N90

1.8K 212 49
                                    

RESAH, Wareesa mula menunduk pandang jari yang sedikit menggigil. Nafas yang sudah tidak teratur cuba dikawal mengikut tempo normal kembali. Sambil itu tangan erat menggenggam sesama sendiri. Menunggu untuk berjumpa dengan Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani betul-betul buat Wareesa dilanda gemuruh.

Mata dipejam, namun sekejap cuma sebelum ia kembali terbuka. Pandang tangan, tenang seketika bila lihat satu tangan yang elok menepuk lembut tangannya. Tak perlu berteka-teki siapa, Waseem tahu sudah siapa pemilik tangan itu.

Waseem dipandang. Dan tingkat tenangnya menaik sedikit bila lihat senyum lembut di wajah itu. 

"Don't be too nervous. Kita bukan buat dosa pun." Bisik Waseem perlahan. Mata dikerdipkan sekali, meyakinkan dalam diam bahawa semua akan baik-baik sahaja.

Semalam, dia dikejutkan dengan lamaran Waseem untuk tinggal bersama. Dan hari ini, usai pulang dari kelas, Waseem kejutkan dia lagi sekali. Lelaki itu mahu mereka berdua berjumpa Tuan Fauhad dan Cik Puan Tihani untuk nyatakan hasrat mahu berpindah keluar dari rumah banglo tiga tingkat ini.

Cuak Wareesa mendengarnya. Mahu merungut kenapa dia perlu ikut sekali namun kata sopan dan lembut Waseem berjaya memujuknya itu ikut serta sama.

"Uncle ambil sayang dengan cara yang baik. Jadi, Waseem mahu ambil sayang juga dengan cara yang baik. Waseem nak jadi lelaki yang uncle dan aunty bagi kepercayaan sepenuhnya. Waseem nak ambil permata mereka ini." 

Ya. Sopan, lembut dan mencairkan.

Cuitan di dagu buat Wareesa menoleh pandang Waseem semula. Ringan tangan lelaki itu mengusap kepalanya.

"Smile, pretty girl." Pipi Wareesa dicucuk perlahan dan naik senyum Waseem bila lihat tawa kecil Wareesa. Hilang seketika gugupnya. 

Tipu jika kata dia tidak gugup. Ini satu keputusan yang besar juga selepas mengambil Wareesa menjadi isterinya. Begitu dia lihat hubungan akrab Tuan Fauhad dengan isi rumah ini, sedikit sebanyak merunsingkan Waseem. Takut jika Tuan Fauhad tidak bersetuju. Namun, ini adalah tindakan yang bijak.

Wareesa yang sudah menunduk dan bermain kecil dengan jemarinya dipandang.

Waseem tahu. Walau bibir Wareesa sentiasa tersungging senyum, kadang mata bundar itu terlepas juga emosi hatinya. Waseem tak tahu dan sungguh dia ingin cari tahu. Namun, dia hormat Wareesa yang lebih selesa memendam dan meluahkan dengan sentuhan manja. Dia hormat itu.

'Sabar. Bila dia sedia, dia akan cerita.

Nafas dilepaskan sebelum Waseem ambil duduk merapat lagi dengan Wareesa. Dia perlukan kekuatan. Dia perlukan sokongan. Selain daripada Ibu Ayunin dan Ayah Yahya, Wareesa adalah sokongan yang sangat penting buat dirinya kini.

Tarik tangan Wareesa merapat, Waseem senyum sambil perhatikan tangan Wareesa. Saje mahu bermanja. Dia hilang gugup, begitu juga dengan Wareesa. 

"Cantiknya kuku sayang." Sengaja Waseem puji. Bukan sengaja, tapi memang niat nak memuji. Kuku gelas Wareesa dibelek lagi. Tak cukup itu, ibu jari mengusap satu persatu kuku yang cantik itu.

Alah. Semua tentang Wareesa cantik di matanya.

"Apa benda." Omel Wareesa malu-malu. Tangan menopang dagu sambil mata tak lepas menilik sisi wajah Waseem.

Senyum terus terukir tanpa paksa. Sungguh lah. Dia sangat bersyukur kerana tuhan hantarkan lelaki seperti Waseem dalam hidupnya.

Tak dinafikan, Waseem adalah orang yang sangat penting dalam tinag kebahagiaannya. Selain Tuan Fauhad dan Cik Zee, Waseem Ahda orangnya.

"Thank you." Bisik Wareesa perlahan. Tahu Waseem dengar kerana usai dia ucap itu, Waseem menoleh memandangnya.

"Thank you so much, Seem." Ulang Wareesa. Kini tangannya pula menarik masuk tangan Waseem dalam genggaman tangannya.

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now