaja sebelum dia ukir senyum juga. Telefon yang dia letak di bangku diambil sebelum dia mengorak langkah dahulu. Nafis yang tak bersuara dah di belakang sana dibiarkan sahaja. Sampai lah lelaki itu menyuruhnya berhenti dan tunggu. Tika itu dia menoleh dengan dahi yang berkerut.

"Err, kejap." Nafis bersuara kekok sambil ibu jari menunding ke arah pintu surau bahagian Muslimin.

Wareesa terkebil-kebil di situ. Dalam kepala berligat soalan keluar masuk.

'Oh, kena tunggu ya?'

'Ada aku kata nak gerak sekali ke?'

'Kenapa aku kena jadi penunggu?'

Walau runsing sedikit, Wareesa hanya mengangguk kecil dan menunggu seperti yang disuruh.

Sementara menunggu entah siapa-siapa, Wareesa baca dahulu mesej-mesej yang masuk. Mana yang dirasakan penting seperti mesej Cik Zee, dia akan balas. Kalau mesej tak penting sangat seperti mesej Hayyan, dia hanya bluetick dan delete chat terus.

"Okey, dah. Jom, Wareesa."

Ajakan itu buat Wareesa terus angkat wajah. Dan senyuman yang terukir lama-lama jadi keras dan kekok. Semua sebab nampak di sisi Nafis ada tiga orang lelaki. Waseem, Aqmar dan Khan.

Mula lah gugup datang. Kan dia tak biasa bila berada dalam kelompok lelaki. Kalau dengan Yara dan Niliyyah pun dia tak selesa bersama lelaki-lelaki ini, apatah lagi bila dia berseorangan begini.

"Wareesa?" Nafis menegur bila lihat Wareesa seperti kaku semacam. Dia berpandangan sesama sendiri dengan kawan-kawannya. Mereka beriak sama dengannya. Kehairanan.

"Err..." Wareesa garu dahi. Mata dah melilau tak pandang mana-mana wajah. Oh, dan semestinya suhu wajahnya meningkat sedikit demi sedikit.

"Awak okey tak?" Tanya Nafis.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now