N68

1.6K 289 63
                                    

TEKSI Pak Cik Xiu yang dah hilang dari pandangan menggamit Wareesa untuk melangkah masuk ke dalam pagar rumah. Sempat dia menyapa Pak Cik Mujib dengan senyuman kecil sebelum laju dia tutup pagar dan menyelaknya. Dengan langkah ringan, Wareesa sambung langkah. Mata kadang meliar memandang halaman rumah dan garaj. Tengok semua kereta ada di situ dia tahu bahawa semua ahli banglo tiga tingkat ini ada dalam rumah.

Langkah yang tadinya ringan mula menjadi berat. Keluhan pun dah muncul sekali-sekala. Tak suka. Semua sejak kejadian beberapa hari yang lalu. Kejadian yang membongkar sebahagian rahsia mengapa Cik Puan Tihani tidak pernah menyukainya sedari dulu.

Sejak kejadian itu, hubungannya bersama Cik Puan Tihani jadi makin keruh. Ada sahaja cara wanita itu melampiaskan rasa benci dan marah kepada dirinya. Walau Cik Puan Tihani tak munculkan diri, namun pesanan daripada Cik Zee dan menerusi aplikasi WhatsApp tak pernah berhenti.

Wareesa lepaskan hela nafas berat. Dia tak kisah pun dengan semua itu. Yang dia kisahkan adalah hubungan Cik Puan Tihani dan Tuan Fauhad sendiri. Dengar dari cerita Cik Zee, Tuan Fauhad dah beberapa hari tidur di bilik kerjanya. Makan pun pasti tidak sekali dengan Cik Puan Tihani. Marah betul lelaki itu dengan prilaku si isteri kepadanya.

Itu tak masuk lagi bagaimana hubungan Niliyyah dan Hayyan dengan Cik Puan Tihani. Walau tidaklah ketara seperti Tuan Fauhad, dia sendiri dapat rasa hubungan renggang mereka anak beranak. 

'Keadaan jadi makin keruh disebabkan aku.' Bisik hati kecil Wareesa. Itu yang dia nampak dan itu yang dia rasa.

Kaki Wareesa berhenti melangkah. Pintu utama banglo tiga tingkat itu dipandang sebelum dia jatuhkan kepala. Pusing semula badan, Wareesa labuhkan cangkung di hadapan pintu. Dia tiada kekuatan nak masuk ke dalam rumah.

Tuan Fauhad memang dah bagi kata putus yang dia tak boleh lagi duduk di stor belakang rumah. Walau dah dipujuk berkali-kali, lelaki itu tak terima langsung kata-katanya. Itu makin keruhkan keadaan bila pergaduhan terbit di antara Cik Puan Tihani dan Tuan Fauhad.

"Dia tak nak kan? Abang nak paksa dia lagi kenapa?"

"Tak paksa untuk biarkan awak terus layan dia macam orang luar dalam rumah ni? Never! Saya takkan biarkan itu berlaku! Cukup 7 tahun Tihani awak seksa anak yatim begitu. Saya takkan berkomplot dengan awak untuk kumpulkan dosa bersama!"

Teringat kata-kata itu, Wareesa terus sembamkan wajah di celah lutut sendiri. 

'Semua salah aku.'

"Wareesa! Mulai sekarang, Wareesa akan duduk dalam bilik di tingkat dua. Sebelah bilik Niliyyah. Wareesa suka atau tidak, itu tempat privasi Wareesa. Pindahkan barang-barang Wareesa sekarang!"

"Tapi---"

"Abang! Saya tak pernah setuju! Saya takkan biarkan anak perempuan tak guna tu duduk sekali dalam rumah saya!"

Tuan Fauhad senyum sinis.

"This is my house! My house, my rules! Kalau awak rasa nak buat rules sendiri go ahead and buy another house! Titik!"

Ketegasan Tuan Fauhad bagi rasa yang bercampur baur dalam hati Wareesa. Antara tersentuh kerana kebaikan lelaki itu yang bertegas mahu membelanya dengan rasa serba salah kerana ketegangan yang muncul disebabkannya dalam rumah mewah itu.

Keluh nafas Wareesa jadi makin berat. Wajah diangkat dan semerta mata membulay sedikit. Gara-gara Hayyan yang diam mencangkung juga di hadapannya. Laju Wareesa kalihkan pandangan sebelum dia berdiri. 

Hayyan diam. Lihat Wareesa yang sudah bangun, dia ikut sama bangun. Tangan dimasukkan dalam poket seluar dan mata tunak memandang wajah mendung Wareesa. 

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now