N62

1.8K 295 79
                                    

DARIPADA tunduk memandang telefon, Wareesa angkat kepala dan buang pandang ke luar tingkap. Tepat-tepat ketika itu, matanya menangkap Waseem yang baru sahaja keluar dari C U Mart. Terpana sekejap Wareesa dibuatnya. Baru perasan gaya kacak lelaki itu. Dari tadi dia sibuk kecilkan diri, tak berani nak menoleh Waseem di sebelah. Bila dah dapat ni, tak sengaja ter-jaw drop pulak.

Kacak sungguh. Rambut The E-Boy Haircut sesuai betul dengan gaya semi-formal yang digayakan. Kemeja lengan panjang berwarna Rust dipadankan dengan Jeans berwarna hitam dan Sneakers berwarna hitam kosong. Gayanya nampak ringkas, namun cukup untuk buat hati kecil Wareesa berdebar.

Mungkin perasan dirinya menjadi perhatian, Waseem terus pandang ke arah kereta. Tepat bertembung mata dengan Wareesa dan itu buat bibirnya ukir senyum. Makin lebar bila lihat Wareesa yang gelabah alihkan pandangan. Terhenti terus langkah kaki tengok kecomelan gadis dalam keretanya itu.

"Oh my, oh my." Bisik Waseem peralahan sebelum langkah diambil semula. Setengah jalan, telefon berdering, menggamit dia menjawab panggilan itu. Langkah jadi makin lambat bila lihat nama si pemanggil tertera di skrin telefon.

Senyum.

"Assalamualaikum, ibu."

Wareesa lepaskan nafas. Pipi yang memerah dicubit perlahan. Denda diri sebab terlebih gelabah tadi. Sepatutnya dia buat biasa-biasa aje tadi. Tak payah gelabah sangat alihkan pandangan. Tak comel langsung. Nampak kalut!

Juling mata ke atas, Wareesa pandang luar tingkap semula. Terus dia diam tidak bergerak lihat Waseem yang sedang tersenyum sambil berborak riang di telefon. Wareesa perasan langkah kaki lelaki itu lambat benar. Berbeza dengan tadi.

Hati diusik satu rasa. Rasa yang buat dia alihkan pandangan. Main dengan jari sendiri. Lama. Sebelum dia pandang luar tingkap semula. Masih pandang Waseem yang sama.

Terusik dengan senyuman manis itu. Entah siapa lah pemanggil itu. Seronok betul.

"Untung lah..." Bisik Wareesa perlahan.

Tiba-tiba rasa sedih.

"Hish!" Kepala digeleng laju. Pipi pun dah ditepuk perlahan. Cuba sedarkan diri semula.

"Reesa. Kau dengan dia takde apa-apa hubungan. Yang kau nak sedih kalau dia on call sambil senyum ke telinga tu kenapa?" Omel Wareesa sendiri.

Waseem dijeling sedikit sebelum dia lurus pandang hadapan semula.

"Bukan kau aje perempuan dalam hidup dia. Dan hello, tak malunya claim diri sebagai perempuan dalam hidup dia. Hah! Berangan kuat kau ni." Wareesa cemuh diri sendiri sebelum dia tepuk dahinya kuat.

Pap!

"AAAHHH!" Menjerit kuat Wareesa di situ sambil tangan lembut mengusap dahi yang berdenyut.

Ya ampun, macam mana dia boleh lupa dia ada benjol yang dah membiru di kepala? Ya ampun, Wareesa! Kenapa kau ni clumsy sangat?!

Tok tok!

Ketukan kuat di tingkap buat Wareesa menoleh dengan wajah yang cemberut menahan sakit. Namun, cepat sahaja wajahnya itui berubah bila lihat Waseem yang dah berkerut risau di luar kereta. Muka lelaki itu berkerut risau sambil tangan berkali-kali menyuruh dia turunkan tingkap kereta.

Terkebil-kebil Wareesa di situ lantas arahan dipatuhi. Tingkap diturunkan dan dengan mata yang masih terkebil-kebil sama, Waseem dipandang. Perasan, telefon lelaki itu maish melekap di telinga. Kenapa ke sini kalau perbualan masih belum selesai? Tadi rasanya macam nak lambat sangat datang ke mari?

Eh. Apasal macam jeles aje bunyinya?

"Awak buat apa ni Wareesa Jameela?" Soal Waseem, separuh geram nadanya. Buat Wareesa terkejut seketika. Pertama kali dengar Waseem sebut nama penuhnya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now