N38

2K 276 22
                                    

TERASA segar badan selepas selesai mandi dan cuci rambut. Dengan langkah ringan, Wareesa halakan arah kaki meja solek mininya. Tools box yang berada di bawah meja itu diambil lalu dibuka. Alat pengering rambut dia bawa keluar kemudiannya. Nak kena keringkan segera sebab dia memang tidak akan pernah selesa tidur dengan rambut yang masih basah atau lembab.

Plug dipasangkan pada soket dan terus suis dipetik. Sebelum teruskan, Wareesa capai telefon yang berdering minta diangkat di atas katil. Video call daripada Yara. Tersenyum dia melihat sebaris nama itu.

Sejak kebelakangan ini, suka betul Yara menelefonnya. Sebelum ini kerap juga telefon tapi topik perbualan hanya berkisarkan hidup univerisiti mereka sahaja. Tapi, berbeza pula sekarang. Banyaknya hanya seperti perbualan kosong yang meleret sampai kadang sejam lamanya.

Letakkan telefon pada phone holder, Wareesa kemudiannya gesek ikon hijau di skrin telefon tanda dia menerima panggilan video Yara. Tak sampai lima saat pun, terpapar dah wajah Yara yang dah tersenyum di skrin.

"Hey, girl! Whatchu doin'?" Tanpa salam, Wareesa disapa oleh Yara. Tahan tawa Wareesa jadinya.

"Takde nak buat apa lah. Baru habis mandi." Bicara Wareesa. Alat pengering rambut diletak dahulu. Nanti lah keringkan rambut. Bising pula nanti. Kesian Yara kena tunggu nanti. Dia kalau dah keringkan rambut, boleh tahan lama juga. Tambah nak buat hair treatment lain lagi.

Yara yang mendengar jawapan Wareesa terus tarik senyum. Mula-mula di mata Wareesa, senyuman itu biasa-biasa sahaja. Tapi, entah kenapa lama kelamaan lain macam pula senyuman itu. Macam ada aura sinis begitu.

"Kau dah kenapa, Yara? Tersengih-sengih macam tu." Soal Wareesa. Tuala di atas katil dia ambil sebelum rambutnya yang basah dilap lembut.

Yara terlihat menggeleng sebelum gadis itu tutup mulut dan tiba-tiba dengar ilai tawa Yara yang mungkin hanya beberapa orang sahaja pernah mendengarnya terletus.

Yara selalunya kalau dia gelak di kahlayak ramai, dia akan kawal tawanya. Tapi, dengan beberapa orang yang gadis itu selesa, hmmm. Tahan sahaja lah telinga dengar bingit tawa Yara. Dan Wareesa adalah antara orang yang kena tahan telinga sekarang ini.

Wareesa hanya menggeleng sahaja sambil tunggu Yara habis hamburkan tawanya. Biar lah. Dia bagi gadis itu gelak puas-puas walau dia tak tahu apa puncanya. Asal Yara bahagia, dia okey sahaja.

Beberapa ketika, ilai tawa Yara selesai. Wareesa dah tongkat dagu menghadap wajah Yara di skrin telefon.

"Kau memang tujuan telefon nak gelak je eh?" Soal Wareesa sedikit sinis. Senyum pun dah sinis sekali.

Yara hanya menggeleng sambil senyum manis.

"How was your day?" Soalan pertama Yara setelah habis ilai tawanya.

Mendapat soalan itu, berkerut terus dahi Wareesa. Okey, sebenarnya soalan itu takde lah membingungkan sangat. Tapi, senyuman yang diiring dengan soalan itu buat dahi licin Wareesa berkerut. Fishy semacam. 

"Oookeeey. It was good." Jawab Wareesa. Sambil tu terjongket kening tengok senyuman Yara yang dah nampak sangat lain macam. Lebih fishy.

"Too good, isn't it?" Yara dah jongket kening beberapa kali. Daripada situ, Wareesa dah tahu yang sisi Yara yang mahu menyakat sudah datang. Heh.

Tuala diletak tepi dan mata dah dikecilkan memandang Yara di skrin. Pelik. Ragu-ragu. Sesuatu sangat gadis ini. Dan Yara yang melihat riak wajah Wareesa begitu, terus dia tutup mulut tahan untuk tahan gelaknya daripada terhambur keluar. Cepat-cepat dia kawal sebab dia nak sembang panjang dengan Wareesa.

Topik yang dia akan bangkitkan ini sangat menarik! Rugi kalau habis masa dengan gelak sahaja. Dengan Wareesa bukan boleh agak. Kalau gadis itu bosan, terus ganggang merah di skrin itu kena tekan. Haaa, habis gelap skrin telefon dia nanti kalau itu terjadi.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Où les histoires vivent. Découvrez maintenant