N79

1.9K 237 87
                                    

MASA untuk kembali ke kehidupan asal seorang penuntut ilmu semula. Berkahwin atau pun tidak, itu memang jawatan yang disandang oleh Wareesa dan Waseem. Cuma bezanya, status diri-diri sahaja yang sudah berubah. Dan hanya ada beberapa kenalan rapat di universiti sahaja yang tahu akan status itu. Yara dan Nafis serta beberapa orang kawan Waseem yang Wareesa tidak pasti namanya apa.

Usai bersiap, Wareesa menilik penampilannya buat kali terakhir di cermin. Senyum puas dia dibuatnya. Penampilan yang ringkas namun entah kenapa dia rasa serinya lain macam. Seri isteri orang gamaknya.

Menoleh, Wareesa menapak ke katil. Beg pakain yang belum berzip dizip dengan cermat. Hari ini, selaps sahaja selesai pengajiannya dan Waseem, mereka akan bermalam seminggu dia rumah orang tua Waseem. Waseem beritahu yang Ibu Ayunin sudah rindu sangat dengan dirinya.

"Dapat Reesa, macam tak dapat Reesa. Semua orang berebut nak Reesa. Ingatkan Seem boleh simpan Reesa sorang-sorang aje. Tak aci!" 

Nak tergelak Wareesa bia ingat semula rungutan tak berasan Waseem. Dengan keluarga sendiri pun mahu cemburu. Kalau lah lelaki itu tahu yang sebelum berkahwin pun lelaki itu sudah memiliki hatinya, bagaimana lah riaksinya nanti.

"Ha, senyum ingat apa tu?" Soalan yang tiba-tiba muncul seiring dengan pelukan longgar di pinggang, buat Wareesa melompat kecil. Menoleh, Waseem yang sedang tayang muka tak bersalah dipandang.

Urut dada Wareesa dibuatnya. Suka lah serang hendap dia begini. Rasa nak membebel terus hilang bila rasa pelukan Waseem makin erat di pinggang. Lagi, bahu dah terasa berat bila Waseem labuhkan kepala di situ.

"Hmm? Seem tanya ni. Senyum ingat apa, yang?" Soal Waseem. Suara dah separuh berbisik. Menghantar debar dalam dada. Terlalu awal untuk Wareesa diserang sisi Waseem yang satu ini.

"Takde apa lah. Jom turun. Nanti lambat nak pergi kelas." Elak Wareesa. Teragak-agak dia mahu merungkai pelukan Waseem. Namun, diberanikan diri juga walau tangan dah menggigil habis. Masih malu walau usia perkahwinan mereka sudah mencecah 2 minggu.

Waseem senyum. Pelukan dileraikan dan tubuh Wareesa dipusingkan perlahan, biar isterinya itu menghadapnya. Berhadapan, Waseem tak dapat tahan senyum dengan sisi malu Wareesa. Tunduk semedang, buat Waseem tolak dagu Wareesa lembut. Dia mahu lihat ciptaan Tuhan yang indah ini.

"Malu tak habis yayang ni." Usik Waseem. Sempat dia cuit hidung Wareesa sebelum tangan bergerak membetulkan tudung Wareesa yang sedikit singkat di bahagian hadapan.

Wareesa diam, hanya membiarkan.

"Sayang untuk Waseem. Jaga betul-betul ya?" Bisik Waseem seraya kepala Wareesa diusap perlahan. Tak cukup itu, dahi Wareesa dikucup lama.

Nak pecah jantung Wareesa menerimanya. Bila Waseem menjauh, kepala tunduk semula. Rasa menyampah dengan diri yang terlebih malu, tapi apakan daya. Dia masih cuba untuk proses realiti hidupnya betul-betul sekarang.

Waseem gelak. Tangan Wareesa dicari sebelum ditautkan jemari mereka bersama. Beg pakaian diambil dan langkah mula diambil.

"Jom pergi sekolah." Ajak Waseem dan Wareesa hanya gelak.

Sekolah pun sekolah lah, Encik Suami.

*💐 ੈ♡

USAI menunaikan solat Zohor, Wareesa menapak menuju ke kafeteria dengan ditemani Yara bersama. Sejak-sejak Yara sudah tahu dia berkahwin dengan Waseem, hubungan mereka jadi lebih rapat daripada biasa. Nak berkepit sahaja kerja Yara. Lagi satu, topik bualan yang mulanya tetang perasaannya setelah berkahwin akan bertukar seratus peratus kepada topik Hayyan Hadiy.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now