N57

2.1K 316 63
                                    

DENGAN fikiran yang kosong, Wareesa bawa sahaja kaki dia melangkah tanpa arah. Memang plan asal nak terus ke universiti tapi kalau ke universiti pun, kelasnya masih belum mula. Masih ada lagi dua jam. Sengaja dia keluar awal. Tak mahu berdepan dengan Cik Puan Tihani.

Perbualan pendek dengan Hayyan tadi berlegar dalam kepala macam kaset rosak. Lebih-lebih lagi pada kata maaf Hayyan.

Mengingat kembali ucapan Hayyan, tambah dengan wajah kecewa lelaki itu dalam kepala buat hati Wareesa jadi berat tiba-tiba. Entah kenapa rasa sejak akhir-akhir ini Hayyan seperti sudah lembut perlahan-lahan dengannya. Tidak sejahat dulu. Tapi, nak kata Hayyan okey sepenuhnya pun tidak juga sebab ada sahaja masa yang dia rasa nak bunuh lelaki itu.

"Haih..."

Nafas berat dihelakan. Entah berapa banyak dah ni. Tak baik dah harinya dimulakan dengan keluhan tanpa henti. Sepatutnya dia gembira hari ini. Tapi itu lah... Hanya kerana Hayyan, semuanya berubah.

Malas mahu fikir dah, Wareesa bawa keluar telefon dari poket bajunya. Earphone dipasang dan playlist dibuka. Lagu berentak slow menjadi penemannya ke tempat menunggu teksi. Biar dia layan kejap perasaannya.

Sedang Wareesa begitu, melayan perasaan sambil melangkah kemas tiba-tiba sahaja bunyi hon yang kuat menghentikan langkah kakinya. Berkerut dah dahi kerana itu dan makin bertambah kerutan bila lihat ada sebuah kereta Proton Axia berhenti di sebelahnya.

Kiri kanan Wareesa pandang. Memang dia seorang sahaja yang ada di sini. Takde orang lain. Takkan kereta ini berhenti untuk dia kut?

'Ke orang jahat? Penculik?'

Terus bulat mata Wareesa. Badan dah kejung keras. Kemungkinan itu boleh jadi. Zaman sekarang, bukan van putih aje yang boleh menculik. Kereta comel macam ni pun boleh.

Mula lah Wareesa mahu ambil langkah besar lari dari situ.

"Wareesa!"

Namun terbantut langkahnya bila dengar nama dia dipanggil kuat. Memang nama dia. Maknanya orang yang dia kenal lah kan?

Lambat-lambat Wareesa menoleh untuk melihat si pemandu. Dan badan yang terasa keras mula lembut bila lihat senyum yang tertampal di wajah Nafis. Dan bila lelaki itu melambai riang kepadanya, Wareesa tak dapat tahan selain senyum dan melambai lambaian lelaki itu kecil.

"Nafis." Sapa Wareesa dan mata terus melekap pada Nafis yang mampir ke arahnya. MUrah senyuman lelaki itu, buat dia turut rasa ingin senyum.

"Good morning!" Balas Nafis mesra.

Wareesa senyum dan membalasnya ceria. Kemudian kiri kanan dia pandang. Rasa hairan mula datang bila fikir bagaimana Nafis boleh ada di kawasan perumahannya. Pelik. Lelaki itu bukan tinggal di sini pun.

Seolah-olah faham, Nafis terus garu kepala. Mula untuk menerangkan.

"Awak mesti pelik macam mana saya boleh ada kat sini." Bicara Nafis.

"Haah." Wareesa mengiyakan.

Nafis senyum.

"Saya dari rumah Khan. Assignment grup kitorang kat dia tapi sadly, he's unwell right now. So, kenalah saya bertabah pagi-pagi ambil assignment daripada dia. Sekian." Cerita Nafis dengan nada yang kononnya sebak. Gedik sungguh. Tapi, terhibur sekejap Wareesa.

"Oh. Sekarang dah dapat lah?" Soal Wareesa.

Nafis angguk sekali. "Safe and sound with me."

Wareesa terangguk-angguk kecil dan diam. Takde dah topik yang hendak dibualkan.

"Awak? Awak jalan kaki ni dari mana nak ke mana?" Soal Nafis. Penampilan Wareesa ditilik dalam diam. Tudung bawal putih, kemeja labuh berwarna lilac dan wide pantas warna putih juga. Kasut pula, nampak gadis itu lebih selesa dengan kasut kanvas hitam. Simple tapi menarik.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now